Showing posts with label blame. Show all posts
Showing posts with label blame. Show all posts

Thursday, July 12, 2012

Gedung Ilmu.

Assalamualaikum. w.b.t


Malam yang sepi. Penghawa dingin ini terlalu mencengkam rasa. Sejuk kian terasa, nasib baik kipas dah matikan kalau tak memang beku jasadku. Ini semua gara-gara budak-budak ni yang switch on kedua-dua bahan penjana ini. Satu lagi kelemahanku, tak tahu kenapa sejak dua menjak ni selalu rasa curiga dan takut walaupun berada di dalam rumah. Haish ni kes takut nak keluar bilik cari remote air-cond la. Deng i have no idea mana remote tu pergi. Nak buka pintu emmmm emmm.hahaha. Ni semua gara-gara security alarm rumah pakcik yg selalu bunyi tengah-tengah malam. Okay kalis sebenarnya bila iman tak berapa nak kuat, hati pun tak kuat la, so hidup dalam ketakutan. Muhasabah.

Disebabkan terlalu awal nak tdo, pukul 10 beb too awal kan, so i made up my mind untuk membaca. Kalau malam2 sebelum ni asyik membelek Lawak Kampus tp malam ni tak tahu la kenapa perlukan sesuatu yang ada pengisian. Lama juga tak belek novel2 sejarah. Before this even nak baca novel-novel Melayu pun i feel bad sebab tak khatamkan lagi buku-buku course. Cheh Melayu sangat kan. So after for a long loooong time, i decided to read a novel by Abdul Latip Talib "Ali bin Abu Talib". Dulu bukan main rajin siap lumba siapa ada paling banyak koleksi ALT dengan Afifah (cousie) tapi skrg nampaknya keluarga Pakcik pun dah mendahului memandangkan anak-anaknya smua ulat buku. Kalah.

So here we go, nothing special to be shared in this post just i feel macam teruk sangat sebab kisah-kisah sahabat nabi pun tak khatam lagi. tak cerita lagi buku hidup Rasulullah, Aisyah,Khadijah and etc yang dah entah ke mana. Sometimes bila tengok orang lain lebih bijak or banyak knowledge dari kita, mulala start downgrade diri sendiri tapi bila diukur di badan sendiri, baru lah nak check setakat mana usaha dan kesedaran yang kita ada untuk mencapai sesuatu tu. Bukan nak menjunjung orang lain tapi diri sendiri yang tak lepas dari mewarisi sifat Malas tu. Selama ni sebut je artis apa kat Malaya ni, siap tahu birthday bila la, nama anak diorg siapala, gila fashion artis tu la ini la semua celah gigi,  tapi bila part ditanya, dah cukup kenalkah kita dengan Rasulullah. Hmm tunduklah kau. Kalau sirah Rasulullah pun tak khatam apa ntah lagi sahabat-sahabat yang banyak bekorban demi Rasulullah. Malu rasanya diri ini.

Berbalik kepada perjuangan Saidina Ali, begitu besar pengorbanannya. kita cuma tahu dia kanak-kanak terawal memeluk islam, menantu dan sepupu Rasulullah dan sebagai Khalifah Ar-Rasyidin yang keempat je secara basisnya tapi bila baca sejarahnya, Masyallah begitu besar sumbangan beliau kepada dunia Islam. Begitu besar perjuangannya bukan sekadar di medan perang tetapi juga seorang ilmuwan yang fasih bicaranya dan hampir ucapannya mengandungi hikmah. Alangkah bertuahnya beliau dapat hidup and berada di sisi Rasulullah ketika hayatnya. Selain itu antara ilmu yang baru diperolehi melalui buku ini ialah mengenai profil diri Saidina Ali. Beliau actually mempunyai 9 isteri, 15 anak lelaki dan 17 anak perempuan. wow kan sebab selama ini Aku cuma tahu yang beliau cuma ada isteri bernama Siti Fatimah je. teehee. Apa yang menarik lagi, beliau mempunya seorang ibu bernama Fatimah, isteri juga bernama Fatimah dan anak yang bernama Fatimah. besar sungguh nama Fatimah itu kan dalam sejarah Islam. dan Nabi Muhammad juga pernah berkata, di kalangan penghuni syurga terdapat empat wanita yang paling mulia iaitu Khadijah, Fatimah, Asia dan Mariam. Ilmu baru untuk aku malam ni.

