Showing posts with label tension. Show all posts
Showing posts with label tension. Show all posts

Wednesday, March 27, 2013

Rehat

yeaaa yeaaaa sambil buat tarian gedik nak jealouskan housemates. yeaa tak payah nak bergomol dengan land cases tonight sebab tutorial cancel. tak baiknya gembira tp ah tak kisahlah sbb dh stress bagai with all those cases. hihi sorry and thank you madam!

belakangan ini saya banyak menipu. and im happy for that. Semoga Tuhan memahami mengapa aku perlu buat begitu. sorry sebab saya memang tak punya banyak keringat untuk berjumpa dgn anda. tolong faham pleaseee. tak tahu nak tolak dengan cara yg jahat menyebabkan saya menipu. mungkin lebih baik dan tak menyakitkan. sorry adeks. haha

so hal ini menyebabkan saya rindu rumah. rambang, memang saya suka mambang. baru dua minggu lepas balik tp still homesick. lagi-lagi sebab ibu called and tanya tak balik ke? yeaaaa ibu rindu saya! tp i can't sbb dah janji nak join program di sepang. hati ni berbelah bahagi, haih rindu rumah tahu tak! ibuuu banyaknya kerja. ibu, thank you for the advises. 
autumn di cempaka.

oh ya tengah syok bergambar tiba-tiba nampak mereka berdua. random lagi? whatever la. Allah knows the best.

saya punya cara tersendiri untuk bergembira. tak salah bukan.

okay, selamat berehat semua dan sambung study jom!

Friday, December 14, 2012

Ekspresi

Tinggal seminggu sebelum kelas habis.
Masih ada dua tests yg perlu ditempuh, dua presentations dan tiga assignments.
Ini bukan kes last minutes eh. 
Macam penat dah, tapi ayah kata tak boleh penat lagi.
Sabar kakak. Jangan give up kakak. Confident!
Perlukan kekuatan untuk bangkit semula, semoga dipermudahkan Allah.
In sha Allah.

Oh comelnya saya (-.-'')


Tak sabar nak outing dengan family ahad ni.
Tak sabar nak tunggu kiriman chocolates.
Senyum bahagia. :))

Sunday, October 21, 2012

Saturday Rant

Hujung minggu yang kurang produktif. Mungkin disebabkan mood balik rumah dah hampir tiba. Sehingga kan nak balas kiriman sms pun tak ada nafsu. Nak buat assignments yg berlambak pun bagaikan tak bernyawa and even nak gerakan keypad laptop pun guna kaki. Dan akhirnya seharian aku terdampar di atas katil seperti seekor ikan paus. Sigh. Penghuni kubikel ketika ini hanya aku dan Hud. Dan kami seperti dua ekor ikan paus yg terdampar tinggal tunggu di lapah-lapah sahaja. Ngeh. oh ya, pagi td join 10,000 steps for health = 5.5km dalam Itm. So takda lah mcm ikan paus sangat kan.huhu



Aku : Hud actually apa benda yg awak nak sangat sempena your birthday?

Hud : Emmm entahla..bla bla bla....i want nothing kot. Just nak orang ingat and wish
Aku : .... (Lame lame. haha)..takkan tu je. Honest please... hehe
Hud : Entahla tak tahu.. mungkin nak dilayan mcm someone special. Mcm princess of the day ke. 
Aku : Hahahhaah ayat tak bole blah. Tanak tanya aku pulak ke?
Hud : Hehe tu la fikir juga nak tanya ke tak sebb birthday dah dekat kan...say it..
Aku : Aku tanak banyak pun. Aku just nak kedamaian.
Hud : @#$$%@*#!!
Aku : Hehe aku teringin sangat nak satu hari yg aku boleh dapatkan freedom aku sendiri. aku nak berada dekat tempat yg aman macam pantai atau di atas padang hijau yg berangin. Yang aku bole lihat semua orang dengan perasaan yg bebas. bla..blaa...bla....
Hud : @%@#$^&*#!! Hahahhahaha ayat lagi tak menahan...

Thank you Qilz.

And the rest is history....

