Thursday, December 30, 2010

Cerita Hati ; Kau Tidak Tahu Bukan?

Hujan di hatiku. Aku tersenyum sendirian dan tiada siapa yg tahu rahsia hatiku.

Kau tak tahu yg aku pernah begini dahulu. Kekeliruan emosiku membuatkan aku ingin meluahkan segalanya di sini. Sepertimana kau tahu, aku tak pandai meluahkan segalanya dari bibir. dan kau juga tahu yang aku ini seorang yang perahsia. Tapi hari ini aku biarkan jejariku menaip keyboard ini. Seketika tadi kulihat kau hidup di muka buku tapi kau tidak pernah menegurku kan. Jadi aku mengikuti perkembangan kau dengan membuka dinding dan album album kau. Kau tak tahu bukan? Baguslah sebab biar aku sahaja yang menanggung rasa ini.

Hati ini sentiasa menyayangi persahabatan ini
Hey Mr Arrogant, kau tak tahu aku selalu menunggu kau. Katakan hai saja sudah cukup tapi kata kata itu hanya datang dari imaginasiku. Aku tak tahu apa rasanya ini tapi aku rasa ianya hanya permainan rasa sahaja. Serius aku rasakan ini adalah fake tapi cuma rasa ini datang kembali setelah bertahun dahulu.Mungkin aku rindu pada kau tapi aku jelaskan aku rindu dengan persahabatan kita. Kau tak tahu bukan yang aku ini menitik beratkan nilai persahabatan walau sekecil zarah.

 Akan tetapi ada satu jarak yang memisahkan kita iaitu kita ajnabi. Memang salah rasa ini. Kau juga tak tahu  bukan sudah banyak kali aku menanggung dosa ini sebab aku tahu agama membataskan kita. Tapi kau tahukah yang aku mengerti akan ini sebab memang aku bercita cita menjadi muslimah sejati tapi kau tahu tak yang aku tidak kuat lagi mahu melawan sekeping nafsu ini. Aku akur aku mudah tergoda dengan keindahan dunia. Kau tahu tak begitu hebat cabaran seorg muslimah kerana sudah ditentukan bagi kami sembilan nafsu dan satu akal? Kau tahu tak yang aku kesal bersikap begini, kau tahu tak yang aku kesal akan kekurangan ini? Malangnya kau tidak tahu kan. tak apa bukan salah kau.

Aku selalu takut merinduimu berlebihan merindui Nya


"Jadilah seorang wanita sebagaimana kodratnya, sebagaimana dia bisa menjaga akhlak dan kesopanannya, serta menjaga kemaluannya. Rindu adalah bagian dari jiwa, sebagai ungkapan hati dan merupaka hal yang alamiah yang pasti kan dirasakan oleh setiap makhluk. Jangan pernah cemas, karena kau tak pernah menyimpannya sendiri, Allah SWT Sang Maha Mengetahui sedang bersamamu, menemani dalam rindumu. Aku percaya tentang ikatan batin, saat kau merindukan sesorang yang memang pantas untuk kau rindukan nun jauh disana, percayalah... dia pun sedang merindumu saat itu. Meski dengan jarak yang sangat jauh atau bahkan belum pernah saling mengenal satu sama lain."

Pelikkan aku luahkan sebegini. Mesti rasa geli, tak apa aku mengerti. Tapi ketahuilah ini adalah sebahagian rasa hatiku. Kalau rasa geli tolong simpan dalam hati ya. Senyum ;))

Tak salahkan kalau nak tulis begini? tak salahkan rasa begini? dah memang hati rasa begini cuma aku yang tidak kuat. Jadi tolonglah hati ini .


p/s Semenjak dua ni entri macam jiwang jiwang bagai je. penangan cerita mama kot. Ouch

8 comments:

  1. ouch, mendalam siot~ tabik spring sama kamu~

    ReplyDelete
  2. ermm takdenye nak tabik tabik spring. ni cuma rasa hati sahaja ;))

    ReplyDelete
  3. jagalah hati jangan kau kotori,
    jagalah hati lentera hidup ini xD

    ReplyDelete
  4. anon: okay babe ;)
    nasiruddin : hahaha takdelah dalam sangat ;D

    ReplyDelete
  5. xdalam?tapi tuan punya hati yg amat mengetauhui apa isi ati tu

    ReplyDelete
  6. waahh rasa geli pula ckp pasal hati. to be frank, yess dalam siot sebab aku sahaja yang rasa ;'(

    ReplyDelete
  7. hahaha..tau sendiri sudeh....pulak tu sy x la cintan cintun..hikhikhikhik...

    ReplyDelete