Thursday, October 28, 2010

Gumiho

hujan kat rumah aku makin lebat, tapi yang peliknya hujan itu hanya menimpa rumah aku dan hanya aku yg rasakan titisan hujan itu, semakin lama hujan semakin mencurah-curah turun...

patut la cuma aku yg rasakan hujan itu sebab aku sahaja yang nangis bila miho mati setelah sembilan nyawanya sudah tiada. gumiho a.k.a a nine-tail fox yg turun ke alam manusia ketika keadaan cakerawala yang tidak seimbang berlaku di bumi dan ketika itu juga keadaan bulan melindungi matahari. aneh, aku tak tahu pulak kalau gerhana matahari akan muncullnya musang sakti, i think not in malaysia but in korea, it happened. dan itu menjadi titik pertemuan antara gumiho dgn si kaya yg tak beradab, dae woong yg mempunyai rupa tidaklah sehensem dn secomel kim boem &  lee dong wook yang penting dia seorg yang sanggup berkorban demi miho.tiada pengorbanan yg lebih besar seleps pengorbnan seorg ibu melahirkan anknya selama 9 bulan tapi pengorbanan dae woong melibatkan dua ruang dimensi yg berpenghuni oleh makhluk ganjil dan makhluk yg konon kononya sempurna.

miho meminjamkan gulinya ke dlm badan dae woong sbb dae woong sakit, so guli itu mampu mengubati penyakitn dae woong dan dlm msa yg sama guli itu juga menyerap sepruh nyawa dan tenaga dae woong dan jika genap 100 hari guli itu dlm badan sang pria, maka matilah sang pria dan menjadikan si musang itu manusia yg dikenali dgn park sun joo.

tapi impian menjadi manusia yg sempurna tidaklah semudah menjadi musang yg berusia 500 tahun dengan sembilan ekor dan kelebihan sembilan nyawa. kerana pertukaran itu mampu memilukan hati mereka.byk pit stop yg perlu ditempuhi selama seratus hari itu.cinta bukan khayalan dan fantasi tapi cinta adlah pengorbanan membahagiakn org yg dicintai, hurm itu apa yg aku belajar dari kisah ini. so slpas pit stop telh ditempuhi tibalah hari ke 100.

detik ini mendebarkan aku, malah segala plot-plot yg telah disusun kemas olh pengarah berjaya membuatkan aku kecundang dek tak mampu mengawal emosi keperempuananku. melihat dae woong mengalirkan air mata sudah mampu buatkn jiwa aku luruh sperti dihentam asteroid2. hujan trun sekali lagi dan semakin lebat di rumahku.akhirnya pergilah si musang sakti setelah sembilan nyawanya dicabut di kala purnama mengambang. kisah benar ini tidak mampu ditukar menjadi mimpi indah kepada dae woong, mana mungkin setelah dia pernah menyerahkn separuh nyawanya kpd miho dan kemudian dipulangkan semula. tidak mungkin. berat ujian yg ditanggungnya walaupun tidk seberat ujian nabi yg maksum tapi bagiku ujian ni cukup berat bg seorg manusia yg hidup dengan cinta sejati yg tiada galang gati melainkan maut memisahkan mereka.

ya maut memisahkan mereka, tapi ianya hnya sementara kerana bagi dimensi kelompok makhluk ganjil seperti musang sakti, janji tetap janji. nenek bayi megotakan janjinya utk membiarkan miho kembali ke alam manusia setelah diimbang sgala kebaikan dan kesetian serta pengorbanan antra dua makhluk tnpa mengira jenis, bangsa dan rupa. setelah beberapa hari dae woong menunggu, tiba-tiba dtg seorg pria ganteng yg mengatakan gerhana matahari akan muncul dimana sekali lagi ketidak seimbangan cakerawala berlaku.

*bunyi hanphone yg mendendangkan muzik menyentuh perasaan

suara itu kembali memberikan sinar harapan kepada dae woong, kata musang sakti itu, dia berada di sisinya.dia tetap berada dihatinya, namun kelibatnya langsung tidak muncul. puas si arjuna mencari kekasih hatinya namun tiada, dia tiada dan saat itu gerhana matahari pun sudah meninggalkan seisi dunia dengan kesan yg dalam dan parah bg si arjuna. fikirnya dia yg gila kerana menunggu gumiho sedgkan dia tahu miho tidk akn muncul lagi utk selama-lamanya. namun sahutan suara si pemilik yg comel membuatkan seisi dunia bertukar seperti munculnya pelangi selepas hujan. "dae woong!" panggilan itu buknlah hnya satu mainan perasaan tapi ianya original mali.

dan ketika detik itu juga aku yg berdebar-debar seperti adanya guruh dan petir yg menyambar nyambar dalam kotak emosi ku, tiba-tiba hujan di rumahku berhenti. satu kepuasaan bagiku, akhirnya happy ending bg kisah ini walaupun gumiho tidak berubah menjadi manusia sepenuhnya, oklah dgn memiliki kelebihan satu ekor kyubi. dan dia kembali mewarnai bumi korea yg tatkala itu suram akibat peninggalannya.

terima kasih kepada tuan pengarah kerana mampu menghentikan hujan di hatiku.

My Girlfriend is Gumiho
~the end~

No comments:

Post a Comment