So yeah Birthday dah nak tiba. Ada tak sesiapa yg boleh melaksanakan keinginan aku? 
Sekian, terima kasih.

# Sambil sumbat earphone dan lagu Butterfly from Krystal and Jessica berkumandang. Freedom. Sigh ;)


Monday, June 18, 2012

Kruk Kruk

lapar lapar lapar. 2.37am and saya lapar. 
alhamdulillah managed to finish two assignments todaayy! 
whhhyyy must dah nak exam next week but 'they' still give us A LOT of things to do?
What a week. oh jerawat jangan nak mengada muncul! 
dush dush need to re-do the korean video projek even  though we had burned it already.
I wannnaaaa freee. yeaaahh FREEDOM, freedom of movement. 
just gimme that for a second please. so what's next?
Korean speaking test, vdeo presentation, vdeo shooting,
Contract : Quiz, Consti : yeaaa OPEN book test! 
Manusia memang takkan pernah menang tangan kan.
Bila boleh balik rumaaahhh? Nak balik nak balik. Jangan berangan :p


Mengantuk.Noktah. Selamat Menduduki Final Exam semuaaaaa  ^..^
Nurul, get a life! I'm not me anymore. So please...

Rindu kak Huda tiba-tiba. 
Lapar. Okbai.

Wednesday, May 9, 2012

Dia Insan Biasa

Kedua-dua articles nya ditolak oleh Prof. Salah satu dikatanya report itu ditulis oleh hantu. Sigh. Dia bungkam. Sehingga jam 2 pagi lebih dia bersengkang mata, ini hasilnya.

Dia meluru keluar dari kelas dan terlihat sesuatu. Dia masuk dan keluar semula bersama kawannya dan lalu di kawasan kejadian. Dia terlihat si Panda memberikan segugus kunci  keretanya kepada seorang gadis. Tidak tahu siapa, dia kecewa tetapi seakan perasaan dia mati di situ. Jantungnya normal. Lantaklah apa nak berlaku. Dia penat. 

Di kelas Constitutional dia mendapat tiga latihan lagi. Mujur disuruh hantar next week dan dia masih punya masa untuk belajar test pada Jumaat ini yang dia tidak mula belajar lagi. Berani betul bukannya dia tidak tahu ianya ujian yang penting baginya.

Tak habis dengan itu hari ni konflik berlaku lagi. Perasan kalau ditahan boleh menyebabkan sesuatu yang tak kita ingini menjadi kenyataan. Lalu inilah jadinya. sorang kutub utara, yang lain ke kutub selatan. Bukankah musyawarah itu satu penyelesaian yg baik? Ambil yang jernih, buang yang keruh la kawan. Hidup kena pandai toleransi.Umur tak membezakan seseorang tetapi tingkah laku itu yang menunjukkan kematangan seseorang. Dia bermonolog dalaman.

Dia pulang ketika hujan bersilih dengan panas. Sesudah berhenti, rakan-rakannya mengajak ke taman permainan. Dia enggan, lebih memilih bermain game di atas katil daripada berjemur di luar. Hari ini dia dapat high score lagi. Tetapi kepuasan itu hanyalah sementara, tak mampu menghiburkan dirinya.

Dia menuju ke dapur. Se-pek hot choc dibuka dan disediakan bersama kepingan oreo. Dia duduk di dining hall yang tak berapa luas itu sambil menikmati cookies dan air favourite-nya itu. Kemudian dia menoleh ke arah biliknya sambil tersenyum sumbing kearah Qi, gadis campuran Belanda itu sebanyak 3 kali. Gadis itu hairan. Tidak semena-mena dia tumbang dari kerusi menuju ke lantai seperti air terjun yang mengalir.Gadis comel itu berteriak dan menyuruhnya berhenti dari bermain-main.Dia ketawa sebab dia tidak boleh menangis. Dia cuba tapi tetap nafsunya tidak mahu menangis. walaupun badannya terasa sengal akibat jatuh tetapi dia rasa lega.Housematenya yang lain melihat seolah-olah dia tidak waras. Dia penat, jeritnya.

