Kedua-dua articles nya ditolak oleh Prof. Salah satu dikatanya report itu ditulis oleh hantu. Sigh. Dia bungkam. Sehingga jam 2 pagi lebih dia bersengkang mata, ini hasilnya.
Dia meluru keluar dari kelas dan terlihat sesuatu. Dia masuk dan keluar semula bersama kawannya dan lalu di kawasan kejadian. Dia terlihat si Panda memberikan segugus kunci keretanya kepada seorang gadis. Tidak tahu siapa, dia kecewa tetapi seakan perasaan dia mati di situ. Jantungnya normal. Lantaklah apa nak berlaku. Dia penat.
Di kelas Constitutional dia mendapat tiga latihan lagi. Mujur disuruh hantar next week dan dia masih punya masa untuk belajar test pada Jumaat ini yang dia tidak mula belajar lagi. Berani betul bukannya dia tidak tahu ianya ujian yang penting baginya.
Tak habis dengan itu hari ni konflik berlaku lagi. Perasan kalau ditahan boleh menyebabkan sesuatu yang tak kita ingini menjadi kenyataan. Lalu inilah jadinya. sorang kutub utara, yang lain ke kutub selatan. Bukankah musyawarah itu satu penyelesaian yg baik? Ambil yang jernih, buang yang keruh la kawan. Hidup kena pandai toleransi.Umur tak membezakan seseorang tetapi tingkah laku itu yang menunjukkan kematangan seseorang. Dia bermonolog dalaman.
Dia pulang ketika hujan bersilih dengan panas. Sesudah berhenti, rakan-rakannya mengajak ke taman permainan. Dia enggan, lebih memilih bermain game di atas katil daripada berjemur di luar. Hari ini dia dapat high score lagi. Tetapi kepuasan itu hanyalah sementara, tak mampu menghiburkan dirinya.
Dia menuju ke dapur. Se-pek hot choc dibuka dan disediakan bersama kepingan oreo. Dia duduk di dining hall yang tak berapa luas itu sambil menikmati cookies dan air favourite-nya itu. Kemudian dia menoleh ke arah biliknya sambil tersenyum sumbing kearah Qi, gadis campuran Belanda itu sebanyak 3 kali. Gadis itu hairan. Tidak semena-mena dia tumbang dari kerusi menuju ke lantai seperti air terjun yang mengalir.Gadis comel itu berteriak dan menyuruhnya berhenti dari bermain-main.Dia ketawa sebab dia tidak boleh menangis. Dia cuba tapi tetap nafsunya tidak mahu menangis. walaupun badannya terasa sengal akibat jatuh tetapi dia rasa lega.Housematenya yang lain melihat seolah-olah dia tidak waras. Dia penat, jeritnya.
Dia bangun dan mengambil keputusan untuk masuk ke kubikal kecil itu. Jam menunjukkan 5 petang lebih. Pancuran air dibiarkan menujah-nujah mukanya. Dia lega, sekurang-kurangnya air itu lebih sejuk dari hatinya. Dia membuat keputusan untuk menyempurnakan solat asarnya. Lama juga dia tidak mengawalkan solatnya. Seketika dia ingin terlelap dia lihat Kawannya sedang tidur di atas katilnya. Sejuk hatinya, wajah itu kelihatan tenang sekali. Dia membantutkan niatnya dan terus menaip post ini seakan dia ingin meluahkan sesuatu. Sesungguhnya hidup ini terlalu bermakna untuk dibazirkan dengan masalah-masalah kecil yang dihadapinya.
Langit kelihatan keoren-orenan. Dia senang dengan itu. Syukur, nyawanya masih dipanjangkan untuk dia sabar menghadapi ujian ini. Oh ya esok dia kena bangun awal seperti dahulu-dahulu lagi sebab dia akan ponteng tiga kelas penting :(
What to do, she has to go there.
And seek help with patience and prayer, and this indeed is hard except for the humble in spirit (2:46)
Haha comel :D
ReplyDelete