Assalamualaikum.ehem ehem tak pernah pernah beri salam tbe2 beri salam.
tak pe tak salah kan, permulaan hari yg baik;)
Okay well even dah terlambat tapi still nak wish Happy New Year (Masihi). Orang selalu cakap dah masuk tahun baru, bukak buku baru. tapi time awal muharam dulu taknak bukak buku baru. sekarang ni baru start nak buka.Tak pe tak ade effect pun. Okay nurul takyah cakap org, tengok cermin bilik kau sudah.Sengih. ;D
As hari ni dah masuklah tahun baru, still rasa sayang nak tinggalkan tahun lama. yelah, tahun lama ade banyak bende yang boleh dikenang tapi tahun baru masih kosong lagi, tak lagi macam mana ianya akan terisi. tapi life must go on kan. Kalau every new year taknak tinggalkan tahun lama payahlah, tak payah hidup. Apa apa pun aku akan tetap merindui tahun lama.Really + serious ;)
Wahai tahu lama, aku akan merindui kamu sayang sebab tahun tu :
- Berpeluang bekerja dengan my uncle di kelantan as his personal assistant dalam masa tiga bulan lebih and yes banyak kenangan yang aku dapat pelajari dalam dunia orang dewasa. Ouh aku rindukan nasi kak wok.
- Result SPM keluar dan aku mengalami kekecewaan yang teruk. Rasa down gila and malu nak berhadapan dengan orang. Tapi rezeki kita kan Allah yang tentukan, lambat atau cepat kita sabar jelah.
- Masuk UITM and amek 'coleslaw' yang memang aku sendiri tak terjangka seumur hidup akan ambil. dan disinilah permulaan hidup sebagai seorg mahasiswi. Masa inilah aku memeterai contract persahabatan. Ada manis dan tak ketinggalan konflik yg melanda persahabatn kami. Disini jugalah bermulanya kisah keakraban antara aku dan shyamira.
- Result Semester 1 yang tidaklah mengecewakan walaupun tidak lah membanggakan.As a saying goes, Rezeki tak datang bergolek. So usaha mesti berlipat ganda lagi nanti.
- Semester 2 yang lebih membahagiakan bersama sama kawan2. berpeluang pergi teater Natrah adalah perkara yang mengujakan sebab for the whole entire of my life tak pernah lagi pergi tgk teater. and one more merajinkan diri tgk debate Asian dekat UPM berlima. rajin kan sebb tak pernah tengok live debate yg bertaraf international and yes we learnt many things there.
- Hati hancur sebab org yang aku admire bertahun tahun lamanya dah bertunang dan bakal berkahwin tahun depan. Okay tak kisah pun, kumbang bukan seekor.waaarrrggghhh. Kene marah dgn shyamira sebb tak confess. And aku balas balik 'kau gila apa? nanti makin lah huru hara keadaan n tak mungkin tak mungkin.siapalah aku ini?' Okay malu sudah.
- Raya Aidilfitri yang sangat meriah sebab semua saudara mara pulang ke rumahku.yelah dua tahun sekali mereka akan beraya di johor.jadi hari raya kali ini adlh amt manis bersama sama sepupu dan uncle n auntie yg drindui. Kompem tahun depan tak best.
- Berat badan yang naik mendadak dan menyebabkan semua rakan rakan sekolahku terkejut. Okay fine dah gemok makinlah gemok kan. bukan salah aku. takpe sem dua ini sudah semakin aktif beriadah and berat pun makin turun dan akan naik balik setelah balik rumah.hish tak ada guna kan.
merindui suasana ini dimana abangku akan memboncengkan sepupu sepupu kami bermain basikal secara bergilir-gilir. ikut turn okay. |
Okaylah aku pun dah blank ape lagi memories tahun 2010 ni. kalau nak di ikutkan sumpah mesti banyak gila. ni bukan pertandingan esei pun kan nak wat esei panjang melebar. Apa yang pasti setiap tahun kita akan berusaha untuk mencapai sesuatu yang lebih baik kan. Same goes to me lah, mana ade org yg tiap tiap tahun nak capai bende2 yg buruk. Harapanku semoga sentiasa diberkati hidup ini oleh-Nya.
Kalau emy nak ada azam, aku pun nak jugalah. Menggedik.Pasang azam mestilah kene tunaikan kan. Okay nurul jangan hangit hangit tahi kambing sudah. Azam saya pada tahun ini ialah (skema) :
* Nak Kurus. nak kurus jugak. plus badan sihat *
* Belajar untuk menjadi seorang yang baik dari sisi agama *
* Berusaha mendapat result yang lebih baik dalam finak exam nanti *
* Lebih menghargai persahabatn *
* Nak try menabung sikit-sikit. *
Okay cukuplah setakat tu. Semoga aku bisa mencapai semua ini. Terima Kasih kepada Allah kerana memberikan peluang untuk terus bernafas pada tahun 2011. Hope everything will be fine ;)