Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Tuesday, October 16, 2012

All Evil Is Ignorance

Kilat menyabung-nyabung dan guruh berdentum diiringi hujan yang turun tak segan atau malu. Kelas Moral and Ethical Issues itu masih berjalan seperti biasa walaupun kebanyakkan pelajar sudah mendung di penghujung jam 4.00 petang itu. Kelas yang pada mulanya riuh dan ceria apabila pelbagai isu dikupaskan dan pandangan dizahirkan kian suram sesuram petang itu. Namun di satu sudut masih ada insan bernyawa yg dlm keraguan. 

Kelas tamat dan masa inilah dia mencuri peluang berjumpa dengan lecturernya itu utk bertanyakan satu permasalahan yg telah disimpan seminggu yang lalu. Pada mulanya dia berharap ini suatu perbualan peribadi yg singkat antara dia dan Madam tetapi ia berlaku sebaliknya. 

'Madam, i would like to ask you, maybe it is something sensitive to talk about...but I really want to know. It come across in my mind lately that...Mdm..How do you believe that the Al Quran is Kalam Allah? Is it just because the Quran said so?' tangannya sejuk. Mdm menunjukkan reaksi terkejut. Dia berdebar mengharap agar dia tidak dimarahi. Kemudian Mdm menyuruhnya duduk utk berbincang.

Kemudian Mdm menjawab....'Afiq, Zulhilmi cuba jawab persoalan ini' Aduh... dia mengeluh kerana terpaksa berkongsi masalahnya dengan dua classmatesnya yg langsung dia tidak pernah berbicara sekalipun itu. They asked the girl to repeat the question. Kemudian dpt dilihat Afiq menghembuskan nafasnya dan Zulhilmi memandang antara satu sama lain. Persoalan yang dilihat bahaya utk di persoalkan. Sebab itulah dia tidak berat utk menuturkan persoalan ini ditakuti ada yang mengecamnya dan melabelkannya buta akidah. Dia tahu itu melibatkan akidahnya tetapi yang dia mahu tahu ketika itu ialah jawapannya demi membuang syak wasangkanya.

Mdm bertanya kembali kepadanya andai ini merupakan persoalan peribadinya sendiri atau tidak? dan dia terpaksa tidak berkata benar bahawa ini merupakan persoalan yg ditujukan kpdanya ditambah selepas membaca sebuah buku golongan anarkis itu. Yaaa ini semua berpunca daripada pandangan seorg hipster anarkis yg dibaca dari sebuah buku.

Kemudian setelah beberapa ketika Afiq menyuruhnya beristighfar ditakuti persoalan ini datang dari bisikan syaitan. Dia akur dan menurut. Di samping itu juga Zulhilmi menyampaikan pandangannya dan kajiannya terhadap Al Quran. Terasa seakan di brainwash seketika. Malu di tarbiah sedemikian rupa, dia tidak mampu menahan takungan kelopak mata dan bersaksikan 5 pasang mata yg ada ketika itu, dia tewas dalam persoalannya. Malu dengan kebesaran Allah dan mukjizat yg diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Ilmu yang tohor membuatkan dia kerdil di sisi Pencipta-Nya. Nasihat dan tarbiah panjang itu diterimanya dengan hati yang lapang. Kemudian Mdm menambah authority yg melengkap pernyataan berkaitan permasalahan itu dengan  dua potong ayat dari: 

 Surah Al Baqarah, Ayat ke 23: Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu dan panggillah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.

Surah Al Baqarah, Ayat ke 24 :Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak akan dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir.


Maka benarlah kata-kata Allah. tiada siapa yang begitu sempurna dan bijak utk membina sepotong ayat mahupun senaskah Al Quran yg dalamnya terkandung puisi-puisi indah dari Allah yg menceritakan setiap kejadian bermula dari awal sehingga ke akhirnya dan di jadikan panduan bagi setiap manusia. Tiada siapa melainkan Dia.

Disaat ayat dan terjemahan itu dibacakan oleh Afiq maka terjawablah semua persoalan di benaknya. Dia akur dengan nasihat mereka. Berusahalah mengkaji setiap permasalahnmu berdasarkan Al Quran itu sendiri. Muhasabah buat dirinya yang masih kerdil lagi disisi Allah dalam memperjuankan Islam. Perbincangan yg memakan masa lebih kurang setengah jam itu memberi impak positif dalam dirinya. Dia keluar dengan suatu ketenangan disulami tangisan.

Terima Kasih Madam. Terima Kasih juga buat Afiq dan Zulhilmi yg sedia berkongsi.
Keluar dari kubikel itu hujan hanya renyai-renyai. Dia berjalan pulang ditemani sahabatnya dengan 1001 macam perasaan. And the rest is history....


Thursday, July 12, 2012

Gedung Ilmu.

Assalamualaikum. w.b.t


Malam yang sepi. Penghawa dingin ini terlalu mencengkam rasa. Sejuk kian terasa, nasib baik kipas dah matikan kalau tak memang beku jasadku. Ini semua gara-gara budak-budak ni yang switch on kedua-dua bahan penjana ini. Satu lagi kelemahanku, tak tahu kenapa sejak dua menjak ni selalu rasa curiga dan takut walaupun berada di dalam rumah. Haish ni kes takut nak keluar bilik cari remote air-cond la. Deng i have no idea mana remote tu pergi. Nak buka pintu emmmm emmm.hahaha. Ni semua gara-gara security alarm rumah pakcik yg selalu bunyi tengah-tengah malam. Okay kalis sebenarnya bila iman tak berapa nak kuat, hati pun tak kuat la, so hidup dalam ketakutan. Muhasabah.

