Tuesday, July 31, 2012

Kebetulan Yang Tak Disangka-sangka

Assalamualaikum

Hud : Nanti teman jumpa Ayem eh. Dia ajak jumpa. Nanti dia bawa kawan dia sekali.
Nughul : What? Ala hang pi la jumpa dia sorang. Kita p tempat lain. Tak mau jumpa kawan dia memang Krik krik habis la. Memang Ratu Krik krik la aku oi.
Hud : Alaaa taknak la Nurul join sekali la. Nanti lagi Krik krik kalau sorang-sorang je perempuan.

Haish Hud punya pasal terpaksa la aku tembokkan muka. I'm a shy person. Aduhai lemah lutut saya. Dalam hati ni tak habis-habis doa mudah-mudahan si Ayem tu tak bawa kawan dia. Penat aku memikirkan cara nak lari dari situ. Dannnggg. Hailo hailo 

Selepas dimaklumkan oleh Hud yg Ayem dh sampai, terus kami naik atas (food court). Dari jauh sudah kelihatan Ayem dan seorang kawannya yg membelakangi kami. Sambil berjalan menuju kearah mereka, aku seakan-akan mengenali susuk itu. Terutama rambut dan badannya. Selepas beberapa saat, Ayem senyum ke arah kami dan kawannya turut berpaling. Aku terkejut.

Nughul : Wwwooi! Shakanggg!Hahahahaha
Rata-rata yang ada di situ melihatku.Hud pelik. Adus malu!

Hahahhaa yeaa orang itu adalah Shakang! Siapa tak kenal Shakang? Rakanku ketika di Sakti dulu. wahahaha sungguh kecik dunia ini. Hai hud hud, semua kawan aku jadi kawan kepada kawan kau. Sebelum ni Afiq. Berbalik kepada kisah tadi, dah jadi sebaliknya. Apa yang sepatutnya berlaku kepada aku, berlaku pada hud hud and ayem. hahaha Diorg yang krik krik. Kadangkala mereka senyap dan melihat ke arah kami. Terima kasih Hud dan Ayem atas pertemuan korang, aku jumpa budak sorang ni. kikiki
Oh Hud jeling kat Shakang eh. :pp

Aku dan shakang pula dok bercerita, ketawa tak hengat dunia. Haish dah la memang teringat-ingat kat budak sorang ni, bole pulak jumpa. Shakang masih macam dulu cuma aku perhatikan ada sedikit perubahan. Dia nampak matang sedikit dan agak malu- malu tetapi mutu lawaknya masih lagi menjadi. ya sifat penyibuk dan sarkastik tu pun masih ada. Tapi tulah yang menghiburkan aku. Berada dengannya membuatkan aku lupa sekeliling. Sibuk bergosip, bercerita dan tertawa. Kami bercerita mengenai rakan-rakan 92 degrees yang lain serta pengalaman belajar masing-masing. Hmm i really like it when its Mr Bean in him talking. Aku pun tak tahu kenapa tapi ringan saja mulut nak bercerita mcm-mcm. Haish teringat kenangan ketika di Sakti dulu. Indahnya saat di sekolah dulu mencipta kenangan. Rindu kepda warga Sakti eh 92 degrees' crews mula bertandang. Kawan-kawan jomlah buat reunion!

Balik daripada pertemuan itu :

Nughul : Anessss! Cuba teka siapa aku jumpa td?
Anis : Hmm bla bla (Anis meneka ntah siapa ntah)
Nughul : Alaaa takkan tak kenal kot, calon menantu kesayangan En Bakri. Hahaha
Anis : Shakang! Hahahahahahha 

Wednesday, July 25, 2012

Memori Terakhir

Masih segar kenangan lebih 10 tahun yang lalu. Dahulu masa sekolah rendah penulis ini memang kaki gaduh. bukan suka mencari gaduh tetapi suka membalas balik kalau orang cari gaduh. tak padan dengan perempuan tapi suka bertekak la, bertepuk tampar la, bertumbuk dan berkarate (huh!) dan sudah tentutalah pencari gaduh itu dlm kalangan budak-budak lelaki yg sebaya dengannya. Dasar lelaki suka cari pasal dengan perempuan. tak tahulah apa istimewanya (-.-) si penulis itu sehinggakan ada sahaja orang yang nak cari pasal. nak kata comel, comel lagi Adibah Nor. 

