Hi encik, kalau ada ternampak budak perempuan yg pakai baju blue toms hitam dari hujung kepala sehingga ke kaki cuba nak tendang bola masa dekat beach tu tapi dia tendang tak betul sebab dia tendang air pantai je, jangan rasa pelik tau. Sebab budak perempuan tu memang suka main tendang-tendang bola sejak kecil pengaruh abang dia and sebab masa tu tiba-tiba je bola tu betul-betul jatuh kelepuk depan mata dia time dia lalu kat situ, so sebab terkejut dia pun terus tendang cuma malangnya dia tendang air je lebih sebab kaki dia pendek. Lepas tu kalau nampak dia tertunduk-tunduk cakap sorry banyak kali macam orang sewel tolong jangan rasa pelik tau. sebab dia memang mcm tu suka cakap sorry ulang-ulang kali tak kena tempat. then bila dia terus lari lepas cakap sorry tanpa pulangkan balik bola tu pun jangan rasa pelik tau. Sebab dia memang suka main lari-lari sejak kecik cuma tak terpilih masuk ptndgn lari je.
Encik tahu kenapa? Hal ini kerana semuanya sebab dia suka kat encik. Sebab dia suka encik, dia buat benda pelik-pelik bila berhadapan dengan encik. Dia memang cepat gelabah and memang pelik bila dia berhadapan dengan orang yang dia suka. Sebab tu dia main lari mcm orang tak betul bila dia sedar rupanya encik ada kat situ. Dia nampak encik gelakkan dia and sekarang dia rasa malu sangat sebab dia fikir mesti masa tu encik fikir dia tu perempuan pelik kan. Haih.
Tapi tak lama lepas tu encik ajak dia main futsal pantai sama-sama kan, dia suka sebab dapat satu group dengan encik masa undi ikut lat tali lat tali tamploi tu. Tapi malangnya masa mencemburui sangat sebab si ketua dah terjerit-jerit panggil berkumpul kan. Ngeh ngeh. Kalau tak mesti dia dah tunujuk skill main bola dia dah kat encik.
Btw, encik takyah risau sangat, dia cuma suka sikit je dengan encik. Kalau encik suka dia balik baru dia suka encik banyak-banyak. kah kah kah kah.
#Pipit sama pipit, enggang sama enggang, gagak sama gagak, itik sama itik. Huh?
No comments:
Post a Comment