Sunday, October 21, 2012

Saturday Rant

Hujung minggu yang kurang produktif. Mungkin disebabkan mood balik rumah dah hampir tiba. Sehingga kan nak balas kiriman sms pun tak ada nafsu. Nak buat assignments yg berlambak pun bagaikan tak bernyawa and even nak gerakan keypad laptop pun guna kaki. Dan akhirnya seharian aku terdampar di atas katil seperti seekor ikan paus. Sigh. Penghuni kubikel ketika ini hanya aku dan Hud. Dan kami seperti dua ekor ikan paus yg terdampar tinggal tunggu di lapah-lapah sahaja. Ngeh. oh ya, pagi td join 10,000 steps for health = 5.5km dalam Itm. So takda lah mcm ikan paus sangat kan.huhu



Aku : Hud actually apa benda yg awak nak sangat sempena your birthday?

Hud : Emmm entahla..bla bla bla....i want nothing kot. Just nak orang ingat and wish
Aku : .... (Lame lame. haha)..takkan tu je. Honest please... hehe
Hud : Entahla tak tahu.. mungkin nak dilayan mcm someone special. Mcm princess of the day ke. 
Aku : Hahahhaah ayat tak bole blah. Tanak tanya aku pulak ke?
Hud : Hehe tu la fikir juga nak tanya ke tak sebb birthday dah dekat kan...say it..
Aku : Aku tanak banyak pun. Aku just nak kedamaian.
Hud : @#$$%@*#!!
Aku : Hehe aku teringin sangat nak satu hari yg aku boleh dapatkan freedom aku sendiri. aku nak berada dekat tempat yg aman macam pantai atau di atas padang hijau yg berangin. Yang aku bole lihat semua orang dengan perasaan yg bebas. bla..blaa...bla....
Hud : @%@#$^&*#!! Hahahhahaha ayat lagi tak menahan...

Thank you Qilz.

And the rest is history....

So yeah Birthday dah nak tiba. Ada tak sesiapa yg boleh melaksanakan keinginan aku? 
Sekian, terima kasih.

# Sambil sumbat earphone dan lagu Butterfly from Krystal and Jessica berkumandang. Freedom. Sigh ;)


Tuesday, October 16, 2012

All Evil Is Ignorance

Kilat menyabung-nyabung dan guruh berdentum diiringi hujan yang turun tak segan atau malu. Kelas Moral and Ethical Issues itu masih berjalan seperti biasa walaupun kebanyakkan pelajar sudah mendung di penghujung jam 4.00 petang itu. Kelas yang pada mulanya riuh dan ceria apabila pelbagai isu dikupaskan dan pandangan dizahirkan kian suram sesuram petang itu. Namun di satu sudut masih ada insan bernyawa yg dlm keraguan. 

Kelas tamat dan masa inilah dia mencuri peluang berjumpa dengan lecturernya itu utk bertanyakan satu permasalahan yg telah disimpan seminggu yang lalu. Pada mulanya dia berharap ini suatu perbualan peribadi yg singkat antara dia dan Madam tetapi ia berlaku sebaliknya. 

'Madam, i would like to ask you, maybe it is something sensitive to talk about...but I really want to know. It come across in my mind lately that...Mdm..How do you believe that the Al Quran is Kalam Allah? Is it just because the Quran said so?' tangannya sejuk. Mdm menunjukkan reaksi terkejut. Dia berdebar mengharap agar dia tidak dimarahi. Kemudian Mdm menyuruhnya duduk utk berbincang.

Kemudian Mdm menjawab....'Afiq, Zulhilmi cuba jawab persoalan ini' Aduh... dia mengeluh kerana terpaksa berkongsi masalahnya dengan dua classmatesnya yg langsung dia tidak pernah berbicara sekalipun itu. They asked the girl to repeat the question. Kemudian dpt dilihat Afiq menghembuskan nafasnya dan Zulhilmi memandang antara satu sama lain. Persoalan yang dilihat bahaya utk di persoalkan. Sebab itulah dia tidak berat utk menuturkan persoalan ini ditakuti ada yang mengecamnya dan melabelkannya buta akidah. Dia tahu itu melibatkan akidahnya tetapi yang dia mahu tahu ketika itu ialah jawapannya demi membuang syak wasangkanya.

