Showing posts with label emosi lebih. Show all posts
Showing posts with label emosi lebih. Show all posts

Friday, December 14, 2012

Ekspresi

Tinggal seminggu sebelum kelas habis.
Masih ada dua tests yg perlu ditempuh, dua presentations dan tiga assignments.
Ini bukan kes last minutes eh. 
Macam penat dah, tapi ayah kata tak boleh penat lagi.
Sabar kakak. Jangan give up kakak. Confident!
Perlukan kekuatan untuk bangkit semula, semoga dipermudahkan Allah.
In sha Allah.

Oh comelnya saya (-.-'')


Tak sabar nak outing dengan family ahad ni.
Tak sabar nak tunggu kiriman chocolates.
Senyum bahagia. :))

Monday, August 6, 2012

My Hot Holiday Destinations (Insyallah)

Assalamualaikum


Teringat perbualan tengah hari yang lalu bersama Makcik Dayang di dalam bilik, sambil menujah-nujah biji angin di dalam tapak kakinya. Girl's talk. (A woman and a girl actually :p)

N : Makcik, banyak-banyak negara yang makcik dah pergi, mana paling best?
M : Ikut la. kalau nak relax-relax je, pergi New Zealand best, kalau nak shopping pergi UK atau US best, kalau nak tenang, taknak risau apa-apa, pergi Paris. kat situ tak payah risau pun kalau nak jalan-jalan. Malam pun tenang je, cantik. Tak mcm Bangkok, takut nak jalan.
N : ( ternganga dan mengiyakan) Kalau Middle East pulak?
M : Oh Makcik baru pergi Dubai je.
N : Ooo. Akak teringin nak pergi Istanbul,Turki.
M : Oh tu best. Kat sana cantik. banyak bangunan lama-lama and siapa yang suka Istana bolehla pergi sana. Egypt pun okay. Cantik.

Hati tersedu-sedan. 
Pernah juga aku mengadu hal ini kepada ibu. Ibu kata takpe, belajar rajin-rajin esok dh besar kumpul duit sendiri boleh pergi mana-mana yang kita nak. Tapi kena ingat tempat pertama yang mesti pergi sebelum negara lain, adalah Mecca. buat umrah dulu. ada rezeki dapatkan haji muda- muda. Aku angguk dan bersetuju. Baik Ibu.

Dua puluh tahun hidup, belum pernah lagi saya memijak tanah selain tanah air sendiri. Even adik-adik pun dah pernah pijak at least Singapore. I love to travel around the world, tapi semua itu hanya mimpi dan angan-angan yang tidak pasti. Doakan saya murah rezeki yang halal dan dikurniakan usia yang panjang utk menapak di bumi Allah yang luas ini. Insyallah.

15 Hot Holiday Destinations :
1.Mecca- the land itself. (must!)
2.Korea - Nami, Jeju Island, Seoul (must!)
3.Istanbul - the legacy of Roman, Byzantine and Ottoman empires. Hagia Sophia!(must!)
4.Egypt (ancient egypt) - the pyramids of Giza, (Alexandria,Cairo,the Nile)
5.New York,USA - shopping paradise T_T
6.The Wax Museum
7.Old Trafford,Manchester,The Stonehenge,Wiltshire and several regions of UK
8.The Seine and Eiffel Tower, Paris- river cruise at night, the city of fashion,romance and food!
9.Venice, Italy
10.Queenstown, NZ
11.Bandung, Medan,Bali Indonesia
12.Sydney,Australia - the nightlife lover!
13.Granada,Spain
14.Pulau Hantu, Universal Studio, Underwaterworld,Night Safari, Singapore
15.Karambunai, Perhentian Island,Legoland, Hello Kitty Town, Malaysia. (must!!)

Penuh angan-angan dan impian,
Nurul :')


Saturday, July 7, 2012

He or They

Satu malam study week yang lalu, ada satu persoalan yang timbul dalam fikiran aku. Hal ini timbul setelah a man told my friend yang dia menjadi sangat gembira dan lebih bahagia setelah bertemu dengan sahabatku ini. then i asked her, how come a person boleh jadi seseorang yang boleh menggembirakan kamu di mana sampai ke tahap yang without him, you are happy, but with him you are the happiest person. it came a cross to my mind at that moment. so what about 'them'?