Dia bangun dan mengambil keputusan untuk masuk ke kubikal kecil itu. Jam menunjukkan 5 petang lebih. Pancuran air dibiarkan menujah-nujah mukanya. Dia lega, sekurang-kurangnya air itu lebih sejuk dari hatinya. Dia membuat keputusan untuk menyempurnakan solat asarnya. Lama juga dia tidak mengawalkan solatnya. Seketika dia ingin terlelap dia lihat Kawannya sedang tidur di atas katilnya. Sejuk hatinya, wajah itu kelihatan tenang sekali. Dia membantutkan niatnya dan terus menaip post ini seakan dia ingin meluahkan sesuatu. Sesungguhnya hidup ini terlalu bermakna untuk dibazirkan dengan masalah-masalah kecil yang dihadapinya.

Langit kelihatan keoren-orenan. Dia senang dengan itu. Syukur, nyawanya masih dipanjangkan untuk dia sabar menghadapi ujian ini. Oh ya esok dia kena bangun awal seperti dahulu-dahulu lagi sebab dia akan ponteng tiga kelas penting :(
What to do, she has to go there.



And seek help with patience and prayer, and this indeed is hard except for the humble in spirit (2:46)


Monday, February 27, 2012

Marah Itu Api

Marah ni. haish bengang betui ni. memang tak boleh tahan dah ni. terpaksa luahkan. aish, sudahkah anda mendaftar course for this semester? deng i hate waiting. tak tahulah masalah internet yg macam kura-kura bawa labu ataupun mmg system yg bermasalah. nak cakap internet membe yang lain pun mengalami nasib yang sama. so kind of hasty generalization, i put the blame on the system itself.bayangkan dari pukul 12 sehinggalah kini (5.24pm) aku cuma dapat register 5/8 subject. aigo jika dikira dari segi purata, satu subject satu jam lebih. geram punya geram dah 9 batang coklat torrone aku telan.

secondly, geram ni rabu ni dah start jpj kali yg ketiga aku ambil tapi cikgu tak dtg2 ambil utk practice. apa ingat aku ni terror sangat ke tak payah dilatih dah? aduhaaaai kenapalah mudah sangat hilang sabar. whole day tggu msg dari cikgu. cikgu kata nak g klinik hari ni. bila settle  nak call tapi dari tadi takda pun call and msg dari cikgu. apa ni? bayar rm150 utk retest tapi practice takda pun. ni yang naik geram ni. nak harapkan esok? dah la satu hari tak sampai sejam berlatih macam mana aku nak pandai bawa kereta macam schumacher? aduha sabar jelah.

satu hal lagi bila dah naik marah, semua benda tak kena. siapa jadi mangsa? jawapannya bapis and encik-encik kerengga and cik laptop ni. sorry der. kesian bapis asyik kene tengking je dgn aku. haha. nasiblah encik kerengga sekalian sebab kena maki hamun. tu la sapa suruh korang gigit aku masa aku angkat baju petang td. and cik laptop sorry sebab saya tekan tekan keyboard awak dengan ganas dan mengeluarkan kata2 kurang sopan.

current situation semasa saya sedang type perenggan di atas, tiba tiba terdengar suara bapis menjerit di dapur, "weh apa api ni besar sangat? api, api" dammmm haji baru teringat tadi panaskan minyak kat kuali sebab nak goreng sosej and fries. berlari ke dapur api dah marak membakar kuali. perhh first time aku nampak kebakaran mcm ni. bapis dengan 'bijak'nya g sembur dgn air. apalah dah tahu api marak di jirus dgn air. aku dah kaku cuma harap bapis berjaya padamkan api adala lebih 20cm api tu menjulang. cuak beb. bapis try nak padamkan dgn kain, kain terbakar, ambil penyapu lidi, walaupun dpt kurangkan sikit api, tp penyapu pulak yg terbakar. aku cuba nak ambil sebeg tanah ayah yg digunakan utk menanam bunga tp fikir 2 kali tak sampai hati pula. last2 aku ambil penyepit besar yg slalu buat kepit kuih and kepit telinga kuali dan baling ke tanah di belakang rumah. haha akhirnya aku yang jadi hero. nak harapkan bapis kang takut habis semua barang terbakar.hahaha dah kalut sangat la tu. bapis, oh bapis. pergghh memang hitam legam and aku pesan kat bapis, ni "rahsia kita berdua. jangan bagitahu ayah n ibu" haha memandangkan aku baru je hitamkan periuk kaca ibu masa nak buat mashed potatoes minggu lepas. haha pengalaman wo. dinding dapur warna hitam and selepas itu kami bersihkan dapur and tutup baik punya semua kesan kebakaran.

