Showing posts with label sorry. Show all posts
Showing posts with label sorry. Show all posts

Wednesday, May 9, 2012

Dia Insan Biasa

Kedua-dua articles nya ditolak oleh Prof. Salah satu dikatanya report itu ditulis oleh hantu. Sigh. Dia bungkam. Sehingga jam 2 pagi lebih dia bersengkang mata, ini hasilnya.

Dia meluru keluar dari kelas dan terlihat sesuatu. Dia masuk dan keluar semula bersama kawannya dan lalu di kawasan kejadian. Dia terlihat si Panda memberikan segugus kunci  keretanya kepada seorang gadis. Tidak tahu siapa, dia kecewa tetapi seakan perasaan dia mati di situ. Jantungnya normal. Lantaklah apa nak berlaku. Dia penat. 

Di kelas Constitutional dia mendapat tiga latihan lagi. Mujur disuruh hantar next week dan dia masih punya masa untuk belajar test pada Jumaat ini yang dia tidak mula belajar lagi. Berani betul bukannya dia tidak tahu ianya ujian yang penting baginya.

Tak habis dengan itu hari ni konflik berlaku lagi. Perasan kalau ditahan boleh menyebabkan sesuatu yang tak kita ingini menjadi kenyataan. Lalu inilah jadinya. sorang kutub utara, yang lain ke kutub selatan. Bukankah musyawarah itu satu penyelesaian yg baik? Ambil yang jernih, buang yang keruh la kawan. Hidup kena pandai toleransi.Umur tak membezakan seseorang tetapi tingkah laku itu yang menunjukkan kematangan seseorang. Dia bermonolog dalaman.

Dia pulang ketika hujan bersilih dengan panas. Sesudah berhenti, rakan-rakannya mengajak ke taman permainan. Dia enggan, lebih memilih bermain game di atas katil daripada berjemur di luar. Hari ini dia dapat high score lagi. Tetapi kepuasan itu hanyalah sementara, tak mampu menghiburkan dirinya.

Dia menuju ke dapur. Se-pek hot choc dibuka dan disediakan bersama kepingan oreo. Dia duduk di dining hall yang tak berapa luas itu sambil menikmati cookies dan air favourite-nya itu. Kemudian dia menoleh ke arah biliknya sambil tersenyum sumbing kearah Qi, gadis campuran Belanda itu sebanyak 3 kali. Gadis itu hairan. Tidak semena-mena dia tumbang dari kerusi menuju ke lantai seperti air terjun yang mengalir.Gadis comel itu berteriak dan menyuruhnya berhenti dari bermain-main.Dia ketawa sebab dia tidak boleh menangis. Dia cuba tapi tetap nafsunya tidak mahu menangis. walaupun badannya terasa sengal akibat jatuh tetapi dia rasa lega.Housematenya yang lain melihat seolah-olah dia tidak waras. Dia penat, jeritnya.

Dia bangun dan mengambil keputusan untuk masuk ke kubikal kecil itu. Jam menunjukkan 5 petang lebih. Pancuran air dibiarkan menujah-nujah mukanya. Dia lega, sekurang-kurangnya air itu lebih sejuk dari hatinya. Dia membuat keputusan untuk menyempurnakan solat asarnya. Lama juga dia tidak mengawalkan solatnya. Seketika dia ingin terlelap dia lihat Kawannya sedang tidur di atas katilnya. Sejuk hatinya, wajah itu kelihatan tenang sekali. Dia membantutkan niatnya dan terus menaip post ini seakan dia ingin meluahkan sesuatu. Sesungguhnya hidup ini terlalu bermakna untuk dibazirkan dengan masalah-masalah kecil yang dihadapinya.

Langit kelihatan keoren-orenan. Dia senang dengan itu. Syukur, nyawanya masih dipanjangkan untuk dia sabar menghadapi ujian ini. Oh ya esok dia kena bangun awal seperti dahulu-dahulu lagi sebab dia akan ponteng tiga kelas penting :(
What to do, she has to go there.



And seek help with patience and prayer, and this indeed is hard except for the humble in spirit (2:46)


Sunday, May 15, 2011

Salah Siapa Mereka Menjadi Begini?