Later she replied, Nurul someday, you will feel the same way too if you meet 'him'. I shocked. Do i have to wait for that particular and uncertain day? or do i need someone else to be with so that i can feel the way they felt?  i am happy now. having a good mother, a caring father, lovely brothers and sister give such a good and wonderful feeling. i never think what will happen to me in the future, without them. so whats the matter? i really really love them. and i really mean it. hence, do i need more? do i need anyone else? do i need any stranger in my life? it is somehow kinda irritating when you think that you gonna have someone else to set aside the love you have for your family. she continued that : yes, it is true that when you are with your family, you're happy but that happiness will have to be divided as it considers a group of people. but for the one yg ditakdirkan untukmu, the happiness that you gonna have will be the supreme and absolute one. and it is different.like daaaaa. eh memang at the end people will love someone more than others eh? unacceptable. bias! (-.-)

oh yaaaa, then what if the one who you used to love more than your family left you and then you meet another one, how would you evaluate the happiness and love? which one is the greater one. oh sometimes things can be shifted easily. 

its hard to say.. maybe because i never experienced it. and now i keep thinking, one day, unintentionally nemo judex in causa sua will be applied to me. natural justice huh? 

oh ya i remembered, 
cintakan manusia, manusia akan mati, cintakan Tuhan kekal selamanya. its better kan.

Monday, June 18, 2012

Kruk Kruk

lapar lapar lapar. 2.37am and saya lapar. 
alhamdulillah managed to finish two assignments todaayy! 
whhhyyy must dah nak exam next week but 'they' still give us A LOT of things to do?
What a week. oh jerawat jangan nak mengada muncul! 
dush dush need to re-do the korean video projek even  though we had burned it already.
I wannnaaaa freee. yeaaahh FREEDOM, freedom of movement. 
just gimme that for a second please. so what's next?
Korean speaking test, vdeo presentation, vdeo shooting,
Contract : Quiz, Consti : yeaaa OPEN book test! 
Manusia memang takkan pernah menang tangan kan.
Bila boleh balik rumaaahhh? Nak balik nak balik. Jangan berangan :p


Mengantuk.Noktah. Selamat Menduduki Final Exam semuaaaaa  ^..^
Nurul, get a life! I'm not me anymore. So please...

Rindu kak Huda tiba-tiba. 
Lapar. Okbai.

Monday, May 28, 2012

Hujah Perempuan Pelik (Port Dickson Part I)

Hi encik, kalau ada ternampak budak perempuan yg pakai baju blue toms hitam dari hujung kepala sehingga ke kaki cuba nak tendang bola masa dekat beach tu tapi dia tendang tak betul sebab dia tendang air pantai je, jangan rasa pelik tau. Sebab budak perempuan tu memang suka main tendang-tendang bola sejak kecil pengaruh abang dia and sebab masa tu tiba-tiba je bola tu betul-betul jatuh kelepuk depan mata dia time dia lalu kat situ, so sebab terkejut dia pun terus tendang cuma malangnya dia tendang air je lebih sebab kaki dia pendek. Lepas tu kalau nampak dia tertunduk-tunduk cakap sorry banyak kali macam orang sewel tolong jangan rasa pelik tau. sebab dia memang mcm tu suka cakap sorry ulang-ulang kali tak kena tempat. then bila dia terus lari lepas cakap sorry tanpa pulangkan balik bola tu pun jangan rasa pelik tau. Sebab dia memang suka main lari-lari sejak kecik cuma tak terpilih masuk ptndgn lari je. 

Encik tahu kenapa? Hal ini kerana semuanya sebab dia suka kat encik. Sebab dia suka encik, dia buat benda pelik-pelik bila berhadapan dengan encik. Dia memang cepat gelabah and memang pelik bila dia berhadapan dengan orang yang dia suka. Sebab tu dia main lari mcm orang tak betul bila dia sedar rupanya encik ada kat situ. Dia nampak encik gelakkan dia and sekarang dia rasa malu sangat sebab dia fikir mesti masa tu encik fikir dia tu perempuan pelik kan. Haih.