Yea di antara mereka, ada seorang ni yang amat si penulis geram. Manakan tidaknya, memori satu-satunya manusia yang sanggup masukkan tong petrol dalam beg sekolah si penulis. Nasib baik dia sedar semasa pulang. Apa lagi, gaduh teruk la. siap si ayah penulis yang penyayang ni jumpa si emak budak itu yang kebetulannya tukang masak di kantin sekolah. tersenyum dalam hati si penulis apabila melihat budak itu dimarahi. malah selepas itu, setiap perbuatan budak itu pasti si penulis akan report kepada emaknya yang baik itu ataupun melawan balik dengan tumbukan atau pukulan. Namun tahun berganti tahun, walaupun sering bergaduh, tapi itulah cara mereka semua berkawan sehinggalah habis sekolah rendah. Terlalu biasa adegan kejar-mengejar, tarik2 tudung, pukul memukul yang menjadi rencah dalam kehidupan sebagai pelajar sekolah rendah. adat berkawan kan.

Ayah kata, semenjak dewasa, dia tidak lagi nakal (suka bergurau -.-) seperti dahulu. perwatakannya seiring dengan umurnya. Lebih matang dan menjadi seorang anak lelaki yang baik sebab dia dilihat selalu membantu emaknya berniaga dan juga selalu menegur ayah. Hampir bertahun-tahun lamanya selepas habis sekolah rendah penulis dan dia tidak berjumpa walaupun rumah penulis dan kampungnya hanya berdepan sahaja. Mungkin faktor penulis yang tinggal di asrama dan tidak lagi bersosial dengan rakan sekolah rendahnya yang kebanyakannya penduduk di kampung itu. Entah mengapa si penulis amat takut memikirkan rakan-rakannya ingat si penulis sombong utk bersosial sama mereka. Kenangan terakhir ialah konvoi beraya bersama, ya 8 tahun yang lalu. kemudiannya tiada lagi.

Tahun berganti tahun, tanggal 21hb Julai 2012 bersamaan 1 Ramadhan yang lepas, semasa berbuka puasa bersama keluarga, penulis dikhabarkan oleh ibunya bahawa ada kawan penulis semasa sekolah rendah telah meninggal dunia pada pagi itu. Dada penulis berombak, jantung berdebar. Penulis terus bertanyakan kepada ayah. Ayah mengkhabarkan bahawa, ya sahabatku Mohd Firdaus b Ismail telah pun pergi mengadap Illahi dan dikebumikan lebih kurang pukul 6 lebih petang itu.Innalillahiwainnailaihirojiun. Dari Allah kita datang, dan kepada Allah kita kembali. Tergamam seketika kerana tidak menyangka pemergian yang begitu awal itu. Maut tak mengenal usia, itulah apa yang penulis pelajari. 

Ya arwah la kawan kanak-kanak si penulis. Dialah yang mengajar penulis mengenal apa erti sebuah kehidupan ketika di sekolah rendah dulu. Bagaimana kepuasan mencipta kenangan. Ya dialah satu-satunya orang yang memberi kenangan kepada penulis yang berkaitan dengan tong petrol itu. Kini cerita disebalik tong petrol itu akan dikuburkan dlm hati si penulis sebagai memori dari arwah. Masih ingat lagi adik lelaki penulis yang selalu menitipkan salam dari arwah kepada penulis setiap kali dia berjumpa dengan arwah ketika solat di Masjid. Masih ingat lagi arwah dengan penulis yang sombong ini rupanya. Malangnya tidak pernah pula si penulis menitipkan salam persaudaraan semula dengan arwah. Begitu tegar sekali. Menyesal mengenangkan yang pasti arwah mengingatkan si penulis lupa akan dirinya. Sudahla si penulis ini tidak melawat arwah ketika dikebumikan ataupun melawat keluarga arwah pada hari kematiannya walaupun jarak rumah yang tidak sampai sepuluh minit itu. Ketika terserempak dengan kakak arwah pada keesokan harinya di sebuah masjid di Semerah, masih terbayang lagi muka sugul kakaknya. Kakaknya juga mengatakan yang emak mereka masih dalam keadaan lemah. dan lebih teruk lagi, kakaknya masih ingat yang si penulis ini merupakan kawan arwah. Dan sebagai kawan, mungkin dia pelik mengapa si penulis tidak pernah memunculkan diri. Maaf sahabatku, disebabkan faktor transportation dan kekangan masa si penulis tidak dapat hadir. Malang sekali abang tiada untuk dijadikan peneman atau driver. Ayah pula sibuk bekerja dan si penulis pula masih tidak boleh memandu.