Awwhh :')
Happy Teacher's Day  khas untuk my ibu, makuda, makngah, pakngah, andak, maklang, makuda nor, and to all my teachers in skj as well as in sakti and uitm too~

howdy gals :)
as usual penyakit org yg tak boleh tdo adalah dengan berblogg-ing kan.
satu isu yang ingin diketengahkan ialah isu golongan budak-budak hingusan sekarang yang sudah pun bertindak di luar batasan had umur. gedik, gedik, gedik.
eeeuuuu golongan kanak2 terutamanya peljar sekolah rendah sekarang kebanyakannya sudah terdedah dengan pelbagai masalah sosial yg kian bejat dlam masyarakat kita sekarang. salah siapakah ini? yg penting bukan salah aku~

saja nak berkongsi cerita mengenai anak2 murid di sekolah ibu yg berperangai pervert. menakutkan tau tak bila aku dapat tahu yg ada beberapa org students ibu yang suka meraba kawan2 kelas dia and of course girls yg jadi mangsa. dasyat tau bukan sekadar menyentuh di bahagian belakang sahaja, malah budak2 ni siap peluk si mangsa dan meraba bahagian hadapan iaitu di atas dan dibawah. korang fikir2lah sendiri, aku nak trangkan pun rasa seram je. and ini bukan hanya sekali dua dia buat malah banyak kali. gila bernafsu serakah punya budak. and bila ibu aku tanya adakah dia menonton vcd lucah, diorang cakap yes. oh tuhan adakah dunia ini sudah lari daripada paksinya? weehhh kecik2 pun dah buas kan. memnag kurang asam jawa betol.

kanak-kanak itu bersih ibarat kain putih ke?
 ermm pengaruh rakan sebaya, media massa dan kelalaian para ibu bapa mungkin merupakan beberapa faktor ketandusan akhlak dlm kalangan remaja ini or should i say kanak2? as a girl, aku tak tahulah what i'm gonna do if i'm in this situation iaitu sebagai mangsa. cuba bayangkan satu kelas or myb satu sekolah tau kita ni pernah jadi mangsa pencabulan kawan sendiri and what will happen for another years akan dtg. macam mana nak berdepan dengan kawan2 kalau dah besar nanti and lebih teruk lagi bila terpaksa berhadapan dgn pemangsa? just put this situation in your shoes and think about it.

awwhh lelaki memang begitu kan. you guys, kena raba pun tak luak apa maa. and i hate this situation. then lagi satu kes2 juvana pulak, offenders end up dengan masuk corrective school mcm henry gurney. hey dude, berbaloikah itu semua? dapat kembalikan maruah mangsa ke? (especially for rape cases) but then apa je yg reasonable for these child offenders? whipping? society may think that its gonna be too much for them but in fact do they(offenders) ever think yang apa diorg buat pun too much? to be neutral, just follow the law maybe they know the best kan and sekarang pun, sekolah still tak take any action towards budak2 tu. c'mon lah sampai bila msalah ni nak selesai? i asked my ibu " why dont u bring this matter to the police". is it too hard ?

kalau tengok gambar ni, boleh terasa nak raba org tak?

so for u gals, bakal2 mommy and daddy, korang bersiap sedialah dari sekarang to be the best parents yg akan sentiasa mendidik anak2 korang dengan cara yg baik dan betul to curb all these problems. btw, aku rasa parents mangsa mesti tak tahu lagi anak2 diorg ni adalah mangsa pencabulan kawan sendiri. geez kawan makan kawan. and i'm wondering macam mana these girls are going to talk with dia parents and how they gonna start to talk? adakah dengan cara ini " mak, abah, adik selalu kena raba dengan kawan lelaki adik" ? owhh sedih la wehh :'(

p/s sorry for being emotional and skematik letronik :)

Wednesday, May 11, 2011

Sebungkus Maggi : Penyejuk Mata, Penenang Hati

Malam ni actually tak ada niat pun nak tulis lagi satu entry sbb petang td dah tulis kan. Tapi terasa bu-shan sikit and can't sleep, so apa lagi yg perlu saya buat selain dari ber-blogging  kan.


walaupun tajuk pasal maggi, but i'm not going to write about that maggi, but what i'm trying to say is about a young boy who's so called maggi and apa-apa yg berkaitan dengan something curly. *serious jahat betul aku*
here we go :

[ see, ada sama tak dengan tajuk entry? taken from imran's]