Tapi tak lama lepas tu encik ajak dia main futsal pantai sama-sama kan, dia suka sebab dapat satu group dengan encik masa undi ikut lat tali lat tali tamploi tu. Tapi malangnya masa mencemburui sangat sebab si ketua dah terjerit-jerit panggil berkumpul kan. Ngeh ngeh. Kalau tak mesti dia dah tunujuk skill main bola dia dah kat encik.

Btw, encik takyah risau sangat, dia cuma suka sikit je dengan encik. Kalau encik suka dia balik baru dia suka encik banyak-banyak. kah kah kah kah. 

#Pipit sama pipit, enggang sama enggang, gagak sama gagak, itik sama itik. Huh?

Wednesday, May 9, 2012

Dia Insan Biasa

Kedua-dua articles nya ditolak oleh Prof. Salah satu dikatanya report itu ditulis oleh hantu. Sigh. Dia bungkam. Sehingga jam 2 pagi lebih dia bersengkang mata, ini hasilnya.

Dia meluru keluar dari kelas dan terlihat sesuatu. Dia masuk dan keluar semula bersama kawannya dan lalu di kawasan kejadian. Dia terlihat si Panda memberikan segugus kunci  keretanya kepada seorang gadis. Tidak tahu siapa, dia kecewa tetapi seakan perasaan dia mati di situ. Jantungnya normal. Lantaklah apa nak berlaku. Dia penat. 

Di kelas Constitutional dia mendapat tiga latihan lagi. Mujur disuruh hantar next week dan dia masih punya masa untuk belajar test pada Jumaat ini yang dia tidak mula belajar lagi. Berani betul bukannya dia tidak tahu ianya ujian yang penting baginya.

Tak habis dengan itu hari ni konflik berlaku lagi. Perasan kalau ditahan boleh menyebabkan sesuatu yang tak kita ingini menjadi kenyataan. Lalu inilah jadinya. sorang kutub utara, yang lain ke kutub selatan. Bukankah musyawarah itu satu penyelesaian yg baik? Ambil yang jernih, buang yang keruh la kawan. Hidup kena pandai toleransi.Umur tak membezakan seseorang tetapi tingkah laku itu yang menunjukkan kematangan seseorang. Dia bermonolog dalaman.

Dia pulang ketika hujan bersilih dengan panas. Sesudah berhenti, rakan-rakannya mengajak ke taman permainan. Dia enggan, lebih memilih bermain game di atas katil daripada berjemur di luar. Hari ini dia dapat high score lagi. Tetapi kepuasan itu hanyalah sementara, tak mampu menghiburkan dirinya.

Dia menuju ke dapur. Se-pek hot choc dibuka dan disediakan bersama kepingan oreo. Dia duduk di dining hall yang tak berapa luas itu sambil menikmati cookies dan air favourite-nya itu. Kemudian dia menoleh ke arah biliknya sambil tersenyum sumbing kearah Qi, gadis campuran Belanda itu sebanyak 3 kali. Gadis itu hairan. Tidak semena-mena dia tumbang dari kerusi menuju ke lantai seperti air terjun yang mengalir.Gadis comel itu berteriak dan menyuruhnya berhenti dari bermain-main.Dia ketawa sebab dia tidak boleh menangis. Dia cuba tapi tetap nafsunya tidak mahu menangis. walaupun badannya terasa sengal akibat jatuh tetapi dia rasa lega.Housematenya yang lain melihat seolah-olah dia tidak waras. Dia penat, jeritnya.

Dia bangun dan mengambil keputusan untuk masuk ke kubikal kecil itu. Jam menunjukkan 5 petang lebih. Pancuran air dibiarkan menujah-nujah mukanya. Dia lega, sekurang-kurangnya air itu lebih sejuk dari hatinya. Dia membuat keputusan untuk menyempurnakan solat asarnya. Lama juga dia tidak mengawalkan solatnya. Seketika dia ingin terlelap dia lihat Kawannya sedang tidur di atas katilnya. Sejuk hatinya, wajah itu kelihatan tenang sekali. Dia membantutkan niatnya dan terus menaip post ini seakan dia ingin meluahkan sesuatu. Sesungguhnya hidup ini terlalu bermakna untuk dibazirkan dengan masalah-masalah kecil yang dihadapinya.

