Thursday, July 12, 2012

Gedung Ilmu.

Assalamualaikum. w.b.t


Malam yang sepi. Penghawa dingin ini terlalu mencengkam rasa. Sejuk kian terasa, nasib baik kipas dah matikan kalau tak memang beku jasadku. Ini semua gara-gara budak-budak ni yang switch on kedua-dua bahan penjana ini. Satu lagi kelemahanku, tak tahu kenapa sejak dua menjak ni selalu rasa curiga dan takut walaupun berada di dalam rumah. Haish ni kes takut nak keluar bilik cari remote air-cond la. Deng i have no idea mana remote tu pergi. Nak buka pintu emmmm emmm.hahaha. Ni semua gara-gara security alarm rumah pakcik yg selalu bunyi tengah-tengah malam. Okay kalis sebenarnya bila iman tak berapa nak kuat, hati pun tak kuat la, so hidup dalam ketakutan. Muhasabah.

Disebabkan terlalu awal nak tdo, pukul 10 beb too awal kan, so i made up my mind untuk membaca. Kalau malam2 sebelum ni asyik membelek Lawak Kampus tp malam ni tak tahu la kenapa perlukan sesuatu yang ada pengisian. Lama juga tak belek novel2 sejarah. Before this even nak baca novel-novel Melayu pun i feel bad sebab tak khatamkan lagi buku-buku course. Cheh Melayu sangat kan. So after for a long loooong time, i decided to read a novel by Abdul Latip Talib "Ali bin Abu Talib". Dulu bukan main rajin siap lumba siapa ada paling banyak koleksi ALT dengan Afifah (cousie) tapi skrg nampaknya keluarga Pakcik pun dah mendahului memandangkan anak-anaknya smua ulat buku. Kalah.

So here we go, nothing special to be shared in this post just i feel macam teruk sangat sebab kisah-kisah sahabat nabi pun tak khatam lagi. tak cerita lagi buku hidup Rasulullah, Aisyah,Khadijah and etc yang dah entah ke mana. Sometimes bila tengok orang lain lebih bijak or banyak knowledge dari kita, mulala start downgrade diri sendiri tapi bila diukur di badan sendiri, baru lah nak check setakat mana usaha dan kesedaran yang kita ada untuk mencapai sesuatu tu. Bukan nak menjunjung orang lain tapi diri sendiri yang tak lepas dari mewarisi sifat Malas tu. Selama ni sebut je artis apa kat Malaya ni, siap tahu birthday bila la, nama anak diorg siapala, gila fashion artis tu la ini la semua celah gigi,  tapi bila part ditanya, dah cukup kenalkah kita dengan Rasulullah. Hmm tunduklah kau. Kalau sirah Rasulullah pun tak khatam apa ntah lagi sahabat-sahabat yang banyak bekorban demi Rasulullah. Malu rasanya diri ini.

Berbalik kepada perjuangan Saidina Ali, begitu besar pengorbanannya. kita cuma tahu dia kanak-kanak terawal memeluk islam, menantu dan sepupu Rasulullah dan sebagai Khalifah Ar-Rasyidin yang keempat je secara basisnya tapi bila baca sejarahnya, Masyallah begitu besar sumbangan beliau kepada dunia Islam. Begitu besar perjuangannya bukan sekadar di medan perang tetapi juga seorang ilmuwan yang fasih bicaranya dan hampir ucapannya mengandungi hikmah. Alangkah bertuahnya beliau dapat hidup and berada di sisi Rasulullah ketika hayatnya. Selain itu antara ilmu yang baru diperolehi melalui buku ini ialah mengenai profil diri Saidina Ali. Beliau actually mempunyai 9 isteri, 15 anak lelaki dan 17 anak perempuan. wow kan sebab selama ini Aku cuma tahu yang beliau cuma ada isteri bernama Siti Fatimah je. teehee. Apa yang menarik lagi, beliau mempunya seorang ibu bernama Fatimah, isteri juga bernama Fatimah dan anak yang bernama Fatimah. besar sungguh nama Fatimah itu kan dalam sejarah Islam. dan Nabi Muhammad juga pernah berkata, di kalangan penghuni syurga terdapat empat wanita yang paling mulia iaitu Khadijah, Fatimah, Asia dan Mariam. Ilmu baru untuk aku malam ni.

Okaylah ada lebih kurang 80 halaman lagi untuk dihabiskan. Selamat malam dan bersama-samalah kita untuk menghabiskan cuti yang panjang ini dengan bahan bacaan yang bermanfaat. terima kasih dan sekadar berkongsi.


No comments:

Post a Comment