Okaylah ada lebih kurang 80 halaman lagi untuk dihabiskan. Selamat malam dan bersama-samalah kita untuk menghabiskan cuti yang panjang ini dengan bahan bacaan yang bermanfaat. terima kasih dan sekadar berkongsi.


Saturday, April 21, 2012

Selamat Bercuti

Assalamualaikum.

Hi! selamat menyambut mid sem break. sebelas hari, tak lama bukan. memang nasib diri balik rumah hanya bawa sepasang baju sebab memikirkan esok (ahad) akan pulang semula. sepatutnya ada program di PD isnin-rabu, tapi dah sampai rumah and online, baru tahu program dibatalkan. nak taknak ibu and ayah terpaksa hantar semula esok. hehe kalau tak memang melagha cuti ni tanpa buku dan assignment's materials. student's life, balik bercuti tak bermakna cuti bukan. assignments and buku jangan dilupakan ye(ZZzzz..)! oh ye marilah kita tingkatkan mutu kehidupan dengan bangun awal pada waktu cuti :)

hmm urusan balai polis, ic, bank, dan jpj pun belum settle. nampak gayanya cuti yang sihat ye pada kali ini, thanks penyeluk saku. happy holidays rakan-rakan ;)

Monday, March 19, 2012

Embarrassed (Qils,You Know It)

Assalamualaikum.


Sunny day.
Met a person whom I like back then.
Embarrassed. After thinking about my appearance and my reaction towards him.
Dang and it became more shameful when the person you like said "Hi Nurul!" 
Ouhh shittinggg! I'm sweating all over my face, sunburned, plus i'm carrying my backpack bag yang i knowww it looks like a budak sekolah rendah. 
Oh my bad! How I wish I could turn back time.


and then lebih speechless when my friends ask me, "Nurul masih suka dia?"
and I said "noooo!"
they replied, "Why you are so shy about your appearance if you don't like him anymore?"
Speechless but Alhamdulillah my heart beats normally.



Monday, September 5, 2011

I'm Done Packing

Assalamualaikum and Salam Eid Mubarak

I hate packing. 
With two luggage,backpacks, paper bags and some plastic bags.
That's how i packed everything.

Tomorrow is the day. 
Wish me luck.
See you guys again.

and take care too.

Tuesday, March 1, 2011

Rayuan Si Jelek

Biarkan si kacak diapit bidadari
biarkan si jelek dihumban ke perigi
agar dia tahu tinggi rendah langit dunia
agar dia tahu dia bukan sesiapa

Adilkah dunia
andai si jelek tak mampu berdiri
andai si kacak mampu terbang meninggi

Andai aku mengemis dunia
mampukah aku mendapatkan dia
andai aku merayu di syurga
bolehkah aku menemukan dia

Sudahlah hati
dunia takkan peduli
sudahlah hati 
kelak kau akan mati

Andai syurga kau dijanji
pohonlah kepadaNya agar kau dinanti
Andai neraka menunggu dirimu
pujuklah hatimu dia bukan untukmu

Karya,
Gadis Desa :)

Saturday, February 19, 2011

Am I to Sensitive?


What do i feel today?
Sentap.serious sentap.

Bagaikan melukut di tepi gantang
Begitulah aku
Di dalam hidupmu
Ada tiada tak memberi kesan...


I do not need any explanation from you.
Not even once.

So, just leave me alone 
Just let me heal it by myself.

I do not need sympathize
I just want u to understand if u're in my shoes.

If that, u'll know how do i feel it.
That's me, don't expect that i could be like you.
We're different and will never be the same.


I have a right to express my feelings.
So just zip out your mouth.


Nota maut:
1. tak mengapa aku dilupakan tapi ingat sekali kau dah lupakan aku, aku akan terus lupakan kau.
2.aku tak pernah rasa terlalu sentap sebegini, jadi nasib kaulah jadi mangsa aku.
3.kalau rasa bersalah, tolong diam dan lempang muka kau sendiri
4.tak salah kalau kau tak ingat aku tapi aku heran kau lagi ingat yg lain
5.anggap sahaja kau betul dan blah la sebab aku tak akan terima alasan kau.