Hampir setiap malam selepas hari kematian arwah, si penulis tidak dapat melelapkan mata. Kenangan lalu terus menghantui diri. Masih teringat lagi penulis akan seraut wajah itu terutama matanya yang redup itu. dan tiap-tiap malam jugalah lagu-lagu seperti Kau Kawan, Sahabat dan Teman serta bait-bait lagu Kawan dari UNIC akan berkumandang menemani tidur si penulis, Rindu kepada teman-teman lama yang sudah menggunung dirasai. Kekesalan diatas sikap sendiri.

Kepada teman-temanku sekalian, hargailah seseorang yang pernah hadir dalam hidup kita lebih-lebih lagi apabila dia masih mengingati kita kerana yang pergi tidak akan kembali lagi.Kepadamu sahabat, aku tidak pernah lupakan kau sebagai kawanku. Segunung Al fatihah disedekahkan buat mu. Mudah-mudahan kau tenang di sana dan semoga dirimu ditempatkan dalam kalangan orang yang beramal soleh. Semoga kekallah kenangan-kenanganku buat selamanya, seumpama mutiara peristiwa yang teruntai. :')


Pelajar kolej kena renjatan

Kuala Lumpur: Seorang pelajar kolej maut, manakala dua lagi cedera selepas terkena renjatan elektrik ketika sedang melakukan kerja penyelenggaraan di KL Sentral, di sini semalam. 

Kejadian jam 7 pagi itu menyebabkan Mohd Firdaus Ibrahim, 26, mati di lokasi kejadian, manakala dua lagi termasuk seorang penyelia cedera sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Kejadian dikatakan berlaku ketika Firdaus yang berasal dari Parit Raja, Johor, bersama rakannya berusia 20-an dari sebuah kolej sedang menjalani latihan industri, mengikut penyelia mereka berusia 40-an ke lokasi untuk proses penyelenggaraan. 
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata mayat mangsa dihantar ke PPUM untuk bedah siasat dan polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut. 


* keratan akhabar dari Berita Harian. Oh ya kesalahan daripada pihak editor bahawa si mati adalah rakanku Mohd. Firdaus Ismail, 20 tahun.

Thursday, July 12, 2012

Gedung Ilmu.

Assalamualaikum. w.b.t


Malam yang sepi. Penghawa dingin ini terlalu mencengkam rasa. Sejuk kian terasa, nasib baik kipas dah matikan kalau tak memang beku jasadku. Ini semua gara-gara budak-budak ni yang switch on kedua-dua bahan penjana ini. Satu lagi kelemahanku, tak tahu kenapa sejak dua menjak ni selalu rasa curiga dan takut walaupun berada di dalam rumah. Haish ni kes takut nak keluar bilik cari remote air-cond la. Deng i have no idea mana remote tu pergi. Nak buka pintu emmmm emmm.hahaha. Ni semua gara-gara security alarm rumah pakcik yg selalu bunyi tengah-tengah malam. Okay kalis sebenarnya bila iman tak berapa nak kuat, hati pun tak kuat la, so hidup dalam ketakutan. Muhasabah.

Disebabkan terlalu awal nak tdo, pukul 10 beb too awal kan, so i made up my mind untuk membaca. Kalau malam2 sebelum ni asyik membelek Lawak Kampus tp malam ni tak tahu la kenapa perlukan sesuatu yang ada pengisian. Lama juga tak belek novel2 sejarah. Before this even nak baca novel-novel Melayu pun i feel bad sebab tak khatamkan lagi buku-buku course. Cheh Melayu sangat kan. So after for a long loooong time, i decided to read a novel by Abdul Latip Talib "Ali bin Abu Talib". Dulu bukan main rajin siap lumba siapa ada paling banyak koleksi ALT dengan Afifah (cousie) tapi skrg nampaknya keluarga Pakcik pun dah mendahului memandangkan anak-anaknya smua ulat buku. Kalah.

So here we go, nothing special to be shared in this post just i feel macam teruk sangat sebab kisah-kisah sahabat nabi pun tak khatam lagi. tak cerita lagi buku hidup Rasulullah, Aisyah,Khadijah and etc yang dah entah ke mana. Sometimes bila tengok orang lain lebih bijak or banyak knowledge dari kita, mulala start downgrade diri sendiri tapi bila diukur di badan sendiri, baru lah nak check setakat mana usaha dan kesedaran yang kita ada untuk mencapai sesuatu tu. Bukan nak menjunjung orang lain tapi diri sendiri yang tak lepas dari mewarisi sifat Malas tu. Selama ni sebut je artis apa kat Malaya ni, siap tahu birthday bila la, nama anak diorg siapala, gila fashion artis tu la ini la semua celah gigi,  tapi bila part ditanya, dah cukup kenalkah kita dengan Rasulullah. Hmm tunduklah kau. Kalau sirah Rasulullah pun tak khatam apa ntah lagi sahabat-sahabat yang banyak bekorban demi Rasulullah. Malu rasanya diri ini.

