Marah ni. haish bengang betui ni. memang tak boleh tahan dah ni. terpaksa luahkan. aish, sudahkah anda mendaftar course for this semester? deng i hate waiting. tak tahulah masalah internet yg macam kura-kura bawa labu ataupun mmg system yg bermasalah. nak cakap internet membe yang lain pun mengalami nasib yang sama. so kind of hasty generalization, i put the blame on the system itself.bayangkan dari pukul 12 sehinggalah kini (5.24pm) aku cuma dapat register 5/8 subject. aigo jika dikira dari segi purata, satu subject satu jam lebih. geram punya geram dah 9 batang coklat torrone aku telan.
secondly, geram ni rabu ni dah start jpj kali yg ketiga aku ambil tapi cikgu tak dtg2 ambil utk practice. apa ingat aku ni terror sangat ke tak payah dilatih dah? aduhaaaai kenapalah mudah sangat hilang sabar. whole day tggu msg dari cikgu. cikgu kata nak g klinik hari ni. bila settle nak call tapi dari tadi takda pun call and msg dari cikgu. apa ni? bayar rm150 utk retest tapi practice takda pun. ni yang naik geram ni. nak harapkan esok? dah la satu hari tak sampai sejam berlatih macam mana aku nak pandai bawa kereta macam schumacher? aduha sabar jelah.
satu hal lagi bila dah naik marah, semua benda tak kena. siapa jadi mangsa? jawapannya bapis and encik-encik kerengga and cik laptop ni. sorry der. kesian bapis asyik kene tengking je dgn aku. haha. nasiblah encik kerengga sekalian sebab kena maki hamun. tu la sapa suruh korang gigit aku masa aku angkat baju petang td. and cik laptop sorry sebab saya tekan tekan keyboard awak dengan ganas dan mengeluarkan kata2 kurang sopan.
current situation semasa saya sedang type perenggan di atas, tiba tiba terdengar suara bapis menjerit di dapur, "weh apa api ni besar sangat? api, api" dammmm haji baru teringat tadi panaskan minyak kat kuali sebab nak goreng sosej and fries. berlari ke dapur api dah marak membakar kuali. perhh first time aku nampak kebakaran mcm ni. bapis dengan 'bijak'nya g sembur dgn air. apalah dah tahu api marak di jirus dgn air. aku dah kaku cuma harap bapis berjaya padamkan api adala lebih 20cm api tu menjulang. cuak beb. bapis try nak padamkan dgn kain, kain terbakar, ambil penyapu lidi, walaupun dpt kurangkan sikit api, tp penyapu pulak yg terbakar. aku cuba nak ambil sebeg tanah ayah yg digunakan utk menanam bunga tp fikir 2 kali tak sampai hati pula. last2 aku ambil penyepit besar yg slalu buat kepit kuih and kepit telinga kuali dan baling ke tanah di belakang rumah. haha akhirnya aku yang jadi hero. nak harapkan bapis kang takut habis semua barang terbakar.hahaha dah kalut sangat la tu. bapis, oh bapis. pergghh memang hitam legam and aku pesan kat bapis, ni "rahsia kita berdua. jangan bagitahu ayah n ibu" haha memandangkan aku baru je hitamkan periuk kaca ibu masa nak buat mashed potatoes minggu lepas. haha pengalaman wo. dinding dapur warna hitam and selepas itu kami bersihkan dapur and tutup baik punya semua kesan kebakaran.
Azan Maghrib berkumandang. kepada sesiapa yang membaca, diharap dpt menjadi iktibar supaya jangan suka sangat marah2 sebab marah itu api dan api yang marak amat sukar dipadamkan. -.-