Wednesday, April 6, 2011

Surat Pertama dan Terakhir Untuk Mr S

Kalau Mr K suka buat surat utk future wife and anak2 dia, aku pun nak buat surat jugaklah. 
Okay, breath in, breath out (sambil buat gaya Beast).

Kepada awak yang saya sayangi,


Awak, awk nak tahu tak, awak sangat beruntung tau sebab nilah first time saya tulis surat khas untuk awak tau. Sumpah, saya tak tipu (crossed my finger behind my back) hehe.Sebenarnya saya nak mintak maaf tau sebab hari tu masa awak call saya, saya tak cakap apa - apa pun sebab saya nervous gila tau. hehe. saya dengar awak cakap Hello pun saya dah cair umpama lilin dimamah api. saya minta maaf awak, saya tak sengaja nak senyap je. mesti awak ingat saya ni bisu kan. tak, saya tak bisu. cuma saya jadi bisu kalau saya bersama awak je. hehe.

Awak, lepas tu, saya nak minta maaf juga kat awak sebab saya dah tolak cinta awak tu. omaigad geli geli. okay sorry awak. saya buat macam tu demi masa depan kita jugak tau wak. awak pun tahu kan yg kita ni dah banyak bende yg berbeza. mula mula umur, beza kita je dah 16 tahun. saya tak kisah semua tu wak tapi keluarga saya kisah. so dalam hidup saya, saya terpaksa pilih family saya dulu berbanding awak. so saya mintak maaf okay. awk berhak dapat yg lebih tua dari saya. yang kedua, awak beragama kristian dan saya pula seorang muslim. tak boleh wak, yang  ni memang family saya akan bantah. saya taknak awak dibebani saya untuk memeluk agama islam nanti sebab kalau boleh biarlah awak ikhlas sendiri kalau nak berubah sekali pun bukannya dengan paksaan orang lain. tapi takpa saya berdoa semoga awak segera mendapat hidayah. memang saya cinta kat awak tapi saya tak boleh nak korbankan agama saya demi cinta awak tu. saya harap awak faham okay. 

awak, yang ketiganya saya memanglah sangat bersyukur kat awak sebab awak sudi terima saya yang tak seberapa ni kan. memang jauhlah kita. thanks awak sebab selalu cakap yg saya ni perempuan yg palik cantik di dunia mengalahkan dia. msa awak cakap tu memang saya rasa dunia saya indah betul wak. awaklah org yg pertama cakap mcm tu tau. tapi apakan daya wak, saya sedar siapa saya. saya taknaklah disebabkan saya, org pandang awak pelik - pelik, orang kutuk2 awak. bagi saya biarlah saya je yg rasa semua tu. jadi saya harap awak terima lah dia semula. saya serious tak kisah wak. (air mata berjurai -jurai). saya harap awak akan kahwin dgn dia n dapat anak yg comel comel. huhuuuu.

awak, yang terakhir saya cuma nak mintak maaf sebab masa hari terakhir kita keluar sama - sama dekat pantai haritu kan, awak suruh saya panggil awak Oppa kan. tapi sorry, saya rasa geli geli ketiak sebab tu saya gelakkan awak je. awk ingat saya suka mainkan perasaan awak kan. sorry awak cuma saya rasa kelakar je and saya tanya kat awak kenapa mesti kita ikut cara orang korea panggil panggil Oppa segala bagai. tapi awak diam je kan. sebenarnya kan saya tak kisah pun cuma masa tu saya fikir kalau saya dah jadi isteri awak barulah saya panggil awak mcm tu. hehe tapi saya simpan je niat saya tu dalam hati. masa tu awak merajuk dengan kite kan. sampai dua minggu awak taknak cakap ngan kita pun. hehe. awak ni memang tau. suka dera kita. haha. 

awak nak tahu tak dalam masa tu jugaklah saya dah buat keputusan untuk lepaskan awak je. saya rasa cukup jelah hubungan kita sampai disini. terlalu banyak halangan untuk kita bersama kan. dah la nak jumpa awak pun susah. saya dengan ini merasmikan pemutusan hubungan kita demi kebahagian kita semua. saya harap awak akan bahagia dan moga cepat dipertemukan jodoh. yg terakhir terima kasih di atas segala kenangan kita bersama. saya harap awak tak cari saya lagi. saya janji saya akan berhenti mencintai awak. kah kah kah (ketawa dalam hati)

Selamat tinggal pemuda dari Suyuri.

                                                                           salam sayang saya dari Malaysia,
(Nurul Afiqah)

gambar terakhir kita keluar hari itu. saya akan simpan.
saya harap awak takkan marahkan saya dgn keputusan ini ok

semoga nanti anak anak awak comel belaka okay.

Thats the end of my Love Story with Mr Song Seung Hun
(2000-2011)


8 comments:

  1. HAHAHAHAHA. mentally distracted ape ??! :D :D :D btw nice lettz! :)

    ReplyDelete
  2. bapak arh korang. nilah first time aku tulis surat utk ex bf aku tau. adeke korg kata aku gila! tahu la jeles. aku ingatkan korg nak bagi kata2 semangat utk aku selepas berpisah ni. tak boleh hrp btul lah.
    p/s: nad, thanks ;)

    ReplyDelete
  3. HAHAHAHAHAHAHAHA parok sungguh mu ni wey

    ReplyDelete
  4. mimiey! ok fine dont worry. we've broke up okay. and u know what dear,that was the most painful decision i've made.

    ReplyDelete
  5. beranii kau kata dia kerepot ye.hahaha
    dia sgtt hensemmmm ok.
    tp mmndgkn kau pon dah rject dia,aku pun tak nak lah.
    haha

    ReplyDelete
  6. ehh bila pulak aku kata dia kerepot? tua je adalah.. hahaha even kau tak ckp taknak dy pun dy mmg taknak la aziah.HAHAHA

    ReplyDelete