Langit kelihatan keoren-orenan. Dia senang dengan itu. Syukur, nyawanya masih dipanjangkan untuk dia sabar menghadapi ujian ini. Oh ya esok dia kena bangun awal seperti dahulu-dahulu lagi sebab dia akan ponteng tiga kelas penting :(
What to do, she has to go there.



And seek help with patience and prayer, and this indeed is hard except for the humble in spirit (2:46)


Sunday, February 12, 2012

Hey Kiddo, What Do You Want to Be?

nanti dah besar nak jadi apa? doktor, engineer, vet, lecturer, cikgu? itu selalu ayat yg aku dengar if someone elder in my family bertanya kepada my cousins or even my siblings. yg utama mestilah doktor. when i used to be a kid dulu the same question akan ditanya and seriously dulu memang cita-cita nak jadi doktor especially pakar O&G. tanya family mesti semua tahu yg aku memang nak jadi seorang doktor. tapi itu semuanya dulu, cita -cita yg dipegang sehinggalah ketika aku berumur 17 tahun. selepas result spm keluar, aku buntu sama ada ingin meneruskan cita-cita atau tidak. aku berpijak pada realiti yang aku tahu kemampuanku untuk menguasai physics and add maths amatlah rendah. orang kata dapat B actually kita boleh still go on tapi at that time aku takut nak menggapai cabaran. aku tolak tawaran ke matrikulasi dan sambung asasi. dulu aku fikir if i wanna be a doctor jalan matrikulasi yg dipilih merangkumi semua subjek ketika di sekolah menengah dulu. i was wrong. i gave up my dream to be a doc just because i am not confident in physics and add maths. di mana sebenarnya boleh sahaja kalau nak pilih aliran sains hayat yg menekankan kimia dan biology tanpa perlu physics and add maths. i followed my instinct and chose to study in foundation of law. sesuatu yang i never ever think of. aku tinggalkan impian yg ku pegang selama ini dan meneruskan sesuatu yang baru bagi aku. i am trying to love this course. and up until now, yeah i am trying to love it. still.

tetapi sehingga kini, dalam menuju era kedewasaan ini, apa yg masih malar kulihat parents/elder masih lagi dengan gaya yang sama menanyakan kepada generasi baru di family ku tentang cita-cita mereka and seperti biasa mesti sama ada doctor or engineer. sampai sekarang tiada seorang yang pernah menyuarakan pendapat kepada generasi baru ini untuk menyambung dalam bidang undang-undang. nak jadi lawyer? never. tak pernah aku dengar. in my family (ibu's side) i'm the first young generation yg pilih jalan ini lainlah kalau sebelah ayah. masih ingat lagi dulu semua orang seakan-akan tak percaya aku mahu menyambung dlm bidang law ini sehinggakan ada yang memberikan pendapat yg negatif. so immature.aku berazam untuk membuktikan kepada mereka yg aku mampu melaksanakan tugas ini dan akan sentiasa bertahan mengharungi cabaran ini. even though pada awalnya urmm terasa macam tak diterima orang pula. seakan-akan diperlekehkan. ya mungkin tak sehebat pakuda,maklong, kak zana,kak nonoy and bapis yang menyambung dlm bidang perubatan, tapi at least i am not giving up.  Hardship makes the world obscure. (Even cowards can endure hardship, only the brave can endure suspense - Mignon McLoughlin).

harapanku, semoga ada dalam kalangan adik-adikku atau sepupuku yang sedia berganding bahu denganku dalam mencari keadilan suatu hari nanti. semoga kelak soalan yg sama yg akan diberikan kepada generasi kami ini bukan sahaja semata-mata untuk menjadi seorang doktor mahupun engineer ataupun lecturer. mungkin lawyer atau pilot, chef, magistrates,accountant dan macam-macam lagi. at least being a law student isn't bad at all as we can differentiate between statue and statute. and remeber this ladies and gentlemen, fish die when they are out of water, and people may die without law and order. hewhewhew :)

Semoga apa yang dirancang akan dipermudahkan oleh Allah dan ingatlah sejauh mana kita merancang, Allah jualah sehebat-hebat perancang.Maha Perancang  :)

Wednesday, February 1, 2012

Sejuk Hati : Kak Azni and Abg Iq

Assalamualaikum.