Friday, January 14, 2011

Baby Are You Down Down Down

latar masa : malam yang hening dan gerimis di luar tingkap yg murah
latar tempat : dalam sebuah kubikel kecil yg dihuni oleh satu jiwa yg duka
mood : bercampur baur dan seperti mahu makan seguni cokelat yg berkalori tinggi
punca : tidak dapat mejawab beberapa rangkaian test economy yg mempunyai limitasi masa                                                                                                    selama satu jam (8.30 pm-9.30pm)
implikasi : ruangan perut dipenuhi dengan air honey dew,kebab,ketam yg pnjang panjang dan tropicana aiskrim
kaitan : bila tension dengan masalah aku akan berusaha makan dengan penuh berselera tanpa  memikirkan soal duit dan pantang larang makan 
konklusi : persiapan yang mantap tak mampu mengatasi kepantasan menulis jawapan jika diuji pengiraan masa.
this kind of situation is bloody disturbing :(                                                                                                      

penyelesaian masalah :sudah menghubungi anis suhaili mengenai masalah ini dan merehatkan fikiran pada malam ini dengan menonton 100 days with mr arrogant instead of doing assingmentssss :)

Friday, December 17, 2010

The Stinky Day 2

td petang pergi beriadah lagi. rasa seronok sangat, rasa macam jadi seekor burung yang boleh terbang di angkasaraya.[ketawa sebab kuat imaginasi]. kali ini pergi bersama sama anis, mimi, tini dan piah.mula mula nak main skuasy tapi sebab penuh, kami pilih untuk bermain tenis.[senyum bangga].sekali lagi selama lapan belas tahun tak pernah pun main tenis.tak kesah lah better late than never.main aci redah je.lawan anis.masa mula mula memang main tak macam tenis macam badminton adalah.[geli hati].penat pungut bola sahaja.kalau roger federer  tengok mesti menangis air mata darah.tu pun kalau dia nak tengok lah.

lepas dah lama main dalam setengah jam tu barulah boleh control bola.[senyum] tiba tiba valentino dengan member dia datang.kami main sama sama, aku pair ngan valentino and anis pair ngan membe dia[kenapalah lupa nak tanya].rasa seronok sebab main asyik gelak gelak je ngan valentino.ada ada je lawak kesengalan dia. dah boleh main dengan lebih baik.haha.even hujan pun main redah je sampai lah satu badan basah kuyup.seksi.tapi valentino yg pula yang perasan seksi.[ketawa].

selalu orang cakap jangan main kat luar kalau hujan nanti demam tapi hati cakap kalau kita yang minta nak demam akan demamlah.jadi tak kesah lah hujan ke tak hati niat nak besukan dan fikir semoga tak demam.empat puluh lima minit main tanpa henti.rasa macam dah jadi maria sharapova versi jawa pulak.then sambung main basketball sampai kul tujuh sebab basketball ialah kegemaran saya even main aci redah sahaja.

itu cerita yang best yang tak bestnya pula time singgah koop after main tadi kami jamulah aiskrim.aku pilih tropicana.fevret tu.tapi makan tak ingat dunia sampai lah tersungkur dari tangga depan koop.[sakit] kaki terseliuh sikit dan siku ade lebam.ustaz hafizullah kata sometimes kalau kita ditimpa kecelakaan kita lupa kat Allah.maybe betol kot sebab that time cuma fikir kelazatan aiskrim je[nasib badan lah kan] hari ni turn aku. akhirnya kami pun sambung makan aiskrim kat lantai and tangga depan koop.pura pura picnic lah kat situ.[ketawa dalam hati]memang masin lah mulut budak budak ni sebab dalam group aku semua dah terjatuh tergolek and now was my turn.tinggal piah sorang je yang belum. apakah tanda ini? tak mungkin satu sumpahan sebab apa yang pasti mungkin kami alpa dan lalai [kening double-jerk]

dalam hati doa semoga piah sentiasa berhati hati.Senyum.

p/s makan malam bantai roti canai dua keping.penat plus lapar.

Monday, November 22, 2010

Inferiority Complex

like a sh**. just now aku jumped to sakinah's blog which is Fake Plastic Tree, n i found that she posted all her entries in english. what a heaven she is. and i do aspire her. dah la genius plus cute plus baik plus what a good manner she is. but thats not the main point here, i am not going to write in english or what after this but what i've been thinking rite now, hows she can handle it very well? she is too good in english. omg best gila kot. xsusah cm skrg bace novel bi pun kne still selak kamus.nak writing esei pun still nak ngat grammar salah ke betul ke.gross.bile dah tahap dewa speaking in english memang best r tak macam aku yg terbelit belit lidah nak speaking or still rase miang miang kucing n gedikss nak speking.how i wish to be like her? takde ke tablet yg bile telan 3 kali sehari je dah boleh terer speaking? kalau ade someone please recommend me ;)

can i put a blame on the universe?
image-Jettgirl
life in inferiority complexs situation is suck!

i miss oxford language centre lah