Monday, September 3, 2012

Casamento, Eh So Random!

Assalamualaikum

Masih dalam mood raya kan, so masih tak lambat utk wish Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga Syawal ini memberi 1001 kebahagiaan dalam hidup kita. 

Oh ya;  Ketika aku sedang meng-edit esei ini aku berada di rumah Pakcik di Pajam,Nilai. Kebetulan setiap kali sebelum balik ke Shah Alam memang akan bersanggah di rumah Pakcik atau Alang. Jadi dapatlah ayah merehatkan dirinya sebelum menghantarku pulang ke SA. So harini (semalam) Pakcik mengadakan open house yg para jemputan rata-rata dalam kalangan kami ahli keluarga semua, jiran dan rakan sepejawatnya. Sebagai kakak sulung dalam family, mestilah kena rajin, so kenalah tolong, tak bole dah mcm dulu kerja tukang makan sahaja. Yang paling aku suka adalah sesi BbQ. Tak kisahlah walaupun berjubah ke apa, memanggang menjadi keutamaanku sampai muka comot dan berminyak pun gua rela beb. That's why la aku online tengah-tengah malam buta ni. Apa-apa pun tujuan utama post ini adalah sekadar ingin berkongsi sesuatu tentang sebuah perkahwinan. aiseh, Nurul sabaq na! Joyah-wannabe dah start dah!

Selamat pengantin baru seniors! Sekitar dua minggu yg lepas.
Abg Faizul dan isteri.
 Picture : Credits to Abg Nizam

Abg Izzul & Kak Mira Husna
Picture : Credits to Kak Redza
So yeah alhadulillah ketiga-tiga seniorku akhirnya menjadi suami dan isteri. Walaupun takda la kenal rapat sangat tapi Insyallah aku doakan kali berbahagia di samping suami/isteri tersayang. Abg Faizul merupakan ketuaku semasa 3K dulu dan aku memang tak pernah bercakap dengan Abg Izzul and Kak Mira pula pernah sekali dua berbual mengenai tugas Majasti. btw, tak pernah tahu abg Izzul and Kak mira ni dulu pernah  sama-sama bercinta zaman Sakti dulu.hehe

Yang lebih menariknya, mereka ini semua masih berumur 21 tahun (sebaya bapis) dan juga seorang mahasiswa dan mahasiswi tapi yeah semuanya overseas students. Perkahwinan itu bukan dilihat dari usia pengatinnya tetapi dari segi kematangan pengantinnya. Hubungan jarak jauh mungkin akan mematangkan hubungan mereka. Insyallah semoga Allah permudahkan urusan mereka. Oh ya kahwin muda ni oksy je sebab korang akan kekal muda dan bayangkan pada usia 40-an, anda sudah mempunyai anak berusia 20-an dan anda akan kelihatan seperti seorg ayah muda dan ibu yg muda. Tak payah tengok jauh la, my mom kahwin pun awal dalam 23, and now bila dia dah 45, dia ada daughter umur 20 and son umur 21 so beza takdalah jauh sgt. Selalu je orang terkejut bila ibu dah ada anak setua bapis and aku. and paling sakit hati bila orang ingat aku ni adik kepada ibu sendiri. People, it is not something that i can considerate okay. Huh! so no worries seniors nanti u guys akan jadi super awet muda mummy and daddy! 

Seringkali juga aku terfikir apa sebenarnya tujuan orang berkahwin awal? haha banyak jawapannya. dan satu persoalan lagi, adakah kebanyakan pasangan yg berkahwin awal ini diwarisi daripada perkahwinan ibu bapanya yg kahwin awal which diorg lebih terbuka  jika anaknya ingin berkahwin awal. Ibu kata, boleh jadi juga tapi mesti mengikut situasi la. Dan aku bertanya kepada ibu, adakah ibu akan membenarkan kami kahwin awal? dengan tegas ibu menjawab, kalau dah wajib kahwin tu baru ibu benarkan. haha gulp. Satu amaran, tiada alasan. Ibu lebih menasihati kami utk belajar belajar and belajar dahulu. Dapatkan segulung ijazah dan kerjaya yang stabil barulah boleh fikirkan tentang alam perkahwinan. Masih teringat lagi, dulu bapis kata lepas habis HO (hamboi!) then nak kahwin tp baru-baru ni dia menukar fikiran nak kahwin bila dah stabil ekonominya dalam erti kata lain ada eset nak menanggung anak dara org (tahu pun! alhamdulillah dah sedar :p). 

Ibu sentiasa mengingatkan kami tentang betapa pentingnya memfokuskan diri ketika belajar ini. Kata-kata inilah yang ibu pegang apabila arwah atuk acapkali berpesan. dan nasihat ini juga dititipkan kepada kami. Bak kata arwah atuk, 'walaupun kita tak berharta, tapi biarlah kita berilmu'. Insyallah itulah fokus perjuanganku sekarang. Dan aku masih mahu mempertahankan impian dan matlamat yg ingin aku kecapi bersama keluarga tercinta dahulu. Biarlah selagi syurgaku masih di bawah telapak kaki ibu, biarkan aku membahagiakan dia dahulu. Eh? kahwin pun bukan boleh buat ibu bahagia ke? hekhek

Apa-apa pun ibu selalu berpesan bahawa berkahwin itu merupakan sunnah Rasulullah dan menolaknya bererti menolak Rasulullah. So freak, kepada sesiapa yg berniat memang taknak kahwin tu batalkan jela. tak baik tau! walaupun kena fokus pada pelajaran, ibu selalu mengingatkan agar aku tidak lupa daripada berdoa dan meminta dari Tuhan jodoh yang terbaik buat kita, yang melengkapi kita. Aku pula akan gelak bila ibu start serious tapi terdiam setelah ibu memperkuatkan hujahnya. Alam rumahtangga tidak semudah bercinta kata ibu. Ia merupakan sebuah lafaz janji dan amanah yg telah dipertanggungjawabkan. Ibu juga berpesan, jangan sesekali mahukan pasangan yang sempurna kerana setiap insan itu pasti ada kekurangannya. Kalau kita terlalu mengharapkan pada kesempurnaan, alamatnya perkahwinan itu akan mudah goyah, tetapi binalah kesempurnaan itu bersama. Okay tak faham-pening -..-

So yeah dah panjang sangat really have to go. ingin sekali menitipkan buat kaum hawa yg comel,comot,kurus dan gemuks di sini, jadilah seorang isteri yang membahagiakan suami dan pasanglah impian menjadi penghuni syurga dengan mentaati suamimu. Dan kepada kaum adam yang cute (kimbum), hensem,macho, comot, momot, kurus, tinggi, botak, gemuk ingatlah hawa itu dicipta bukan dari kepala utk dijunjung, di kaki utk dipijak tetapi di rusuk utk disayangi, dilindungi dan dicintai. Ingatlah hati itu Allah yang pegang. Hati saya, hati awak, dan hati dia. Berdoalah kepada Allah agar diberi ketetapan iman dan kekuatan hati. R

p/s :Tak pandai nak jaga orang lagi, diri sendiri pun tak terurus, makan pun tak fikir org lain. eh?

No comments:

Post a Comment