HAHA imran, sorry wo aku tak de niat nak kutuk kau. serius. cuma aku geram je tengok rambut yg super adorable macam kau tu. jealous sangat do. *fingers crossed*

ok fine mesti tertanya-tanya kenapa aku tulis pasal budak bertuah ni kan. dont get me wrong, aku sebenarnya telah diugut oleh si afro ni untuk menulis sesuatu pasal dia. actually aku pun tak tau nak tulis pasal apa sbb imran dalam hidup aku sehingga kini hanya kubayangi sebagai seorang maggi. takkan nak cerita pasal maggi, maggi, maggi plak an. LOL ~ ampun imrang, aku tak berdaya nak buang sikap buruk aku ni :D

Ok stop mumbling and say something ridiculous. kita buka lembaran baru. 

MUHAMMAD IMRAN WAN KHAIRUZZAMAN

Hurmm. what can i say about u? so this imran yang aku kenal, dia seorang yang Zany, Witty, Wise, Lovely, Kind, Sporting, Handsiong walaupun tak sehensem oppa aku and sometimes a bit juicy, naughty and mean. *ok aku dah puji, nanti kau belanja makan ehh*

[aku rasa nilah gambar kau yg paling comel.]

First time aku kenal si imrang ni sejak di form 1 sebb kitorg satu kelas iaitu di Asas PMR Nilam. My first impression pasal dia, memang nampak nakal lah. serious tau, aku dah pernah cakap kat kau ngan Akem kan yang lepas je korang masuk kelas kitorg, korang terus buat haruk dlm kelas tu sbb before that kelas kita memang senyap sikit lah sbb masing2 dgn hal sendiri kan. boleh dikatakan time tu kelas kitalah yang paling menjunam sikit dari segi attitude antara kelas2 yang lain. hehe jangan terasa, sekadar jujur berkata. then after that bagus jugalah sebab korang gak, barulah hidup suasana kelas and first time aku terasa seronok plak belajar di Sakti disebabkan sesi ejek-menegejek yg dah pun menjadi perencah dlm kehidupan. Walaupun kengkadang geram dengan korang yg suka ejek aku dulu, tapi aku tak kisah sbb benda tulah yg buatkan aku kuat semangat nak fire orang balik. kah kah paling aku tak boleh lupa korang panggil aku Beruang Kutub. aku lupa siapa yg starting sama ada Kacang atau Alap. =.='

Then, masa form 2 pun kita still sama kelas kan. Masa form 2 aku tak boleh lupa sbb aku kadang2 jadi orang tengah antara kau dengan Cheche hehe. penat tau and tension gak nak kene sampaikan salam lah, bagi cokelat lah, makanan lah, barang ntah pape lah, panggil dia lah. dahlah kelas dia ujung, kelas kita kat depan skali. haiyoo kalau aku dapat sekali apa-apa takpa gak. huhu *mengungkit*

Masuk form 3 pun kita satu kelas jugak kan. hehe see, sungguh kuat hubungan batin kita kan, tiga tahun wuu kita bersama, kalau kau lupa jugak kat aku, memang aku rebus rebus lah kau. hahahaha. time form 3 adalah time heaven skali sbb aku rasa kelas kita time tu macam unite2 jugaklah. and hubungan kita semua pun baik-baik belaka even sesi ejek-mengejek kekal sebagai carta nombor satu radio era. masa ni kau duk belakang meja aku kan. kau, afiq and akem. aku adore gila korg sbb sgt2 lah bijak and rajin even kadang2 korang suka tidur kat belakang. mentang2 lah aku and zaimah tutup korang. haha. time ni jugak aku dah pun dilucutkan jawatan sebagai posmen tak bertauliah kau sbb kau dh ada pengganti baru. phheewwitt. awek cung tu. kawan sapa lah tu. mesti kawan dia pun cung gak kan. even korang tak pernha declare (aku rasalah) tapi aku suka korang bersama. ntah kenapa, bak kata shakang (time aku duk berosip dgn dia masa form 4) 'sejuk je hati aku tengok si anis and imran ni' and thats what i feel too. ok after that sebab kau budak terlampau bijak, takde jodohla kita nak still bersama sebab kau pun masuk 4 bai and 5 bai.  and tak dilupa time form 5 pun kita sekelas tapi untuk waktu bi je kan. and  kau suka  and selalu je betulkan sebutan aku sampai kengkadang aku naik bengang. yelah kau kan handal bi. sebelum tu, aku selalu je rasa sedih sebab kau and akem terpisah dengan afiq. kesian afiq. weee~