Mdm bertanya kembali kepadanya andai ini merupakan persoalan peribadinya sendiri atau tidak? dan dia terpaksa tidak berkata benar bahawa ini merupakan persoalan yg ditujukan kpdanya ditambah selepas membaca sebuah buku golongan anarkis itu. Yaaa ini semua berpunca daripada pandangan seorg hipster anarkis yg dibaca dari sebuah buku.

Kemudian setelah beberapa ketika Afiq menyuruhnya beristighfar ditakuti persoalan ini datang dari bisikan syaitan. Dia akur dan menurut. Di samping itu juga Zulhilmi menyampaikan pandangannya dan kajiannya terhadap Al Quran. Terasa seakan di brainwash seketika. Malu di tarbiah sedemikian rupa, dia tidak mampu menahan takungan kelopak mata dan bersaksikan 5 pasang mata yg ada ketika itu, dia tewas dalam persoalannya. Malu dengan kebesaran Allah dan mukjizat yg diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Ilmu yang tohor membuatkan dia kerdil di sisi Pencipta-Nya. Nasihat dan tarbiah panjang itu diterimanya dengan hati yang lapang. Kemudian Mdm menambah authority yg melengkap pernyataan berkaitan permasalahan itu dengan  dua potong ayat dari: 

 Surah Al Baqarah, Ayat ke 23: Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu dan panggillah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.

Surah Al Baqarah, Ayat ke 24 :Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak akan dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir.


Maka benarlah kata-kata Allah. tiada siapa yang begitu sempurna dan bijak utk membina sepotong ayat mahupun senaskah Al Quran yg dalamnya terkandung puisi-puisi indah dari Allah yg menceritakan setiap kejadian bermula dari awal sehingga ke akhirnya dan di jadikan panduan bagi setiap manusia. Tiada siapa melainkan Dia.

Disaat ayat dan terjemahan itu dibacakan oleh Afiq maka terjawablah semua persoalan di benaknya. Dia akur dengan nasihat mereka. Berusahalah mengkaji setiap permasalahnmu berdasarkan Al Quran itu sendiri. Muhasabah buat dirinya yang masih kerdil lagi disisi Allah dalam memperjuankan Islam. Perbincangan yg memakan masa lebih kurang setengah jam itu memberi impak positif dalam dirinya. Dia keluar dengan suatu ketenangan disulami tangisan.

Terima Kasih Madam. Terima Kasih juga buat Afiq dan Zulhilmi yg sedia berkongsi.
Keluar dari kubikel itu hujan hanya renyai-renyai. Dia berjalan pulang ditemani sahabatnya dengan 1001 macam perasaan. And the rest is history....


Saturday, October 13, 2012

B.A.S

Benz Alif Sulaiman.
Is it reality or fantasy?
.................................................................................................

identifying something unidentified is harder than justifying the E=mc2 equation.
Emotion falls under that something.

I'm kinda hopeless and helpless. 
ZZzzzz....

Monday, September 3, 2012

Casamento, Eh So Random!

Assalamualaikum

Masih dalam mood raya kan, so masih tak lambat utk wish Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga Syawal ini memberi 1001 kebahagiaan dalam hidup kita. 

Oh ya;  Ketika aku sedang meng-edit esei ini aku berada di rumah Pakcik di Pajam,Nilai. Kebetulan setiap kali sebelum balik ke Shah Alam memang akan bersanggah di rumah Pakcik atau Alang. Jadi dapatlah ayah merehatkan dirinya sebelum menghantarku pulang ke SA. So harini (semalam) Pakcik mengadakan open house yg para jemputan rata-rata dalam kalangan kami ahli keluarga semua, jiran dan rakan sepejawatnya. Sebagai kakak sulung dalam family, mestilah kena rajin, so kenalah tolong, tak bole dah mcm dulu kerja tukang makan sahaja. Yang paling aku suka adalah sesi BbQ. Tak kisahlah walaupun berjubah ke apa, memanggang menjadi keutamaanku sampai muka comot dan berminyak pun gua rela beb. That's why la aku online tengah-tengah malam buta ni. Apa-apa pun tujuan utama post ini adalah sekadar ingin berkongsi sesuatu tentang sebuah perkahwinan. aiseh, Nurul sabaq na! Joyah-wannabe dah start dah!