Login facebook macam biasa tadi, selesai check semua noti click ruangan home and found this sweet picture of my seniors (2005.)

Image from Kak Azni


Selamat Pengantin Baru untuk Kak Azni Nabela and Abg Iqtidar. thanks for the invitation masa 21 january haritu. but unfortunately tak dapat hadir atas sebab tertentu (last minute!). Bukan nak mem 'promote' mereka tapi tak tahu kenapa gambar ini sangat menarik perhatian. ini bukan pervert atau stalker thingy la!

Teringat ayat shakang masa form 4 dulu "Nurul, tahu tak, aku tak tahu kenapa tapi bila aku tengok Imran n Anis, sejuk je hati aku" this what i feel time tengok gambar ni. hewhew sejuk hati. Actually terkejut juga dapat tahu abg iq and kak azni nak kahwin yelah ingatkan ianya sekadar cerita ketika sekolah menengah dulu. yelah masing-masing kan former Presiden n Timb Presiden sekolah, jadi takda lah sangat cerita pasal hubungan diorg sebab mereka sangat komited dengan tugas dan mereka juga merupakan role model pelajar lain. yelah orang pandai-pandai kan. itu pun aku tahu mereka bersama ketik akhir tahun masa aku form 1 dulu. time tu memang noob la kan, hari last day sekolah pergi mintak tandatangan/biodata akak2 senior form 5. haha and then nampak mereka berdua sedang berbual-bual kat meja study sambil senyum2. haha tapi tak terfikir apa sangat pun. hewhew. Siapa sangka, ini semua urusan Tuhan. Alhamdulillah jodoh mereka kuat walaupun terpisah jauh di dua benua (ada tak benua Eropah and Amerika? kalau ada betul la tu). 

'Kejar dulu cita-cita baru kejar cinta'. i guess its the right term for them. Mudah-mudahan mereka dijadikan contoh oleh junior junior yang lain terutamanya aku. hehe. Semoga berbahagia di dunia dan di akhirat and semoga jodoh anda berdua panjang sehingga ke syurga. Insyallah.

Monday, January 30, 2012

Story of Hopes and Dreams

AMARAN : entry ini hanya untuk hankook dramas' died hard fans sahaja. kepada yang anti hankook delama, i'll kick you out from here. senyum gigi terabur :B

  드림하이 or in English (my grandmother tounge :p), Dream High. a story of hopes and dreams. it was a very exciting drama i mean korean drama. trust me. i used to burn the midnight oil just to finish this awesome series. 16 eps equal tu 16 hours. bunyi macam gila la weh kan but seriously i started watching this drama during final exam break (short nap) for a few eps and sambung during sem break which has been starting from last week and i just got finished all of the eps last night (4.00am something). that's why i have these two beautiful eye bags plus fenin fenin kefala which that's padan-muka-of-me.

how exciting it is? tengoklah sendiri. haha but for me i give out 4 stars out of 5. sounds great yeah.

Synopsis

Dream High tells the story of six students at Kirin Art High School who work to achieve their dreams of becoming music stars in the Korean music industry. Go Hye Mi is a student who had majored in classical music but has to give up her dream by entering Kirin Art High School to pay off her father's debt. However, she needs to get two other students to also come to the school in order for her to enroll in the school conditionally. These two students are Song Sam Dong, who lives in the countryside, and Jin Guk, whom she accidentally meets while trying to escape from a loan shark. Yoon Baek Hee, formerly Hyemi's sidekick, becomes her rival in school because Hye Mi betrays her during an audition to enter the school. 

