Assalamualaikum. Hai hai :)
Last weekend saya telah mengikuti rombongan bersama-sama kanak ribena ke ibu kota kl. haha actually sekadar memenuhi kuota rombongan guru-guru skpp (sekolah ibu) yg sgtlah kosong sampaikan my ayah and sista pun join sekaki. tu pun still half je yang pergi untuk kuota guru2 dan family. yeaahh sebab utama aku ialah nak menyerang KLIBF 2011 yang bermula 22 april ni sampai 1 mei nanti seperti biasa di lokasi yang sama setiap tahun iatu di pwtc. dah lama aku ketinggalan nak join book fair ni disebabkan tahun2 sebelum ni asyik kena tinggal je sebab aku duduk di asrama. so disebabkan cuti yang terlalu panang ni, aku decide untuk join program ni eventhough terpaksa join sekali dengan budak-budak sek rendah. huhu.
guess what, benda yang paling aku enjoy and teruja sebab dapat lengkapkan SEMUA koleksi Hlovate (jgn cakap korg tak kenal sapa tu Hlovate, kalau tak memang korg.......) yg ada kat book fair tu. disebabkan ayah hanya bagi seratus hinggit utk dibelanjakan (disebabkan kami semua berpecah untuk pergi ke booth kesukaan masing2) , aku dengan begitu berhemah sekali telah membeli lima buah novel Hlovate dan hanya sebuah komik gempak starz : lawak kampus dengan jumlah HANYA RM 65.20 je beb! macam tak caya kan. sebab setiap buku Hlovate tu ada 20%-30%. kalau tak kesemua harganya Rm110.50. Waahh betapa bijaknya saya berbelanja :)
Actually, banyak lagi novel yang aku nak beli tapi disebabkan hanya 2 jam sahaja masa untuk berbelanja, so tak sempat nak cari banyak lagi terutamanya koleksi ain maisarah : Impiana III. nasib baik jugalah koleksi hilal asyraf dah dikumpul di rumah sebab di book fair memang tak banyak pun koleksi dia. hurmm memang penat gila tapi still puas even tak dapat nak jumpa Hlovate, Ain Maisarah and Hilal Ayraf (diorg tak dapat nak datang *penat aku tunggu) . Apa apa pun ayah dah janji yg minggu ni kami akan pergi lagi ke pwtc untuk menggamatkan lagi suasana di KLIBF 2011. Yeahhuuuu!
sehingga itu, selamat malam dan salam sayang!
p/s : minggu depan ada temuduga untuk ijazah sarjana muda undang-undang di ukm bangi. so my dear lovelies readers, doakan saya okay :)