Assalamualaikum dan Salam Ramadhan
Hari ini tak lain tak bukan nak buat entry membangga diri dan mengembangkan diri setelah entry yg lepas memalukan diri. teehee :)
Hari ini merupakan hari kedua aku memasak untuk berbuka! yeeheee. hamboi baru dua kali dah bangga kan. huh tak kisah la daripada korang yang tak pernah masak! kalau haritu memasak utk 7 org makan, hari ini pula aku memasak untuk 11 orang. Yeaah dari semalam family pakcik aku balik utk menyambut raya kat rumah aku disebabkan raya tahun ini mereka akan beraya di Bintulu, Sarawak. so seperti yang dijanjikan, pakcik nak merasa sendiri air tangan anak saudaranya ini. OMG gua rasa macam nak lari je dari rumah!
Haih bukan sebab apa pun, hanya sebab gua ketaq lutut sbb chef western dlm family kami ada disini. iaitu Makcik Dayang. haih kalau tak sedap malu je la. dahla sepupu2 aku ni pun makanan pasta ni dh mcm makann ruji diorg je, kalau tak sodap 'matilah nak' diorg tanak makan sbb lauk utama hari ini hanyalah Fettuccine Carbonara. No nasi nasi whatsoever.
|
Fettuccine Carbonara |
Tepat pukui 5 ptg, Along dah kejutkan aku untuk masak. haih relax la along, akak boleh siap masak dlm sejam je kot. nanti pukui 6 cheq masuk dapuq la. haih. Okay dlm pukui 6.05 pm, aku dah mula merebus Fettucine terlebih dahulu. Kemudian sediakan bahan2 utk masak Carbonara pula. Aku sorang je weeh yang kelentang kelentung di dapur kecuali Makcik ada menolong membukakan tin dan memotong mushroom button. Kemudian makcik beredar utk g ke bazar ramadhan. tinggallah aku keseorgn di dapur. Tapi aku tak mudah putus asa beb. kecekalan dipasangkan bersama niat semata-mata mahu mengenyangkan perut keluarga dan meringankan beban ibu yang selama ni menyandang jawatan sbgai tukang masak berbuka puasa (kalau sempat la). Jeng jeng jeng, tepat pukui 7.10 aku siap masak dan siap sedia untuk dihidangkan. Dub dab dub dab dub dab mari kita lihat apa reaksi mereka di bawah ini. Ceeeh :D
Pakcik's Family :
Along : Pergghhh sedaaaap. A++++++++ (sambil tambah dah tiga kali woo)
Aku : Senyum (dlm hati dah kembang semangkuk maggi aku)
Pakcik : Ermmm boleh tahanlah. bolehlaa. tapi takdelah sampai A++++, A je lah! *sigh*
Aku : Alaaa pakcik ni. (HAHAHA at least A kan, fuuuh selamat)
Makcik : Fuuh kak, dah boleh kalahkan Carbonara Pizza Hut ni.
Aku : Waaaa hahahhahaha (ketawa). yela pizza hut punya kuah carbonara cair!
Angah : Fuuuh sedap sedap! (dah 2 kali tambah)
Aku : Kalau angah suka maksudnya ok la tu sbb dia jadi benchmark .
Umar D : Geleng-geleng.....
Aku : Ceeeh tipu sangat la tak sedap kalau dah dua kali tambah. saja la tu nak dengki! HAHA
Adik Qayel : Sedaaaaap!
Seee malas je nak cerita lebih kan.hahahaahaha. yang penting td buka fettuccine carbonara ku habis licin cuma tinggal fettuccine sedikt je. tak sempat aku, ibu dan ayah nak menjamah. Nasib baik la ibu dan ayah td ada beli laksa utara dan rojak singapore sbgai makann sampingan. Aku pulak, kasihan melihat sepupu2 ku dan adik aku yang begitu rakus makan tak hengat dunia, sampai tak sempat nak makan cuma makan buah tembikai,otak2 dan putu bamboo je. itu tak masuk along yang nak tambah kali keempat tp dilarang keras oleh pakcik takut2 nanti tak larat nak bertarawikh. Angah@ aiman pula nak tambah tapi kuah carbonara dah habis, jd dia sanggup makan pastanya sahaja :DD
Haih Alhamdulillah semuanya bjalan dengan lancar. Masakanku bjaya mengalahkan juadah bazar yg dibeli mereka seperti roti jala, rojak singapore dan lain2. Ibu pula sempat berpesan supaya minggu hadapan buat sekali round lagi untuk family pakuda yg beraya awal di Johor kerana raya aidilfitri kelak mereka akan beraya di Negeri Sembilan. Baru teringat yang spupuku si Ikmal dan Afifah merupakan peminat Fettuccine Carbonaraku *wink2*
|
Keluarga Pakuda ( juri masakan ku seterusnya) |
Pernah sekali ibu berkata kepada ayah, ' Alhamdulillah, rasa macam dah besar pulak akk ni, dah boleh masak untuk keluarga'. Hurmm kedengaran sayu kan. nampak sangat aku ni tak pernah masak utk family. Tapi apa2 pun tetap tak boleh nak dibanggakan kerana satu2nya masakan yang aku rasa kurang cacat celanya berbanding masakan lain ialah Fettuccine Carbonara sahaja. yang lain semua hancusss. sebab tu aku malas nak belajar memasak. (memang aku tak pandai masak pun) So, kepada sesiapa yg tak puas hati, dan rasa nak makan FC aku, silalah dtang ke Batu Pahat, Johor untuk menikmati air tanganku ini ye.kalau tak pun, jadi suami saya, nanti hari2 saya masak utk awok! he3
Macam nak senyum panjang lebar je hari ni kerana bak kata Makcik, takpe akk walaupun pandai masak FC je, tp takpe dapat mengenyangkan perut cousin2 akk ni. sebab mereka boleh je hidup makan ni sahaja. Alhamdulillah sekali lagi kerana tanpa aku sedari, aku berjaya berbakti kepada orang-orang yang berpuasa pada bulan ramadhan ini dgn menyediakan juadah berbuka untuk mereka *Sigh*