imran, kalau nak diikutkan sebenarnya banyak bende nak dikenangkan pasal kau. kalau aku nak singkap satu persatu kompem kau pun jenuh nak baca kan sebab aku taulah kau bukan jenis yg suka membaca sangat. hehe. yang penting dapat kawan macam kau memang seronok malah bertambah seronok. mungkin tidak bagi kau, tapi tulah yg aku rasa. antara benda yang aku rasa terharu pasal kau ialah kau pernah bagitahu anis (dia cerita kat aku balik dulu2) yang kau and dia takkan nak balik dari sekolah ke asrama berdua je and tinggalkan aku sorang2 sebab taknak aku rasa macam apa yang kau rasa if membe2 kau jalan ngan makwe2 diorg and kau pulak  terpaksa balik sorang atau dgn wakchai . mungkin itu salah satu sbbnya kan. patutlah pun kau tak pernah nak ignore aku if kita bertiga. cehh nak jaga hati aku konon. alah last2 time habis exam spm baru kau dpt jalan berdua kan and aku plak jalan ngan anjang =.=' btw, thanks imran :)

 [kerut gila dahi kau ape pasal? taken from here]

imran, imran, imran, ada satu benda yang aku rasa kau mean (mean=kejam, bukan mean=maksud) sikit lah. kau ngat tak satu hari kau ada call and tibe2 kau dengar dari side aku lagu Just The Way You Are by Bruno Mars. pastu kau tanya aku dah kenapa aku duk dengar lagu tu banyak kali (padahal tu lagu blog aku before ni, memang lah lagu tu berulang2 dah sebab masa tu aku tgah bukak blog). pastu aku cakap lah yang aku teringin sangat nanti ada orang nyanyi kat aku lagu tu. hehe. yelah aku bukannya siapa2 tapi aku pun nak org terima aku seadanya macam si bruno mars tu tapi, kau ingat tak kau balas apa? mesti kau tak ingat kan. kurang asam punya cekodok basi. kau balas "kau tak sesuai lah nak dapat orang akan nyanyikan utk kau lagu tu" sort of lah. aku tak ingat sangat apa kau cakap. or means kau maksudkan yg aku ni tak cukup special ada org nak nyanyikan utk aku. bangeekk gedebubbb terus jantung aku masa tu tau! *touching*

but that was just small of the pieces la sbb takkan lah aku nak marah kau hanya sebab benda tu sedangkan dah banyak kali aku kutuk kau and kau pun dah banyak kali tolong aku terutamanya tolong jadi kawan aku kan. and its enough. *makan dalam*. apa2 pun, kaulah antara sahabat aku yang terbaik. yess aku maksudkannya and aku rasa sampai sepuluh or dua puluh tahun akan datang pun aku takkan lupakan kau yg pernah jadi sahabat yg baaiiikkk sekali *kaki bodek*. aku sayang kau lah maggi (anis takkan marah kot) !

Last but not least, aku rasa takkan ada orang yang tak senang dengan sikap kau kan. kalau ada yang tak suka kau memang cari pasal lah org tu ngan aku. wink2~ not to forget, kepada makcik2 diluar sana, ingin aku tegaskan yang aku rasa budak ni nanti bisa jadi menantu fevret makcik2 diluar sana ya if and only if dia tak jadi menantu hj bakri nanti. sebab dia pun not bad lah cuma, cuma imran, aku doakan kau sentiasa dilembutkan hati and mula mengurangkan smoking and justeru terus quit dr smoking. boleh kan? mungkin tu salah satu benda yang aku selalu pendam kalau nampak kau smoking. aku harap sangat kau berjaya nanti! sebab kalau kita nak sayangkan orang, kita kenalah sygkan diri sendiri dulu kan :))

Thats the end. (wehh penat dah aku tulis pasal kau ni hampir satu jam setengah do.)

p/s kalau satu hari kau ada belog, kau pun tulislah pasal aku eh. setengah perenggan pun jadilah :)

Sunday, April 17, 2011

Simple Is Nice Kan?

