Sunday, August 14, 2011

Kau Kawan, Teman dan Sahabat

Assalamualaikum dan Salam ramadhan 

Hari ni terasa nak menulis mengenai kawan, teman dan sahabat.

3. kawan - disebabkan penat aku google up utk cari maksud kawan tapi tak jumpa, so terpaksalah aku mendefinisikan ia dari sudut pandangan  aku sendiri. kawan merupakan golongan manusia yang datang dan pergi dalam hidup kita dlm tempoh yg singkat. kehadirannya tak menentu. mungkin sementara atau mungkin lama.  nilai kasih sayang yang ada pun mungkin kurang dan berbeza berbanding sahabat dan teman. jadi aku meletakkan nilai kawan itu di tempat yang terakhir dlm sesebuah perhubungan itu.

2. teman - teman pula sering diklasifikasikan sebagai sekumpulan manusia atau beberapa org yang menadi pendamping kita. contohnya teman belajar, teman bermain, teman ketawa, kita memerlukan teman untuk menjadi pendamping kita dlm melakukan sesuatu. bak kata orang, teman ketawa mudah dicari, teman susah sukar dicari. see orang banyak mencari teman. hehe dan teman juga dikaitkan dengan teman hidup yang membawa maksud pasangan hidup or suami/isteri. jadi term ini kurang sesuai digunakan dlm sesebuah perhubungan antara gender yg sama mungkin. hehe. but still bagi aku, teman adalah kedua terbaik selepas kawan.
      


tempat pertama...jeng jeng jeng ;-)

1. sahabat - ehem ehem..bagi aku sahabat adalah insan yang paling paling rapat dengan kita sehingga mereka mampu memang jawatan sebagai kawan, dan juga teman. kiranya sahabat adalah pelengkap.sahabat adalah seseorg yang hadir dlm hidup kita dlm segenap aspek. sahabat merupakan org yang sentiasa ada ketika kita senang dan susah, tidak akan meninggalkan sahabatnya yang terbengkok malah sudi menegakkannya semula. sahabat adalah perhubungan akrab lebih dari sudut batiniah di mana kadangkala seorg sahabat yang berduka mampu dirasai oleh sahabatnya yg lain. dan tidak wujud istilah kawan makan kawan dlm ikatan sebuah sahabat. seseorg yang sedia ada untuk menjadi teman di dunia dan di akhirat. jadi masih adakah lagi nilai sebuah sahabat itu? atau ianya hanya sekadar istilah yang kita rasa masih lagi wujud sedangkan kita sendiri tidak pasti adakah seseorg itu merupakan sahabat kepada diri kita atau kita adalah seorg sahabat untuk mereka. yang pasti zaman Rasulullah dahulu juga menggunakan istilah sahabat berbanding kawan dan teman. Ermm adakah seorg sahabat  itu adalah seseorg seperti sahabat Rasulullah yang sentiasa di sayangi dan dimuliakan oleh Rasulullah sahaja dlm konteks kehidupan sekarang?


my fav song dari unic . 

tapi masih juga aku confuse dalam mengklasifikasikan org2 yang pernah aku temui dalam hidup ini sama ada mereka itu kawan, teman, atau sahabat. kadangkala kita mengharapkan mereka sahabat tapi hanya sekadar teman or kawan sahaja. aku tak tahu sama ada aku sudah ketemuinya atau dia sememangnya sentiasa ada di sisi. yang pasti bersama mereka aku mengenal erti kawan, teman dan sahabat.


apa apa pun, nilai kejujuran dalam sesebuah perhubungan itu penting demi membina ukhuwah yang sejati dan mengharap keredhaan Tuhan. semoga mereka yang kukenali tak kira kawan, teman atau sahabat itu sentiasa dlm lindungan Allah s.w.t ;-)

Semoga aku bisa menjadi seorg sahabat yang baik untuk kawan, teman dan sahabat2 ku dan Semoga hari esok lebih baik dari hari ini.

5 comments:

  1. nak senyum je. :) tak nak komen. :)

    ReplyDelete
  2. @ain : tapi setiap senyuman mempunyai maksudnya juga kan :-)

    ReplyDelete
  3. Here i come friend! Oops i mean my sahabat. I would love to be your Sahabat dear.

    Lots of love,
    Port City, Liv :)

    ReplyDelete
  4. @Tasha : I know you will. I miss you and others. Hope we gonna meet this Raya. Loves,me :*

    ReplyDelete
  5. yes nurul. ada maksudnya juga :)

    ReplyDelete