Azan Maghrib berkumandang. kepada sesiapa yang membaca, diharap dpt menjadi iktibar supaya jangan suka sangat marah2 sebab marah itu api dan api yang marak amat sukar dipadamkan. -.-

Tuesday, October 11, 2011

Empty Decorations

I wake in the dark
With showers of life
Moments of emptiness around
Floating away
No other hope
Reality brings me

Into the ground
What can I do
What can I say
I need a place to hide away
Just for a while, just for a smile
Just for a life I used to know

The perfect song were filled with
Words of love and not with anger
What if they go
What if they leave me far behind
[
'Cause I don't wanna be alone
Living life for on my own
I don't want to live my life in isolation
Filled with empty decorations
'Cause I want to be with people that I know

Who would do the things I do
Making all my dreams come true
I don't recognize the shadows at my door
Though I've seen them all before
Because the only thing I really want
Is to be with you

I'm laying in bed listening to this song repeatedly. one of the song that makes me calm, happy, and lively. I'm wondering if there is any chance for me to have what i want. I cant only wait for the miracles. I'm afraid to lose You. I live to make other people happy or even happier than me. People never know me. I am not what i ought to be. Sometime its hard to smile just to make others feel better. I like fake smile 'cause i know how the way they feel just to create a smile in front of others. pretty cool yeah. 


I just want to lay on my bed and don't ever ever try to wake me up. 




Sunday, August 21, 2011

Any Idea?

Hailo hailo.
I did buy some cards (kad raya).




I'm planning to give those cards for my friends especially from Sakti.
But what to do? i've lost my school magazine.
I want to ask for their address, but i'm just too shy.



What should i do with those cards?

Wednesday, August 17, 2011

Bila Emosi Mula Mengambil Takhta

Assalamualaikum and Salam Ramadhan

Mood : tak berapa nak baik sangat@kechewa
Punca : Kandas. bukan kandas dlm percintaan -.- tapi di atas bukit pendek dan on the road. okay fine test JPJ gua gagal dua-dua skali. cukup package, full stop.

Situasi 1 : Giliran yg kelima, kubawa jantungku yang amat berdetak dengan lebih kencang seperti genderang mau perang ke medan pertempuran pusingan pertama. ku daki bukit. mula2 tayarku tak sampai 50% di garisan kng, so aku mengundur. kemudian naik balik. dah ku laraskan clutch and break ke meter no 1 dan menekan minyak dgn sempurna utk turun bukit, tiba2 ia mengundur semula dan enjin mati. baru aku perasan yang aku tertekan clutch. haih salah siapa? aku atau kaki ku? prrrittt wisel berbunyi dan cikgu drvg school mengisyaratkan tanda pangkah kepada ku, tamat sudah riwayatku pada pusingan permulaan ini. *okay aku sedih sbnye*


Situasi 2
(terakhir) : Lama ku tunggu kerana group sesi pertama tak siap2 lagi. Penat menunggu, perut berkeroncong, tahap tekanan semakin tinggi. Selepas 2 jam lebih baru aku dapat menjalani ujian ke 3 iaitu on the road. OMG, aku dapat tester yang ini JKV 3535. Nampaknya doaku tak termakbul. mungkin ini ujian yg Tuhan berikan. tu la kalau kita asyik cakap taknak,taknak je, mesti benda tu akan kena kat kita. See, i got you master -.- kawanku yg menggunakan motocar yg sama sblum aku juga gagal dengan tester yg sorg ini. Aku mengucap panjang dan cuba bermuka manis dengannya walaupun di dahi, peluh merintik-rintik. Ya Allah lembutkanlah hatinya.

