Showing posts with label spooky. Show all posts
Showing posts with label spooky. Show all posts

Thursday, July 12, 2012

Gedung Ilmu.

Assalamualaikum. w.b.t


Malam yang sepi. Penghawa dingin ini terlalu mencengkam rasa. Sejuk kian terasa, nasib baik kipas dah matikan kalau tak memang beku jasadku. Ini semua gara-gara budak-budak ni yang switch on kedua-dua bahan penjana ini. Satu lagi kelemahanku, tak tahu kenapa sejak dua menjak ni selalu rasa curiga dan takut walaupun berada di dalam rumah. Haish ni kes takut nak keluar bilik cari remote air-cond la. Deng i have no idea mana remote tu pergi. Nak buka pintu emmmm emmm.hahaha. Ni semua gara-gara security alarm rumah pakcik yg selalu bunyi tengah-tengah malam. Okay kalis sebenarnya bila iman tak berapa nak kuat, hati pun tak kuat la, so hidup dalam ketakutan. Muhasabah.

Disebabkan terlalu awal nak tdo, pukul 10 beb too awal kan, so i made up my mind untuk membaca. Kalau malam2 sebelum ni asyik membelek Lawak Kampus tp malam ni tak tahu la kenapa perlukan sesuatu yang ada pengisian. Lama juga tak belek novel2 sejarah. Before this even nak baca novel-novel Melayu pun i feel bad sebab tak khatamkan lagi buku-buku course. Cheh Melayu sangat kan. So after for a long loooong time, i decided to read a novel by Abdul Latip Talib "Ali bin Abu Talib". Dulu bukan main rajin siap lumba siapa ada paling banyak koleksi ALT dengan Afifah (cousie) tapi skrg nampaknya keluarga Pakcik pun dah mendahului memandangkan anak-anaknya smua ulat buku. Kalah.

So here we go, nothing special to be shared in this post just i feel macam teruk sangat sebab kisah-kisah sahabat nabi pun tak khatam lagi. tak cerita lagi buku hidup Rasulullah, Aisyah,Khadijah and etc yang dah entah ke mana. Sometimes bila tengok orang lain lebih bijak or banyak knowledge dari kita, mulala start downgrade diri sendiri tapi bila diukur di badan sendiri, baru lah nak check setakat mana usaha dan kesedaran yang kita ada untuk mencapai sesuatu tu. Bukan nak menjunjung orang lain tapi diri sendiri yang tak lepas dari mewarisi sifat Malas tu. Selama ni sebut je artis apa kat Malaya ni, siap tahu birthday bila la, nama anak diorg siapala, gila fashion artis tu la ini la semua celah gigi,  tapi bila part ditanya, dah cukup kenalkah kita dengan Rasulullah. Hmm tunduklah kau. Kalau sirah Rasulullah pun tak khatam apa ntah lagi sahabat-sahabat yang banyak bekorban demi Rasulullah. Malu rasanya diri ini.

Berbalik kepada perjuangan Saidina Ali, begitu besar pengorbanannya. kita cuma tahu dia kanak-kanak terawal memeluk islam, menantu dan sepupu Rasulullah dan sebagai Khalifah Ar-Rasyidin yang keempat je secara basisnya tapi bila baca sejarahnya, Masyallah begitu besar sumbangan beliau kepada dunia Islam. Begitu besar perjuangannya bukan sekadar di medan perang tetapi juga seorang ilmuwan yang fasih bicaranya dan hampir ucapannya mengandungi hikmah. Alangkah bertuahnya beliau dapat hidup and berada di sisi Rasulullah ketika hayatnya. Selain itu antara ilmu yang baru diperolehi melalui buku ini ialah mengenai profil diri Saidina Ali. Beliau actually mempunyai 9 isteri, 15 anak lelaki dan 17 anak perempuan. wow kan sebab selama ini Aku cuma tahu yang beliau cuma ada isteri bernama Siti Fatimah je. teehee. Apa yang menarik lagi, beliau mempunya seorang ibu bernama Fatimah, isteri juga bernama Fatimah dan anak yang bernama Fatimah. besar sungguh nama Fatimah itu kan dalam sejarah Islam. dan Nabi Muhammad juga pernah berkata, di kalangan penghuni syurga terdapat empat wanita yang paling mulia iaitu Khadijah, Fatimah, Asia dan Mariam. Ilmu baru untuk aku malam ni.

Okaylah ada lebih kurang 80 halaman lagi untuk dihabiskan. Selamat malam dan bersama-samalah kita untuk menghabiskan cuti yang panjang ini dengan bahan bacaan yang bermanfaat. terima kasih dan sekadar berkongsi.