Selamat pengantin baru seniors! Sekitar dua minggu yg lepas.
Abg Faizul dan isteri.
 Picture : Credits to Abg Nizam

Abg Izzul & Kak Mira Husna
Picture : Credits to Kak Redza
So yeah alhadulillah ketiga-tiga seniorku akhirnya menjadi suami dan isteri. Walaupun takda la kenal rapat sangat tapi Insyallah aku doakan kali berbahagia di samping suami/isteri tersayang. Abg Faizul merupakan ketuaku semasa 3K dulu dan aku memang tak pernah bercakap dengan Abg Izzul and Kak Mira pula pernah sekali dua berbual mengenai tugas Majasti. btw, tak pernah tahu abg Izzul and Kak mira ni dulu pernah  sama-sama bercinta zaman Sakti dulu.hehe

Yang lebih menariknya, mereka ini semua masih berumur 21 tahun (sebaya bapis) dan juga seorang mahasiswa dan mahasiswi tapi yeah semuanya overseas students. Perkahwinan itu bukan dilihat dari usia pengatinnya tetapi dari segi kematangan pengantinnya. Hubungan jarak jauh mungkin akan mematangkan hubungan mereka. Insyallah semoga Allah permudahkan urusan mereka. Oh ya kahwin muda ni oksy je sebab korang akan kekal muda dan bayangkan pada usia 40-an, anda sudah mempunyai anak berusia 20-an dan anda akan kelihatan seperti seorg ayah muda dan ibu yg muda. Tak payah tengok jauh la, my mom kahwin pun awal dalam 23, and now bila dia dah 45, dia ada daughter umur 20 and son umur 21 so beza takdalah jauh sgt. Selalu je orang terkejut bila ibu dah ada anak setua bapis and aku. and paling sakit hati bila orang ingat aku ni adik kepada ibu sendiri. People, it is not something that i can considerate okay. Huh! so no worries seniors nanti u guys akan jadi super awet muda mummy and daddy! 

Seringkali juga aku terfikir apa sebenarnya tujuan orang berkahwin awal? haha banyak jawapannya. dan satu persoalan lagi, adakah kebanyakan pasangan yg berkahwin awal ini diwarisi daripada perkahwinan ibu bapanya yg kahwin awal which diorg lebih terbuka  jika anaknya ingin berkahwin awal. Ibu kata, boleh jadi juga tapi mesti mengikut situasi la. Dan aku bertanya kepada ibu, adakah ibu akan membenarkan kami kahwin awal? dengan tegas ibu menjawab, kalau dah wajib kahwin tu baru ibu benarkan. haha gulp. Satu amaran, tiada alasan. Ibu lebih menasihati kami utk belajar belajar and belajar dahulu. Dapatkan segulung ijazah dan kerjaya yang stabil barulah boleh fikirkan tentang alam perkahwinan. Masih teringat lagi, dulu bapis kata lepas habis HO (hamboi!) then nak kahwin tp baru-baru ni dia menukar fikiran nak kahwin bila dah stabil ekonominya dalam erti kata lain ada eset nak menanggung anak dara org (tahu pun! alhamdulillah dah sedar :p). 