Berbalik kepada perjuangan Saidina Ali, begitu besar pengorbanannya. kita cuma tahu dia kanak-kanak terawal memeluk islam, menantu dan sepupu Rasulullah dan sebagai Khalifah Ar-Rasyidin yang keempat je secara basisnya tapi bila baca sejarahnya, Masyallah begitu besar sumbangan beliau kepada dunia Islam. Begitu besar perjuangannya bukan sekadar di medan perang tetapi juga seorang ilmuwan yang fasih bicaranya dan hampir ucapannya mengandungi hikmah. Alangkah bertuahnya beliau dapat hidup and berada di sisi Rasulullah ketika hayatnya. Selain itu antara ilmu yang baru diperolehi melalui buku ini ialah mengenai profil diri Saidina Ali. Beliau actually mempunyai 9 isteri, 15 anak lelaki dan 17 anak perempuan. wow kan sebab selama ini Aku cuma tahu yang beliau cuma ada isteri bernama Siti Fatimah je. teehee. Apa yang menarik lagi, beliau mempunya seorang ibu bernama Fatimah, isteri juga bernama Fatimah dan anak yang bernama Fatimah. besar sungguh nama Fatimah itu kan dalam sejarah Islam. dan Nabi Muhammad juga pernah berkata, di kalangan penghuni syurga terdapat empat wanita yang paling mulia iaitu Khadijah, Fatimah, Asia dan Mariam. Ilmu baru untuk aku malam ni.

Okaylah ada lebih kurang 80 halaman lagi untuk dihabiskan. Selamat malam dan bersama-samalah kita untuk menghabiskan cuti yang panjang ini dengan bahan bacaan yang bermanfaat. terima kasih dan sekadar berkongsi.


Sunday, July 8, 2012

Namja Chingu. Hekhek




Tonight gonna be the last one.
 Thanks for accompanying me days and nights.
I owe you big time. Tu vas me manquer. 
See you next semester! Take care.

Saturday, July 7, 2012

He or They

Satu malam study week yang lalu, ada satu persoalan yang timbul dalam fikiran aku. Hal ini timbul setelah a man told my friend yang dia menjadi sangat gembira dan lebih bahagia setelah bertemu dengan sahabatku ini. then i asked her, how come a person boleh jadi seseorang yang boleh menggembirakan kamu di mana sampai ke tahap yang without him, you are happy, but with him you are the happiest person. it came a cross to my mind at that moment. so what about 'them'?

Later she replied, Nurul someday, you will feel the same way too if you meet 'him'. I shocked. Do i have to wait for that particular and uncertain day? or do i need someone else to be with so that i can feel the way they felt?  i am happy now. having a good mother, a caring father, lovely brothers and sister give such a good and wonderful feeling. i never think what will happen to me in the future, without them. so whats the matter? i really really love them. and i really mean it. hence, do i need more? do i need anyone else? do i need any stranger in my life? it is somehow kinda irritating when you think that you gonna have someone else to set aside the love you have for your family. she continued that : yes, it is true that when you are with your family, you're happy but that happiness will have to be divided as it considers a group of people. but for the one yg ditakdirkan untukmu, the happiness that you gonna have will be the supreme and absolute one. and it is different.like daaaaa. eh memang at the end people will love someone more than others eh? unacceptable. bias! (-.-)

oh yaaaa, then what if the one who you used to love more than your family left you and then you meet another one, how would you evaluate the happiness and love? which one is the greater one. oh sometimes things can be shifted easily. 

its hard to say.. maybe because i never experienced it. and now i keep thinking, one day, unintentionally nemo judex in causa sua will be applied to me. natural justice huh? 

oh ya i remembered, 
cintakan manusia, manusia akan mati, cintakan Tuhan kekal selamanya. its better kan.

My Superhero!


Marvel : The Amazing Spiderman. Siapa belum tengok, anda disarankan untuk menonoton sekarang, and make sure stay on your seat until habis credits. Walaupun basic plot lebih kurang je dengan spiderman series sebelum ni, percayalah anda tidak mungkin akan menyesal. Lupakan Tobey Maguire, mari saksikan kecomelan Andrew Garfield! Adore adore adore.Hot hot hot eh. Haih me want moreeeeee! 
Aweesoomeee tapi tak boleh kalahkan Avengers kot. 

4/5 stars. xoxo :)