this drama ada bunch of emotions inside. di tambah lagi dengan lakonan mantap main casts memang thumbs up like terasa macam nak tengok lagi. lagi-lagi episode 12. memang gerenti tumpas si air le jawabnya. hewhewhew just being emotional after watching this damn saddest episode. chinchaaa! tambah tambah lagi ada IU (my fav solo singer) and lakonan suzy yang muka macam nak kena pelempang awal awal memang perfect. lakonan kim soo hyun yang acts as guardian angel mmg cool even mula2 eps mcm what the ______ and rambut serabai tapi end up mmg like wow wow. i'm so in love dengan gaya,mutu dan keunggulan lakonan dia. please la sapa yg tak tengok lagi, sila layan drama ini ye. and there will be Dream High Season 2 soon around feb or march ni kot. i'm looking forward to  the next DHSII. and lastly, I LOVE THE ENDING :)




cute couple xoxo
the one mystery student : Song Sam Dong (before)
  
tadaa shomei noks (after)
lastly the new coolest Sam Song Dong :)

Saturday, December 10, 2011

For the first time

this is not another twilight series
but he still  the same hot edward.
he sucked my blood. 
his eyes turned red and brighter.
i closed my eyes and whispered :
i hate your bad breath.
jacob please take me away.
 -____-

okay fine its LAME kan. haish. dalam kepala idea nak buat cerita gebang jumpa edward whatsoever. know what hari ni hari dalam sejarah akhirnya pergi menderma darah di pusat ko uitm shah alam with my girlpren, fynaz. hehehe akhirnya impian selama 19 tahun hidup menjadi kenyataan. its not a big deal for u guys i guess, but it was an awesome experience i got today as a human being, unless i have something to contribute. i'm from group O. i defined my self as O-orang baik. haha cause we're the universal donors. even even emm O boleh accept blood from the same group only. i know its hard but nak buat macam mana, it's the price to be Orang baik. hewhewhew. 


tahu tak memang experience sgt sebab rasa nervous sgt menguasai diri lagi2 bila tengok darah fynaz dah mengalir masuk tiub and then lebih nervous bila nurse tak jumpa urat darah nak cucuk and terpaksa pindah katil and tukar tangan * at that moment boleh terbayang oh hani in playful kiss* rasa mcm nak lari tapi tiba- tiba terdengar ada org bisik 'kalau kau lari kau penakut' hahaha. its just for a few minutes after dah kene cucuk semua it will be okay and tak rasa apa pun. neither nak rasa pengsan nor dizzy pun. okay saja. 


so i guess that's it. no idea nak cakap apa. selamat malam and selamat menderma darah bagi yg belum pernah menderma ;)





Tuesday, October 11, 2011

Empty Decorations

I wake in the dark
With showers of life
Moments of emptiness around
Floating away
No other hope
Reality brings me

Into the ground
What can I do
What can I say
I need a place to hide away
Just for a while, just for a smile
Just for a life I used to know

The perfect song were filled with
Words of love and not with anger
What if they go
What if they leave me far behind
[
'Cause I don't wanna be alone
Living life for on my own
I don't want to live my life in isolation
Filled with empty decorations
'Cause I want to be with people that I know

Who would do the things I do
Making all my dreams come true
I don't recognize the shadows at my door
Though I've seen them all before
Because the only thing I really want
Is to be with you

I'm laying in bed listening to this song repeatedly. one of the song that makes me calm, happy, and lively. I'm wondering if there is any chance for me to have what i want. I cant only wait for the miracles. I'm afraid to lose You. I live to make other people happy or even happier than me. People never know me. I am not what i ought to be. Sometime its hard to smile just to make others feel better. I like fake smile 'cause i know how the way they feel just to create a smile in front of others. pretty cool yeah. 


I just want to lay on my bed and don't ever ever try to wake me up. 




Wednesday, August 17, 2011

Bila Emosi Mula Mengambil Takhta

Assalamualaikum and Salam Ramadhan

Mood : tak berapa nak baik sangat@kechewa
Punca : Kandas. bukan kandas dlm percintaan -.- tapi di atas bukit pendek dan on the road. okay fine test JPJ gua gagal dua-dua skali. cukup package, full stop.

