Saturday, May 7, 2011

Batasan Akal Manusia Seperti Aku


Semakin banyak aku mempersoalkan tentang kehidupan, 
aku semakin takut mengenai imanku.
adakah hanya senipis kulit bawang?
sehinggakan mereka menyuruhku utk berhenti berbicara mengenainya,
andai ianya ditakuti akan mencalarkan akidahku.

Sungguh aku tak tahu mengapa,
mungkin sifat manusia yang suka mencabar ketentuan sesuatu perkara,
salahkah aku untuk bertanya begitu dan begini
memang salahku kerana setiap makhluk mempunyai batasnya sendiri,
dan dari itu, aku akur bahawa ilmuku masih belum lagi tajam untuk berbidas,
jadi kembalilah dan bertaubatlah sebelum ajal menjemput
dan selagi Tuhan masih lagi memberikan aku peluang.

Sehingga dari itu aku akan berusaha mengimbangi hal duniawi dan akhirat di pundakku,
kerana aku tahu, kalau bukan aku, tiada siapa yang akan membantuku.
sesungguhnya cubalah utk bersyukur dlm kehidupanmu kerana dunia ini hanyalah pinjaman dariNya

4 comments:

  1. u're pretty good in sastera, yknow that? ;D

    ReplyDelete
  2. no. i'm not. ini hanya rasa hati. i'm using a simple words just to express my feeling.

    ReplyDelete
  3. boleh ajar aku bersastera ni...haha

    ReplyDelete
  4. aishh syamil lepas belajar main gitar, kau nak bersastera plak? mesti ada sesuatu ni kan..haha

    ReplyDelete