Takda sesiapa di dunia ni yg nak sakit. tapi kena ingat kadang-kadang kita dapat penyakit sebab Allah nak beri peringatan kat kita. Memanglah sakit itu sakit, tapi kalau kita tak sakit, kita takkan ingat Allah. Bahawasanya Allah itu yg mengatur hidup kita, yang memberi rezeki dan segalanya kepada kita. Tubuh badan ini hanya pinjaman semata-mata, jadi kalau diuji dengan kesakitan hendaklah sentiasa bersabar dan positif. Lumrah manusia yg selalu lupa, bila sudah jatuh barulah kembali kepada-Nya. Dan aku mengaku aku pun begitu. Sebelum ini tak faham mcm mana kesakitan org kena gastrik. Sakit sangat ke sebab muka pucat and asyik tahan perut. But now aku faham sangat rasanya. Bila makan je muntah, kepala pening and rasa sesak kat dada. Lagi haru kalau anda diserang gastrik time shopping.
Pertama kali aku shopping kena gastric dan kena tahan sampai balik rumah. Alamatnya balik terus demam, then tidur. Lepas tu makan je muntah. memang awesome bila bole nampak ketulan ayam keluar balik dari mulut. Kedua, aku diserang ketika berada di Pangkor menjalani kem. Memang la best dapat skip talk whatsoever tapi ya Allah nak bertahan sakit tu punyalah sengsara dan akhirnya berjaya tidur setelah dihantar ke klinik kesihatan. bukan setakat gastrik, siap satu set cirit birit dah 5 hari pun kena. Memang haru and for the first time aku rasa pengalaman kena tahan wad selama sejam lebih (dahlah wad ibu mengandung -_-). Bukan setakat ubat je yang dapat, injection pun kena, mungkin bg tahan sakit and muntah. so dua kali kena gastrik, dua kali di-inject. sekali di punggung dan sekali di bahu. Segan tak segan la dapat pula dua2 kali masuk klinik doktor Lelaki. haiyoo mana lah doc perempuan kita ni. Rasa tu mcm dah tak kisah, cucuk jelah doktor janji boleh kurangkan sakit ni. Menariknya dah dua kali kena serang gastrik, dua-dua hari sabtu! apa maksud ni?
So impak positif yg aku dapat thru gastric attack ialah aku lebih berhati-hati memilih makanan. buat masa ni makanan berminyak dan pedas memang kena kuarantin. Nasib tak makan pedas kecuali sambal sotong!haha . yg kedua aku lebih peka tentang masa makan. Sekarang bercuti di rumah okaylah peraturan makanan semua aku ambil utk breakfast, lunch and dinner. kalau dah balik nanti. hmmm tak tahulah. Yang ketiga, lepas kena gastric ni memang aku akan bangun awal utk breakfast. so dah tak bangun tengah hari lagi. so bila bangun awal dapatlah buat apa yg patut seperti memasak dan mengemas. kalau tak breakfast tu lah lunch aku.Selain itu juga, sekarang ni aku dah tak kuat makan mcm dulu. Kalau dulu, asal nampak lauk fav, tambah dan tambah sampai kenyang sampailah sakit perut. tapi sekarang even sepinggan nasi pun dah tak larat nak makan sbb cepat kenyang or should i say takda selera makan. and sekaligus dapatlah diet. dan terakhir, ingatlah mungkin kesakitan yg diberikan ini merupakan satu cara kifarah dosa-dosa kita.
Orang kata once dah kena gastrik, ubat lah kawan kita. Mungkin benar, mungkin tidak. Yang penting kalau dapat jaga pemakanan and peraturan masa, in sha Allah okay. Jadi sentiasalah beringat sebelum terkena. Amalkan pemakann yang seimbang sementara anda masih sihat. Bila dah terkena mcm aku ni, baru rasa nak menangis sbb kena kurangkan seafood(sotong) lah, itu lah inilah. And lastly petua kalau anda diserang gastrik, try untuk tidurkan diri selepas bergelut dgn kesakitan. In sha Allah few hours later akan okay!
Merenung sejenak dosa lampau. Pangkor dalam kenangan :') |
# Harap lepas ni takkan kena lagi, sakit :'(
No comments:
Post a Comment