Sunday, October 21, 2012

Saturday Rant

Hujung minggu yang kurang produktif. Mungkin disebabkan mood balik rumah dah hampir tiba. Sehingga kan nak balas kiriman sms pun tak ada nafsu. Nak buat assignments yg berlambak pun bagaikan tak bernyawa and even nak gerakan keypad laptop pun guna kaki. Dan akhirnya seharian aku terdampar di atas katil seperti seekor ikan paus. Sigh. Penghuni kubikel ketika ini hanya aku dan Hud. Dan kami seperti dua ekor ikan paus yg terdampar tinggal tunggu di lapah-lapah sahaja. Ngeh. oh ya, pagi td join 10,000 steps for health = 5.5km dalam Itm. So takda lah mcm ikan paus sangat kan.huhu



Aku : Hud actually apa benda yg awak nak sangat sempena your birthday?

Hud : Emmm entahla..bla bla bla....i want nothing kot. Just nak orang ingat and wish
Aku : .... (Lame lame. haha)..takkan tu je. Honest please... hehe
Hud : Entahla tak tahu.. mungkin nak dilayan mcm someone special. Mcm princess of the day ke. 
Aku : Hahahhaah ayat tak bole blah. Tanak tanya aku pulak ke?
Hud : Hehe tu la fikir juga nak tanya ke tak sebb birthday dah dekat kan...say it..
Aku : Aku tanak banyak pun. Aku just nak kedamaian.
Hud : @#$$%@*#!!
Aku : Hehe aku teringin sangat nak satu hari yg aku boleh dapatkan freedom aku sendiri. aku nak berada dekat tempat yg aman macam pantai atau di atas padang hijau yg berangin. Yang aku bole lihat semua orang dengan perasaan yg bebas. bla..blaa...bla....
Hud : @%@#$^&*#!! Hahahhahaha ayat lagi tak menahan...

Thank you Qilz.

And the rest is history....

So yeah Birthday dah nak tiba. Ada tak sesiapa yg boleh melaksanakan keinginan aku? 
Sekian, terima kasih.

# Sambil sumbat earphone dan lagu Butterfly from Krystal and Jessica berkumandang. Freedom. Sigh ;)


Tuesday, October 16, 2012

All Evil Is Ignorance

Kilat menyabung-nyabung dan guruh berdentum diiringi hujan yang turun tak segan atau malu. Kelas Moral and Ethical Issues itu masih berjalan seperti biasa walaupun kebanyakkan pelajar sudah mendung di penghujung jam 4.00 petang itu. Kelas yang pada mulanya riuh dan ceria apabila pelbagai isu dikupaskan dan pandangan dizahirkan kian suram sesuram petang itu. Namun di satu sudut masih ada insan bernyawa yg dlm keraguan. 

Kelas tamat dan masa inilah dia mencuri peluang berjumpa dengan lecturernya itu utk bertanyakan satu permasalahan yg telah disimpan seminggu yang lalu. Pada mulanya dia berharap ini suatu perbualan peribadi yg singkat antara dia dan Madam tetapi ia berlaku sebaliknya. 

'Madam, i would like to ask you, maybe it is something sensitive to talk about...but I really want to know. It come across in my mind lately that...Mdm..How do you believe that the Al Quran is Kalam Allah? Is it just because the Quran said so?' tangannya sejuk. Mdm menunjukkan reaksi terkejut. Dia berdebar mengharap agar dia tidak dimarahi. Kemudian Mdm menyuruhnya duduk utk berbincang.

Kemudian Mdm menjawab....'Afiq, Zulhilmi cuba jawab persoalan ini' Aduh... dia mengeluh kerana terpaksa berkongsi masalahnya dengan dua classmatesnya yg langsung dia tidak pernah berbicara sekalipun itu. They asked the girl to repeat the question. Kemudian dpt dilihat Afiq menghembuskan nafasnya dan Zulhilmi memandang antara satu sama lain. Persoalan yang dilihat bahaya utk di persoalkan. Sebab itulah dia tidak berat utk menuturkan persoalan ini ditakuti ada yang mengecamnya dan melabelkannya buta akidah. Dia tahu itu melibatkan akidahnya tetapi yang dia mahu tahu ketika itu ialah jawapannya demi membuang syak wasangkanya.

Mdm bertanya kembali kepadanya andai ini merupakan persoalan peribadinya sendiri atau tidak? dan dia terpaksa tidak berkata benar bahawa ini merupakan persoalan yg ditujukan kpdanya ditambah selepas membaca sebuah buku golongan anarkis itu. Yaaa ini semua berpunca daripada pandangan seorg hipster anarkis yg dibaca dari sebuah buku.

Kemudian setelah beberapa ketika Afiq menyuruhnya beristighfar ditakuti persoalan ini datang dari bisikan syaitan. Dia akur dan menurut. Di samping itu juga Zulhilmi menyampaikan pandangannya dan kajiannya terhadap Al Quran. Terasa seakan di brainwash seketika. Malu di tarbiah sedemikian rupa, dia tidak mampu menahan takungan kelopak mata dan bersaksikan 5 pasang mata yg ada ketika itu, dia tewas dalam persoalannya. Malu dengan kebesaran Allah dan mukjizat yg diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Ilmu yang tohor membuatkan dia kerdil di sisi Pencipta-Nya. Nasihat dan tarbiah panjang itu diterimanya dengan hati yang lapang. Kemudian Mdm menambah authority yg melengkap pernyataan berkaitan permasalahan itu dengan  dua potong ayat dari: 

 Surah Al Baqarah, Ayat ke 23: Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu dan panggillah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.

Surah Al Baqarah, Ayat ke 24 :Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak akan dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir.


Maka benarlah kata-kata Allah. tiada siapa yang begitu sempurna dan bijak utk membina sepotong ayat mahupun senaskah Al Quran yg dalamnya terkandung puisi-puisi indah dari Allah yg menceritakan setiap kejadian bermula dari awal sehingga ke akhirnya dan di jadikan panduan bagi setiap manusia. Tiada siapa melainkan Dia.

Disaat ayat dan terjemahan itu dibacakan oleh Afiq maka terjawablah semua persoalan di benaknya. Dia akur dengan nasihat mereka. Berusahalah mengkaji setiap permasalahnmu berdasarkan Al Quran itu sendiri. Muhasabah buat dirinya yang masih kerdil lagi disisi Allah dalam memperjuankan Islam. Perbincangan yg memakan masa lebih kurang setengah jam itu memberi impak positif dalam dirinya. Dia keluar dengan suatu ketenangan disulami tangisan.

Terima Kasih Madam. Terima Kasih juga buat Afiq dan Zulhilmi yg sedia berkongsi.
Keluar dari kubikel itu hujan hanya renyai-renyai. Dia berjalan pulang ditemani sahabatnya dengan 1001 macam perasaan. And the rest is history....


Saturday, October 13, 2012

B.A.S

Benz Alif Sulaiman.
Is it reality or fantasy?
.................................................................................................

identifying something unidentified is harder than justifying the E=mc2 equation.
Emotion falls under that something.

I'm kinda hopeless and helpless. 
ZZzzzz....