Aku berjaya keluar dari simpang driving school ke jalanraya dgn baik skali. untuk membuat pusingan U, kami perlu melalui traffic light yg terletak dlm 2 kilometer dari drvg school. dari jauh kelihatan lampu merah menyala. aku mula memperlahankan kenderaan untuk berhenti, tetapi tiba2 lampu isayarat bertukar hijua dan semua knderaan di hadapanku sudah pun bergerak laju membuat U-turn ataupun membelok. haish apasal ni. KALUT merajai  fikiranku. aku juga mahu bergerak terus disebabkan kulihat kereta2 di belakang sudah beratur untuk mmbuat Pusingan u dan membelok. Kecekeng kecekeng, enjin keretaku mati. Aduh aku memerhatikan tester yg meneliti pergerakanku.OMG cuak. Aku menghidupkan smula enjin dan mengangkat sdikit clutch. Oh Mak ai, enjin ku mati semula. Aku mengulanginya sebanyak dua kali ttpi enjin tetap mati. Masa berlalu begitu pantas. apa yang aku mahu cuma segera beredar dari situ.Kemudian aku berpaling ke sisi komponen sblah kiri. Aishemen, gua tak ubah dari gear 2 kepada 1 td. Okay fine, aku mahu mulakan semula walaupun gerak hati aku menandakan isyarat tidak bagus apabila melihat reaksi tester. Mahu menghidupkan enjin kereta semula, tiba2 tester berkata "Dah tak payah, tukar sekarang" Okaymaksud encik tester ini, dia suruh aku blah dari seat pemandu and let him drives that car. Aku keluar dari seat pemandu di tengah2 khalayak ramai itu kepada seat penumpang dan kami pulang semula ke drvg school. Sekejap gila, tak sempat nak kentut dlm kereta pun. He gave me marks and said " Macam mana ni dik? td gear tu kan gear 2" Haihh kalau dh kalut tahap cipan memang semua benda jadi invisible dari mata. 


serious wo gua gugup + ketaq lutut
So kesimpulannya, raya tahun ini tak berpeluang nak memandu kereta. Disebabkan bulan 9 ni dah nak naik sem, ini bermakna cuti sem pada 23/1/2012-4/03/2012 nanti, akan dimanfaatkan dengan aktvt memndu semula dan retest for JPJ. I am sorry Cikgu Fadilah, kerana mengecewakan cikgu. saya budak baru belajar. maafkan saya. Sorry juga kepada Ayah kerana telah mensia-siakan pelaburan wang ayah ke atas Syarikat Dinamik ini. hoho tapi ayah akan sponsor utk retest and belajar semula kan =.='
saya masih lagi pemegang lesen L sahaja -.-
p/s : Jangan biarkan emosi merajai fikiran kerana emosi yang melampau mampu mengubah segalanya. hehe x)

Monday, May 23, 2011

Penyesalan Terhadap Diri Sendiri

MERAJUK
yeah, thats my bad side. harus diakui. 
with whom? ouhh one of my family, randomly.
why? takyah tanya kenapa.

mungkin kali ni paling teruk sbab it takes about four days. kejam dengan keluarga sendiri sebab kerana seseorang semua jadi mangsa, yeahh but kena akui, itu satu  kelemahan kerana bersikap egois. but now dah berfikiran positif and takmerajukdah! or should i say, mengada-ngada? whatever.

secara jujur, kalau aku berubah jadi manusia mengada-ngada ni, aku boleh jadi smpai tak makan langsung, or tak minum, but cuma tahan sehari semalam jelah, sampai tak bercakap dgn org langsung, and jadi budak baik gila. but now, dah sedar dari dunia nyata and keluar dari persepsi karakter negatif, sebab..sebab aku dah matang kan..

