Monday, May 28, 2012

Hujah Perempuan Pelik (Port Dickson Part I)

Hi encik, kalau ada ternampak budak perempuan yg pakai baju blue toms hitam dari hujung kepala sehingga ke kaki cuba nak tendang bola masa dekat beach tu tapi dia tendang tak betul sebab dia tendang air pantai je, jangan rasa pelik tau. Sebab budak perempuan tu memang suka main tendang-tendang bola sejak kecil pengaruh abang dia and sebab masa tu tiba-tiba je bola tu betul-betul jatuh kelepuk depan mata dia time dia lalu kat situ, so sebab terkejut dia pun terus tendang cuma malangnya dia tendang air je lebih sebab kaki dia pendek. Lepas tu kalau nampak dia tertunduk-tunduk cakap sorry banyak kali macam orang sewel tolong jangan rasa pelik tau. sebab dia memang mcm tu suka cakap sorry ulang-ulang kali tak kena tempat. then bila dia terus lari lepas cakap sorry tanpa pulangkan balik bola tu pun jangan rasa pelik tau. Sebab dia memang suka main lari-lari sejak kecik cuma tak terpilih masuk ptndgn lari je. 

Encik tahu kenapa? Hal ini kerana semuanya sebab dia suka kat encik. Sebab dia suka encik, dia buat benda pelik-pelik bila berhadapan dengan encik. Dia memang cepat gelabah and memang pelik bila dia berhadapan dengan orang yang dia suka. Sebab tu dia main lari mcm orang tak betul bila dia sedar rupanya encik ada kat situ. Dia nampak encik gelakkan dia and sekarang dia rasa malu sangat sebab dia fikir mesti masa tu encik fikir dia tu perempuan pelik kan. Haih.

Tapi tak lama lepas tu encik ajak dia main futsal pantai sama-sama kan, dia suka sebab dapat satu group dengan encik masa undi ikut lat tali lat tali tamploi tu. Tapi malangnya masa mencemburui sangat sebab si ketua dah terjerit-jerit panggil berkumpul kan. Ngeh ngeh. Kalau tak mesti dia dah tunujuk skill main bola dia dah kat encik.

Btw, encik takyah risau sangat, dia cuma suka sikit je dengan encik. Kalau encik suka dia balik baru dia suka encik banyak-banyak. kah kah kah kah. 

#Pipit sama pipit, enggang sama enggang, gagak sama gagak, itik sama itik. Huh?

Wednesday, May 23, 2012

Tiba-tiba Teringat Kat Kau Laa

Dah hampir empat tahun hubungan kita masih dingin kan. Berkawan hampir tiga tahun pun aku masih tak kenal dengan kau. Kalau aku masih boleh bertahan dengan kerenah kau, kenapa  tidak engkau? Kau memang serahkan 100% kesalahan di bahu aku kan. Kau tahu kan yang aku tak sengaja? kau tahu kan yang aku memang suka berkawan dan bekerja dengan kau? sebab kita kan kawan. Bukankah kawan patut menerima kawannya seadanya? Mengapa kau pilih jalan begini? adakah sebab kau memang tak mahu kita jadi seperti dulu? seperti kawan kita yang lain. Mungkin teruk rasanya berkawan dengan aku, maaf.

Kau yang meminta kita untuk tidak bertegur sesama sendiri dahulu walaupun kau sudah maafkan aku. Aku pelik bukankah memutuskan silaturrahim itu sesuatu yang dilarang? Kau manusia pelik. Sanggup kau simpan dendam kau, sampai hati kau sedangkan kau tahu aku sayang kau sebagai kawan aku. Seriously. Mungkin tunggu aku dah tiada baru kau akan kenang persahabatan kita balik kan. Sampai hati kau. Aku doakan kau bahagia.

Kalau kita dah berbaik dulu mungkin kita dapat tangkap gambar sama-sama sesama kita kan. Takpelah aku harap kau sedar yang aku gembira kau pernah jadi kawan aku. Dulu.

Kalau kau baca ni, aku harap kau tahu yang aku minta maaf dan harap kau sudi jadi kawan aku semula. Macam zaman kita berkawan dan bekerjasama dulu-dulu. Memori bukan :)


Sunday, May 20, 2012

It's Hard

Yeaayeyyy! dia tahu nama aku. while i was sparring with my senior tiba-tiba my fav kakak teriak lagu ni, "Nurul, jaga posture. lepas dah tumbuk badan maintain jangan bongkok ke belakang" "Nice,nice" what! Kak Raha tahu nama aku weh.Semangat bertambah berkobar-kobar la jawabnya.  hewhewhew

Ada another Senior yang before this told me that i can be a fighter. I can't understand that. ini bukan nak berlagak tapi i know myself, my strengthen and bla bla. I love sparring but i'm not good enough to be like them. Why? i'm lack of confidence. Why? yelaaa stamina kurang, badan berat, setiap kali bounce mesti macam orang nak beranak mana taknya. Selalu cepat penat. selalu tanya pada diri sendiri mampukah aku menjadi seperti mereka walaupun impian sering terpasang tetapi langkah seringkali membantuti niat.