Yeah. Aku sokong tajuk entry baru aku nih.

Okay, disebabkan dah takda keje lain yang aku nak buat ptg-ptg ni, terasa nak menulis satu entri mengenai make up dan perempuan. Memang perempuan selalu dikaitkan dgn make-up. Make tebal sikit je mesti dah kene kutuk dengan kaum jenis lain selain wanita. Bukan dlm kalangan lelaki sahaja tp as a girl too, especially aku sendiri yang memang suka tengok dan minat girls yang cute dan super adorable, aku memang suka komen make up orang. tapi komen dlm hati jelah memandangkan aku ni memang tak suka mengguriskn perasaan kaum hawa yang comel-comel belaka ini. hehehe *senyum nakal*

tak ada apa yang menarik utk diceritakan cumaaa, cuma apa yg aku tak puas hati lah kan, kenapa ramai perempuan suka pakai make up yg ala ala lima inch tebalnya? tak ke diorg ni tau yg diorg tak akan nampak lawa secara zahirnya? bukan setakat bedak je tebal, tambah lagi dengan entah pa eye shadow warna pelik pelik, gincu tebal lah, bulu mata palsu lah and etc, malas je aku nak komen byk2 kang kene serang pulak. *tak, tak aku tak jealous pun*

ok2, memang lah nampak lawa 'jugalah' tapi kalau lama2 tengok kompem nampak plastik habis kan. so mcm mana nak menampakkan natural beauty korg kalau korg tampalkan dengan berbagai2 warna pelangi dan bahan2 kosmetik yg mengandungi byk bahan2 kimia yg tak baik utk kulit korg? kat entry ni aku nak puji lebih sikit lah kat artis2 korea. bukan nak menganak tirikan artis tempatan lah kan, tapi cuba korang layan sikit drama2 korea mesti korang akan terpukau dengan kecomelan dan kecantikan artis2 korea yang hanya menggunakan make up yang simple sahaja yg sekali korg tgk kan, jiwa perempuan korg pun boleh kacau.kah kah kah. *eii comelnye,comelnye*  lihat gambar2 dibawah ;)

Kim Tae Hee ; try layan My princess. Super Adorable kan
Park Min Young : Kalu korang tengok Sungkyunkwan Scandal mesti
 korg akan berulang ulang kali ckp dlm hati *comelnye dia, comelnye dia*

Shin Min Ah . Dia ni pun comel macam tak pakai make up pun
Ha Ji Won : Secret Garden. dia ni dah 30 lebih tp still nampak
cute  tanpa memerlukan alat bantuan make up yg melampau
Nak senaraikan banyak banyak pun tak payah. korang try google up je or layan drama2 korea kompem nampak ramai perempuan2 comel dan cantik tanpa make up yg tebal. even watak2 villain pun diorg tak guna make up yg tebal utk menggambarkan watak villain. hanya berbekalkan eyeliner, bedak asas dan lip gloss or whatsoever pun dah menonjolkan kecantikan dan kecomelan mereka. tapi takleh lah nak puji lebih sangat kan sebab diorg yang cantik2 ni pun kebanyakannya buat plastic surgery utk jadikan muka diorg nampak perfect kan plus memang kulit org korea ni cantik2 plus mulus kan. *jealous*

di bawah ini pula, mereka memang cantik, sangat cantik kalau make up lah :D



Okay no offense untuk entri kali ini. sekadar menyatakan pendapat. so girls just give up with your make-up thingy because i'll never love you. haha i love the simple one maa. tambahan, saya sedang mencari bakal kakak ipar, so kriteria pertama yg saya inginkan ialah, no make-up tebal tebal okay. just eyeliner, compact powder and lip ice is okay what. you guys will look pretty and adorable and nice and bla bla.  