Situasi 1 : Giliran yg kelima, kubawa jantungku yang amat berdetak dengan lebih kencang seperti genderang mau perang ke medan pertempuran pusingan pertama. ku daki bukit. mula2 tayarku tak sampai 50% di garisan kng, so aku mengundur. kemudian naik balik. dah ku laraskan clutch and break ke meter no 1 dan menekan minyak dgn sempurna utk turun bukit, tiba2 ia mengundur semula dan enjin mati. baru aku perasan yang aku tertekan clutch. haih salah siapa? aku atau kaki ku? prrrittt wisel berbunyi dan cikgu drvg school mengisyaratkan tanda pangkah kepada ku, tamat sudah riwayatku pada pusingan permulaan ini. *okay aku sedih sbnye*


Situasi 2
(terakhir) : Lama ku tunggu kerana group sesi pertama tak siap2 lagi. Penat menunggu, perut berkeroncong, tahap tekanan semakin tinggi. Selepas 2 jam lebih baru aku dapat menjalani ujian ke 3 iaitu on the road. OMG, aku dapat tester yang ini JKV 3535. Nampaknya doaku tak termakbul. mungkin ini ujian yg Tuhan berikan. tu la kalau kita asyik cakap taknak,taknak je, mesti benda tu akan kena kat kita. See, i got you master -.- kawanku yg menggunakan motocar yg sama sblum aku juga gagal dengan tester yg sorg ini. Aku mengucap panjang dan cuba bermuka manis dengannya walaupun di dahi, peluh merintik-rintik. Ya Allah lembutkanlah hatinya.

Aku berjaya keluar dari simpang driving school ke jalanraya dgn baik skali. untuk membuat pusingan U, kami perlu melalui traffic light yg terletak dlm 2 kilometer dari drvg school. dari jauh kelihatan lampu merah menyala. aku mula memperlahankan kenderaan untuk berhenti, tetapi tiba2 lampu isayarat bertukar hijua dan semua knderaan di hadapanku sudah pun bergerak laju membuat U-turn ataupun membelok. haish apasal ni. KALUT merajai  fikiranku. aku juga mahu bergerak terus disebabkan kulihat kereta2 di belakang sudah beratur untuk mmbuat Pusingan u dan membelok. Kecekeng kecekeng, enjin keretaku mati. Aduh aku memerhatikan tester yg meneliti pergerakanku.OMG cuak. Aku menghidupkan smula enjin dan mengangkat sdikit clutch. Oh Mak ai, enjin ku mati semula. Aku mengulanginya sebanyak dua kali ttpi enjin tetap mati. Masa berlalu begitu pantas. apa yang aku mahu cuma segera beredar dari situ.Kemudian aku berpaling ke sisi komponen sblah kiri. Aishemen, gua tak ubah dari gear 2 kepada 1 td. Okay fine, aku mahu mulakan semula walaupun gerak hati aku menandakan isyarat tidak bagus apabila melihat reaksi tester. Mahu menghidupkan enjin kereta semula, tiba2 tester berkata "Dah tak payah, tukar sekarang" Okaymaksud encik tester ini, dia suruh aku blah dari seat pemandu and let him drives that car. Aku keluar dari seat pemandu di tengah2 khalayak ramai itu kepada seat penumpang dan kami pulang semula ke drvg school. Sekejap gila, tak sempat nak kentut dlm kereta pun. He gave me marks and said " Macam mana ni dik? td gear tu kan gear 2" Haihh kalau dh kalut tahap cipan memang semua benda jadi invisible dari mata. 


serious wo gua gugup + ketaq lutut
So kesimpulannya, raya tahun ini tak berpeluang nak memandu kereta. Disebabkan bulan 9 ni dah nak naik sem, ini bermakna cuti sem pada 23/1/2012-4/03/2012 nanti, akan dimanfaatkan dengan aktvt memndu semula dan retest for JPJ. I am sorry Cikgu Fadilah, kerana mengecewakan cikgu. saya budak baru belajar. maafkan saya. Sorry juga kepada Ayah kerana telah mensia-siakan pelaburan wang ayah ke atas Syarikat Dinamik ini. hoho tapi ayah akan sponsor utk retest and belajar semula kan =.='
saya masih lagi pemegang lesen L sahaja -.-
p/s : Jangan biarkan emosi merajai fikiran kerana emosi yang melampau mampu mengubah segalanya. hehe x)