Saturday, June 4, 2011

No, I'm Not Lucky, I'm Blessed

serius aku cuak gila. pagi tadi dok mimpi benda yg mengarut.

aku mimpi aku jadi seorg pembunuh. i killed my roomate and guess what roomie aku tu a guy. memang crap gila lah sebab how come a girl shared a room together with a guy kan. tapi aku tak ingat la pulak apa motifnya aku duk bunuh member aku tu. situasinya macam dekat hostel and i'm really scared sampai aku sembunyi dalam toilet bila warden buat checking. yang peliknya ada seorg cleaner toilet tu tahu aku sembunyi dalam toilet and aku ingat lagi apa yang dia cakap. he said "aku tahu, kau kan yang bunuh dia" .omaigod he knew.

after that i realised yg sbnye aku tak berniat nak bunuh dia. tapi semuanya bagaikan terlambat sebab aku boleh ditangkap atas dakwaan membunuh and masa tu aku mula memikirkan yang how come aku nak defense myself utk kategorikan kes aku sebagai culpable homicide as  i didnt have any 'mens rea' to conduct the murder. arggh gila wehh. aku rasa takut sangat sampailah aku berharap it just a dream. i tried to yell and then aku terus terjaga dengan berpeluh-peluh dan menghadap kipas sampai muka aku jadi sejuk.

bila dah bangun tu, aku rasa bersyukur sangat sebab it just a dream. aku tengok jam dah pukul 9.30 pagi. lepas tu aku bangun dan minum segelas air bersama 6 biji chlorella konon2 nya macam ubat penenang. then aku sambung tdur aku balik tapi sekali lagi dapat mimpi pelik. unfortunately aku tak ingat sbb mimpi pasal gajah and anak gajah. sumpah weird. 

lepas mimpi kedua tu, aku terus taknak sambung tdur lagi eventhough mata rasa berat lagi. lagi satu memandangkan dah nak masuk lunch hour kan. aku beritahu my parents and diorang pun gelakkan. yang paling tak boleh tahan diorg duk persoalkan macamana roomate aku boleh plak a guy kan. haha nama pun mimpi kan. anything can be happened. yang tak boleh blah tu, ibu siap tanya : "ada tak mimpi tu akak masuk toilet?" aku pun jawablah ada kan. and then ibu gelakan kuat2 sebab memang kerja syaitan lah tu sebab syaitan ni kalau kita tidur lepas je subuh mula la dia main2kan kita and bawak kita masuk toilet sebab tu kan tempat dia. hahaha aku terkena. memang sah sahlah aku cari nahas tdur waktu matahari dah memancak kat kepala sebab tu kena mainkan dengan syaitan. siot punya makhluk. apa-apa pun, rasa relieved gila sebab i'm not a murderer!

lastly, kenalah ceramah pasal tidur dengan ibu. haha.

Wednesday, May 11, 2011

Kinda Spooky

Salam.

Just wanna make a simple and short story about a girl next door....
thats kinda spooky. teringat perbualan  eh jangngan my sista petang tadi around 6 lebih.

atin : kak, jiran sebelah kita ni ada anak kecil kan. 
yang selalu bising and nangis tu kan?
aku : aah kenapa??
atin : kak, tadi tahu tak atin nampak dia bercakap sorang-sorang 
masa atin tengah angkat baju kat depan.
aku : huh? yeke? dia cakap apa?
atin : mula-mula, atin ingat dia  main anak patung ke apa, tibe-tibe atin
 dengar dia cakap macam ni 'eh, janganlah main kat situ, nanti ada keretalah
 (sambil buat gaya menarik seseorg)'
aku : yeje atin ni. (padahal cuak). habislah dia dah nampak atin
atin : huh? ishh tak tak tak mana ada :(

aish adik aku sorang ni. buat aku cuak je. dah lah tiap2 hari aku duduk rumah sorang-sorang sampai tgahari and tdo lambat. pokoknya aku rasa maybe disebabkan kawasan sebelah perumahan kami ni tengah under construction sebab tgah buat jalan and bangunan2 untuk uthm, sbb tu lah macam2 ada. hehe. apa2 pun kita memang kena percaya dengan benda2 macam ni sebab mereka juga makhluk Allah and sentiasalah kita berdoa supaya tidak diganggu mereka. btw, rupa2 nya ayah aku pun cakap yg dia memang suka cakap sorang2 sbb ayah aku pun da selalu perasan.

semasa aku menulis ni pun aku rasa seram2 cekodok je. asyik2 toleh2 belakang. hehe
*cuba korang toleh belakang, ada apa-apa tak?*