Ibu sentiasa mengingatkan kami tentang betapa pentingnya memfokuskan diri ketika belajar ini. Kata-kata inilah yang ibu pegang apabila arwah atuk acapkali berpesan. dan nasihat ini juga dititipkan kepada kami. Bak kata arwah atuk, 'walaupun kita tak berharta, tapi biarlah kita berilmu'. Insyallah itulah fokus perjuanganku sekarang. Dan aku masih mahu mempertahankan impian dan matlamat yg ingin aku kecapi bersama keluarga tercinta dahulu. Biarlah selagi syurgaku masih di bawah telapak kaki ibu, biarkan aku membahagiakan dia dahulu. Eh? kahwin pun bukan boleh buat ibu bahagia ke? hekhek

Apa-apa pun ibu selalu berpesan bahawa berkahwin itu merupakan sunnah Rasulullah dan menolaknya bererti menolak Rasulullah. So freak, kepada sesiapa yg berniat memang taknak kahwin tu batalkan jela. tak baik tau! walaupun kena fokus pada pelajaran, ibu selalu mengingatkan agar aku tidak lupa daripada berdoa dan meminta dari Tuhan jodoh yang terbaik buat kita, yang melengkapi kita. Aku pula akan gelak bila ibu start serious tapi terdiam setelah ibu memperkuatkan hujahnya. Alam rumahtangga tidak semudah bercinta kata ibu. Ia merupakan sebuah lafaz janji dan amanah yg telah dipertanggungjawabkan. Ibu juga berpesan, jangan sesekali mahukan pasangan yang sempurna kerana setiap insan itu pasti ada kekurangannya. Kalau kita terlalu mengharapkan pada kesempurnaan, alamatnya perkahwinan itu akan mudah goyah, tetapi binalah kesempurnaan itu bersama. Okay tak faham-pening -..-

So yeah dah panjang sangat really have to go. ingin sekali menitipkan buat kaum hawa yg comel,comot,kurus dan gemuks di sini, jadilah seorang isteri yang membahagiakan suami dan pasanglah impian menjadi penghuni syurga dengan mentaati suamimu. Dan kepada kaum adam yang cute (kimbum), hensem,macho, comot, momot, kurus, tinggi, botak, gemuk ingatlah hawa itu dicipta bukan dari kepala utk dijunjung, di kaki utk dipijak tetapi di rusuk utk disayangi, dilindungi dan dicintai. Ingatlah hati itu Allah yang pegang. Hati saya, hati awak, dan hati dia. Berdoalah kepada Allah agar diberi ketetapan iman dan kekuatan hati. R

p/s :Tak pandai nak jaga orang lagi, diri sendiri pun tak terurus, makan pun tak fikir org lain. eh?

Tuesday, August 14, 2012

Kebetulan Lagi

Assalamualaikum

Jam menunjukkan hampir 12 minit malam. Sambil menunggu ayah di entrance bp mall, kulihat sebuah kenderaan proton wira i guess, meluncur laju di hadapanku. Tiba-tiba penumpang di belakangnya kulihat mengangkat tangan dan melambai, tak tahu kepada siapa ia ditujukan. Aku mula mengamati penumpang lelaki tersebut. Beberapa saat kemudian,

Eh, Shhaaakaaannngg! Aku menjerit. Ibu terkejut lalu menegurku, adus malu terjerit  di hadapan pengunjung yang berada di situ. Kemudian aku melihat shakang terus menurunkan tangannya serta-merta dan berpaling daripada melihatku. Kurang asam budak sorang ni! Kau malu la tu dapat kawan mcm aku duk terjerit-jerit tak tentu pasal. Dannngg kenapa la perangai aku ni tak berubah duk terjerit-jerit kalau jumpa kawan-kawan. Teruja! Hahaha yaaa sekali lagi, kebetulan itu berlaku lagi. 

Kalau dah namanya duk satu daerah, possibility nak terjumpa memang tinggi. Shakang, shakang, kenapalah banyak-banyak tempat mesti engkau yang aku jumpa, dan kenapa mesti di bp mall, dan kenapa mesti aku memalukan diri aku lagi sebagai seorang gadis feminin yang mempunyai aura jerit yang membunuh? Haih -.-

Thursday, August 9, 2012

Serangan Mengejut (!)