keburukan bersikap seperti ini :
1. menyakitkan parents sendiri sebab aku senyap, menjeling, mendengus and berpaling
2. tak dapat lunch and dinner sama2 satu family sebab ego kan, taknak tengok muka org yang kita gaduh
3. terpaksa tengok tv selepas pukul 12 mlm ke atas sbb taknak tengok tv sama2
4. tak dapat ikut pergi berjalan, sebab saya memang suka shopping kan so nanti terus cair 
5. tak dapat nak solat berjemaah sama2 sebab nanti dah habis solat mesti ayah akan baca ya latif and cium ubun2 and tiup kat kepala, so jadi sejuk hati
6. tak dapat buat bising kat rumah and kacau org lain
7. tak dapat nak luahkan apa yg kita nak cakap sebab ego kan
8. tak dapat nak mintak apa yg kita nak even mintak topup sbb parents yg sponsor.
9. badan jadi lemah sebab kurang makan and bibir pecah2 sebab kurang air : memberontak
10. yang paling penting menambahkan dosa 

kebaikan bersikap seperti ini :
1. waktu tidur semakin bertambah sebab lepas maghrib terus masuk tdo nak bangun tgok tv pagi2
2. kurang berat badan sebab memberontak tanak makan
3. suka hati tak payah buat kerja rumah and just relax
4. takda org berani nak marah, kacau or mengarah
5. can do whatever i want tnpa gangguan org lain
6. kurang dosa mengacau org. 

hehehe. but still keburukan lebih banyak dari kebaikan kan. so kita kene elakkan lah bersikap sebegini. kalau sekali-sekali takpa lah kan. tapi tapi sebenarnya tak berniat pun nak merajuk segala bagai, cuma maybe sebab kita ego kan, tanak maafkan org or tanak berdamai sebab tu tarik muka masam je. tapi tak boleh tahan lama pun sebab ayah and abg selalu pujuk and thats the power of men. kalau dengar je confirm boleh sayu and malam terpaksa tutup muka dengan bantal and nangis menyesali perbuatan sendiri. hehe sbnye nak kurang dari tiga hari sebab dosa kan tak bertegur sapa melebihi 3 hari tapi apa boleh buat, sebenarnya malu. hehe  plus actually diorg pun tahu kelemahan2 kita kalau merajuk. seriously aku akan kalah kalau di ajak shopping, beli makanan favourite, ice-cream and pujukan ayah. thats terrible kan. 

sekadar pengajaran buat semua, so sebagai anak yg baik, jangalah kita amalkan benda2 mcm ni eh sebab rupa2nya parents kita pun akan makan hati. kalau tak dapat kemaafan mesti gelisah je kan hidup. and sekarang ni aku berazam akan kurangkan sifat2 negatif dalam diri terutamanya kepada family sendiri. janganlah saling membenci sebab nanti memakan diri.

sekian, wassalam :)

Sunday, May 15, 2011

Salah Siapa Mereka Menjadi Begini?

Awwhh :')
Happy Teacher's Day  khas untuk my ibu, makuda, makngah, pakngah, andak, maklang, makuda nor, and to all my teachers in skj as well as in sakti and uitm too~

howdy gals :)
as usual penyakit org yg tak boleh tdo adalah dengan berblogg-ing kan.
satu isu yang ingin diketengahkan ialah isu golongan budak-budak hingusan sekarang yang sudah pun bertindak di luar batasan had umur. gedik, gedik, gedik.
eeeuuuu golongan kanak2 terutamanya peljar sekolah rendah sekarang kebanyakannya sudah terdedah dengan pelbagai masalah sosial yg kian bejat dlam masyarakat kita sekarang. salah siapakah ini? yg penting bukan salah aku~

saja nak berkongsi cerita mengenai anak2 murid di sekolah ibu yg berperangai pervert. menakutkan tau tak bila aku dapat tahu yg ada beberapa org students ibu yang suka meraba kawan2 kelas dia and of course girls yg jadi mangsa. dasyat tau bukan sekadar menyentuh di bahagian belakang sahaja, malah budak2 ni siap peluk si mangsa dan meraba bahagian hadapan iaitu di atas dan dibawah. korang fikir2lah sendiri, aku nak trangkan pun rasa seram je. and ini bukan hanya sekali dua dia buat malah banyak kali. gila bernafsu serakah punya budak. and bila ibu aku tanya adakah dia menonton vcd lucah, diorang cakap yes. oh tuhan adakah dunia ini sudah lari daripada paksinya? weehhh kecik2 pun dah buas kan. memnag kurang asam jawa betol.