Apa - apa pun kan, macam mana rupa itu semua perkara nombor dua, 
yang penting hati mau bersih ma ;)

p/s : Semoga aku tak kene hentam dengan peminat2 wonder women di atas ni. hehe
 NO OFFENSE ;)

Wednesday, April 13, 2011

I Hate This Part Right Here (Holidays)

holiday is cool. and it will become more awesome when we know how to spend it in the right way. being a couch potato all the times is so so bored. i keep doing the same things everyday. i even don't have any plan or schedule to organize my holidays. thats pretty bad. 

and now on it become worse and worst when i don't even have any single Korean drama series stocks to watch except for those has been shown in c393 or 391. thanks God i have them to keep me alive. my Bapis told me that he'll give me some stocks of hottest korean dramas but until now i don't have any of them. warghh he broke the promise. know what i am truulyyy believed that i will got them when i went to Perak to meet him but then he said, "sorry la akak, nanti cuti bapis bagilah". i smiled. omaigod how long i have to wait for his holiday pulak! seriously i feel like a Zomba when i couldn't watch some cute and hot guys (refers to Korean artists). shit i need u guys.

and then i think i am going to regain my weight back. mana tak nye kan asal rasa nak menguyah je buka freeze and grab some foods. plus with my lazyyy bum to go for exercise or nowadays i keep escape from cycling and then when my mum asked me to go for cycling then i replied " ala taknak lah nanti pakcik Ngadiran tercabar akak nak lawan dia beriadah petang petang
* cehhh padahal duk mengadap sbs world petang petang. bukan apa but still i feel like malaass gila okay. lainlah kalau ada kawan, ni tak semua budak kecik yg ada.

but yes ibu, memandangkan akak seorg anak yang baik, i'll try to bangun awal  pagi, basuh pinggan, jemur baju angkat baju, lipat baju, belajar memasak, mandi tiga kali sehari atau at least dua kali, keluar berjogging dan berbasikal, mandi awal sebelum malam, tidur awal dan semua benda yang ibu selalu cakap hari hari akak akan ikut.  ;)

nampaknya after this aku dah kene buat jadual harian semula supaya i can keep a healthy lifestyle plus kurangkan berat badan sebelum raya menjelang. *Dahi berkerut*

p/s please ignore my grammars and unsuitable vocabs.

Saturday, February 19, 2011

Am I to Sensitive?


What do i feel today?
Sentap.serious sentap.

Bagaikan melukut di tepi gantang
Begitulah aku
Di dalam hidupmu
Ada tiada tak memberi kesan...


I do not need any explanation from you.
Not even once.

So, just leave me alone 
Just let me heal it by myself.

I do not need sympathize
I just want u to understand if u're in my shoes.

If that, u'll know how do i feel it.
That's me, don't expect that i could be like you.
We're different and will never be the same.


I have a right to express my feelings.
So just zip out your mouth.


Nota maut:
1. tak mengapa aku dilupakan tapi ingat sekali kau dah lupakan aku, aku akan terus lupakan kau.
2.aku tak pernah rasa terlalu sentap sebegini, jadi nasib kaulah jadi mangsa aku.
3.kalau rasa bersalah, tolong diam dan lempang muka kau sendiri
4.tak salah kalau kau tak ingat aku tapi aku heran kau lagi ingat yg lain
5.anggap sahaja kau betul dan blah la sebab aku tak akan terima alasan kau.

Friday, January 14, 2011

Baby Are You Down Down Down

latar masa : malam yang hening dan gerimis di luar tingkap yg murah
latar tempat : dalam sebuah kubikel kecil yg dihuni oleh satu jiwa yg duka
mood : bercampur baur dan seperti mahu makan seguni cokelat yg berkalori tinggi
punca : tidak dapat mejawab beberapa rangkaian test economy yg mempunyai limitasi masa                                                                                                    selama satu jam (8.30 pm-9.30pm)
implikasi : ruangan perut dipenuhi dengan air honey dew,kebab,ketam yg pnjang panjang dan tropicana aiskrim
kaitan : bila tension dengan masalah aku akan berusaha makan dengan penuh berselera tanpa  memikirkan soal duit dan pantang larang makan 
konklusi : persiapan yang mantap tak mampu mengatasi kepantasan menulis jawapan jika diuji pengiraan masa.
this kind of situation is bloody disturbing :(                                                                                                      

penyelesaian masalah :sudah menghubungi anis suhaili mengenai masalah ini dan merehatkan fikiran pada malam ini dengan menonton 100 days with mr arrogant instead of doing assingmentssss :)

Monday, January 10, 2011

Hectic Life

Dear Diary,
I'm so sorry.
The days makes me avoiding u.

I'm so sorry,
I couldn't make it,
I'm quite busy n having problem with broadband coverage.

Soon I'll meet you again.
In the same place and time ;)

i really need a rest.
hope can be there again with them