Dunia semakin kelam dari sudut penglihatanku.
Kepalaku berdenyut-denyut.
Aduh berat sungguh serangan ini.
Aku gagahkan diri menaiki tangga. 
Sampai di separuh tangga, badanku mula goyah
Aku mula merangkak-rangkak
Terberhenti aku di pertengahan perjalanan
Aku melentokkan kepalaku ke dinding, beristirehat sebentar.
Ku jaga langkahku agar tak didengari sesiapa.
Blueekkkk bau perit yang memualkan tapi tiada apa yg terkeluar
Sampai di tangga terakhir aku cepat-cepat merangkak ke bilik.
Aku rebah di hujung katil di dalam kubikel ini.
Kepala terus berdenyut dan perutku mula meragam.

ARRRRRGGGHHHH aku tak tahan!

Aku terpaksa berlari ke ruang istirehat itu.

Lega, kesakitan dapat sikurangkan sebentar.
Hmmm tu lah padahnya makan dua pinggan masa berbuka tadi.
Makan tak hengat dunia, itulah penangannya! teeheeee

# Harini belajar masak Macaroni cheese dgn Makcik
Bila Macaroni cheese + Kambing bakar + Fries, inilah padahnya (huh!)

Monday, August 6, 2012

My Hot Holiday Destinations (Insyallah)

Assalamualaikum


Teringat perbualan tengah hari yang lalu bersama Makcik Dayang di dalam bilik, sambil menujah-nujah biji angin di dalam tapak kakinya. Girl's talk. (A woman and a girl actually :p)

N : Makcik, banyak-banyak negara yang makcik dah pergi, mana paling best?
M : Ikut la. kalau nak relax-relax je, pergi New Zealand best, kalau nak shopping pergi UK atau US best, kalau nak tenang, taknak risau apa-apa, pergi Paris. kat situ tak payah risau pun kalau nak jalan-jalan. Malam pun tenang je, cantik. Tak mcm Bangkok, takut nak jalan.
N : ( ternganga dan mengiyakan) Kalau Middle East pulak?
M : Oh Makcik baru pergi Dubai je.
N : Ooo. Akak teringin nak pergi Istanbul,Turki.
M : Oh tu best. Kat sana cantik. banyak bangunan lama-lama and siapa yang suka Istana bolehla pergi sana. Egypt pun okay. Cantik.

Hati tersedu-sedan. 
Pernah juga aku mengadu hal ini kepada ibu. Ibu kata takpe, belajar rajin-rajin esok dh besar kumpul duit sendiri boleh pergi mana-mana yang kita nak. Tapi kena ingat tempat pertama yang mesti pergi sebelum negara lain, adalah Mecca. buat umrah dulu. ada rezeki dapatkan haji muda- muda. Aku angguk dan bersetuju. Baik Ibu.

Dua puluh tahun hidup, belum pernah lagi saya memijak tanah selain tanah air sendiri. Even adik-adik pun dah pernah pijak at least Singapore. I love to travel around the world, tapi semua itu hanya mimpi dan angan-angan yang tidak pasti. Doakan saya murah rezeki yang halal dan dikurniakan usia yang panjang utk menapak di bumi Allah yang luas ini. Insyallah.

15 Hot Holiday Destinations :
1.Mecca- the land itself. (must!)
2.Korea - Nami, Jeju Island, Seoul (must!)
3.Istanbul - the legacy of Roman, Byzantine and Ottoman empires. Hagia Sophia!(must!)
4.Egypt (ancient egypt) - the pyramids of Giza, (Alexandria,Cairo,the Nile)
5.New York,USA - shopping paradise T_T
6.The Wax Museum
7.Old Trafford,Manchester,The Stonehenge,Wiltshire and several regions of UK
8.The Seine and Eiffel Tower, Paris- river cruise at night, the city of fashion,romance and food!
9.Venice, Italy
10.Queenstown, NZ
11.Bandung, Medan,Bali Indonesia
12.Sydney,Australia - the nightlife lover!
13.Granada,Spain
14.Pulau Hantu, Universal Studio, Underwaterworld,Night Safari, Singapore
15.Karambunai, Perhentian Island,Legoland, Hello Kitty Town, Malaysia. (must!!)

Penuh angan-angan dan impian,
Nurul :')