kanak-kanak itu bersih ibarat kain putih ke?
 ermm pengaruh rakan sebaya, media massa dan kelalaian para ibu bapa mungkin merupakan beberapa faktor ketandusan akhlak dlm kalangan remaja ini or should i say kanak2? as a girl, aku tak tahulah what i'm gonna do if i'm in this situation iaitu sebagai mangsa. cuba bayangkan satu kelas or myb satu sekolah tau kita ni pernah jadi mangsa pencabulan kawan sendiri and what will happen for another years akan dtg. macam mana nak berdepan dengan kawan2 kalau dah besar nanti and lebih teruk lagi bila terpaksa berhadapan dgn pemangsa? just put this situation in your shoes and think about it.

awwhh lelaki memang begitu kan. you guys, kena raba pun tak luak apa maa. and i hate this situation. then lagi satu kes2 juvana pulak, offenders end up dengan masuk corrective school mcm henry gurney. hey dude, berbaloikah itu semua? dapat kembalikan maruah mangsa ke? (especially for rape cases) but then apa je yg reasonable for these child offenders? whipping? society may think that its gonna be too much for them but in fact do they(offenders) ever think yang apa diorg buat pun too much? to be neutral, just follow the law maybe they know the best kan and sekarang pun, sekolah still tak take any action towards budak2 tu. c'mon lah sampai bila msalah ni nak selesai? i asked my ibu " why dont u bring this matter to the police". is it too hard ?

kalau tengok gambar ni, boleh terasa nak raba org tak?

so for u gals, bakal2 mommy and daddy, korang bersiap sedialah dari sekarang to be the best parents yg akan sentiasa mendidik anak2 korang dengan cara yg baik dan betul to curb all these problems. btw, aku rasa parents mangsa mesti tak tahu lagi anak2 diorg ni adalah mangsa pencabulan kawan sendiri. geez kawan makan kawan. and i'm wondering macam mana these girls are going to talk with dia parents and how they gonna start to talk? adakah dengan cara ini " mak, abah, adik selalu kena raba dengan kawan lelaki adik" ? owhh sedih la wehh :'(

p/s sorry for being emotional and skematik letronik :)

Friday, April 15, 2011

Memori Cinta Daun Pisang

Kosong.
Tak, tak ada apa-apa pun.
Serious. 
Cuma rasa sedih je.
Fikiran semakin bercelaru.
Emosi haru biru.
Tapi takpe, saya nak jadi macam stone cold.
Tak macho la kan sedih sedih ni.
Cool je babe.

***

Aku kena serang heartburn lagi do.
Rindu kat Mae Myra yang terus berlari g bilik aku lepas tau aku kena heartburn tahap cipan.
Teringat juga pada korang yg setia temankan aku pergi klinik time aku sakit macam ni even perut dah kebulur nak makan mcd.
Tapi takpa aku tak perlu risau lagi sebab stock ubat empat puluh hinggit klinik doktor pelik hari tu masih ada lagi. kah kah kah.
Semoga Tuhan sentiasa kurniakan korang pendamping ketika susah atau senang kelak.


Kau muka rock tapi dalam hati ada taman do. Silap aku lambat kenal kau dulu time Sakti. 
Thanks sebab sentiasa jadi Kakak yg baik untuk aku ;)


Thanks Ichip; Rindu nak dengar cerita kau;
 Kau kawan yang baik; I Adore your high self esteem 


Mimiey, bagi aku kau kadang2 macam adik tp kadang2 macam kakak aku ; 
Thanks untuk segalanya.




p/s :
1.kita terlalu leka mencari berlian hinggakan kita lupa permata di depan mata lebih bernilai dari segalanya.
2.kadang-kadang kita sampai tak tahu apa yang kita nak dari kehidupan ini. tapi semoga sampai satu masa sesuatu rahsia itu akan tersingkap sedikit demi sedikit.