A few days ago, the same Senior tepuk belakang aku and ask me to join the club. She asked me not to stop. I told her that i'm not good enough and tak cukup stamina whatsoever. Dia balas, "Dont worry, itu boleh settle dengan more practices". I smiled. I take it as a compliment.  I know that but it just that i have no confidence in myself. Tapi sampai bila? I have no idea. Just wait and see :(

To succeed in life, you need two things: ignorance and confidence.

Wednesday, May 9, 2012

Dia Insan Biasa

Kedua-dua articles nya ditolak oleh Prof. Salah satu dikatanya report itu ditulis oleh hantu. Sigh. Dia bungkam. Sehingga jam 2 pagi lebih dia bersengkang mata, ini hasilnya.

Dia meluru keluar dari kelas dan terlihat sesuatu. Dia masuk dan keluar semula bersama kawannya dan lalu di kawasan kejadian. Dia terlihat si Panda memberikan segugus kunci  keretanya kepada seorang gadis. Tidak tahu siapa, dia kecewa tetapi seakan perasaan dia mati di situ. Jantungnya normal. Lantaklah apa nak berlaku. Dia penat. 

Di kelas Constitutional dia mendapat tiga latihan lagi. Mujur disuruh hantar next week dan dia masih punya masa untuk belajar test pada Jumaat ini yang dia tidak mula belajar lagi. Berani betul bukannya dia tidak tahu ianya ujian yang penting baginya.

Tak habis dengan itu hari ni konflik berlaku lagi. Perasan kalau ditahan boleh menyebabkan sesuatu yang tak kita ingini menjadi kenyataan. Lalu inilah jadinya. sorang kutub utara, yang lain ke kutub selatan. Bukankah musyawarah itu satu penyelesaian yg baik? Ambil yang jernih, buang yang keruh la kawan. Hidup kena pandai toleransi.Umur tak membezakan seseorang tetapi tingkah laku itu yang menunjukkan kematangan seseorang. Dia bermonolog dalaman.

Dia pulang ketika hujan bersilih dengan panas. Sesudah berhenti, rakan-rakannya mengajak ke taman permainan. Dia enggan, lebih memilih bermain game di atas katil daripada berjemur di luar. Hari ini dia dapat high score lagi. Tetapi kepuasan itu hanyalah sementara, tak mampu menghiburkan dirinya.

Dia menuju ke dapur. Se-pek hot choc dibuka dan disediakan bersama kepingan oreo. Dia duduk di dining hall yang tak berapa luas itu sambil menikmati cookies dan air favourite-nya itu. Kemudian dia menoleh ke arah biliknya sambil tersenyum sumbing kearah Qi, gadis campuran Belanda itu sebanyak 3 kali. Gadis itu hairan. Tidak semena-mena dia tumbang dari kerusi menuju ke lantai seperti air terjun yang mengalir.Gadis comel itu berteriak dan menyuruhnya berhenti dari bermain-main.Dia ketawa sebab dia tidak boleh menangis. Dia cuba tapi tetap nafsunya tidak mahu menangis. walaupun badannya terasa sengal akibat jatuh tetapi dia rasa lega.Housematenya yang lain melihat seolah-olah dia tidak waras. Dia penat, jeritnya.

Dia bangun dan mengambil keputusan untuk masuk ke kubikal kecil itu. Jam menunjukkan 5 petang lebih. Pancuran air dibiarkan menujah-nujah mukanya. Dia lega, sekurang-kurangnya air itu lebih sejuk dari hatinya. Dia membuat keputusan untuk menyempurnakan solat asarnya. Lama juga dia tidak mengawalkan solatnya. Seketika dia ingin terlelap dia lihat Kawannya sedang tidur di atas katilnya. Sejuk hatinya, wajah itu kelihatan tenang sekali. Dia membantutkan niatnya dan terus menaip post ini seakan dia ingin meluahkan sesuatu. Sesungguhnya hidup ini terlalu bermakna untuk dibazirkan dengan masalah-masalah kecil yang dihadapinya.

Langit kelihatan keoren-orenan. Dia senang dengan itu. Syukur, nyawanya masih dipanjangkan untuk dia sabar menghadapi ujian ini. Oh ya esok dia kena bangun awal seperti dahulu-dahulu lagi sebab dia akan ponteng tiga kelas penting :(
What to do, she has to go there.



And seek help with patience and prayer, and this indeed is hard except for the humble in spirit (2:46)