Disebabkan terlalu awal nak tdo, pukul 10 beb too awal kan, so i made up my mind untuk membaca. Kalau malam2 sebelum ni asyik membelek Lawak Kampus tp malam ni tak tahu la kenapa perlukan sesuatu yang ada pengisian. Lama juga tak belek novel2 sejarah. Before this even nak baca novel-novel Melayu pun i feel bad sebab tak khatamkan lagi buku-buku course. Cheh Melayu sangat kan. So after for a long loooong time, i decided to read a novel by Abdul Latip Talib "Ali bin Abu Talib". Dulu bukan main rajin siap lumba siapa ada paling banyak koleksi ALT dengan Afifah (cousie) tapi skrg nampaknya keluarga Pakcik pun dah mendahului memandangkan anak-anaknya smua ulat buku. Kalah.

So here we go, nothing special to be shared in this post just i feel macam teruk sangat sebab kisah-kisah sahabat nabi pun tak khatam lagi. tak cerita lagi buku hidup Rasulullah, Aisyah,Khadijah and etc yang dah entah ke mana. Sometimes bila tengok orang lain lebih bijak or banyak knowledge dari kita, mulala start downgrade diri sendiri tapi bila diukur di badan sendiri, baru lah nak check setakat mana usaha dan kesedaran yang kita ada untuk mencapai sesuatu tu. Bukan nak menjunjung orang lain tapi diri sendiri yang tak lepas dari mewarisi sifat Malas tu. Selama ni sebut je artis apa kat Malaya ni, siap tahu birthday bila la, nama anak diorg siapala, gila fashion artis tu la ini la semua celah gigi,  tapi bila part ditanya, dah cukup kenalkah kita dengan Rasulullah. Hmm tunduklah kau. Kalau sirah Rasulullah pun tak khatam apa ntah lagi sahabat-sahabat yang banyak bekorban demi Rasulullah. Malu rasanya diri ini.

Berbalik kepada perjuangan Saidina Ali, begitu besar pengorbanannya. kita cuma tahu dia kanak-kanak terawal memeluk islam, menantu dan sepupu Rasulullah dan sebagai Khalifah Ar-Rasyidin yang keempat je secara basisnya tapi bila baca sejarahnya, Masyallah begitu besar sumbangan beliau kepada dunia Islam. Begitu besar perjuangannya bukan sekadar di medan perang tetapi juga seorang ilmuwan yang fasih bicaranya dan hampir ucapannya mengandungi hikmah. Alangkah bertuahnya beliau dapat hidup and berada di sisi Rasulullah ketika hayatnya. Selain itu antara ilmu yang baru diperolehi melalui buku ini ialah mengenai profil diri Saidina Ali. Beliau actually mempunyai 9 isteri, 15 anak lelaki dan 17 anak perempuan. wow kan sebab selama ini Aku cuma tahu yang beliau cuma ada isteri bernama Siti Fatimah je. teehee. Apa yang menarik lagi, beliau mempunya seorang ibu bernama Fatimah, isteri juga bernama Fatimah dan anak yang bernama Fatimah. besar sungguh nama Fatimah itu kan dalam sejarah Islam. dan Nabi Muhammad juga pernah berkata, di kalangan penghuni syurga terdapat empat wanita yang paling mulia iaitu Khadijah, Fatimah, Asia dan Mariam. Ilmu baru untuk aku malam ni.

Okaylah ada lebih kurang 80 halaman lagi untuk dihabiskan. Selamat malam dan bersama-samalah kita untuk menghabiskan cuti yang panjang ini dengan bahan bacaan yang bermanfaat. terima kasih dan sekadar berkongsi.


Wednesday, May 11, 2011

Kinda Spooky

Salam.

Just wanna make a simple and short story about a girl next door....
thats kinda spooky. teringat perbualan  eh jangngan my sista petang tadi around 6 lebih.

atin : kak, jiran sebelah kita ni ada anak kecil kan. 
yang selalu bising and nangis tu kan?
aku : aah kenapa??
atin : kak, tadi tahu tak atin nampak dia bercakap sorang-sorang 
masa atin tengah angkat baju kat depan.
aku : huh? yeke? dia cakap apa?
atin : mula-mula, atin ingat dia  main anak patung ke apa, tibe-tibe atin
 dengar dia cakap macam ni 'eh, janganlah main kat situ, nanti ada keretalah
 (sambil buat gaya menarik seseorg)'
aku : yeje atin ni. (padahal cuak). habislah dia dah nampak atin
atin : huh? ishh tak tak tak mana ada :(

aish adik aku sorang ni. buat aku cuak je. dah lah tiap2 hari aku duduk rumah sorang-sorang sampai tgahari and tdo lambat. pokoknya aku rasa maybe disebabkan kawasan sebelah perumahan kami ni tengah under construction sebab tgah buat jalan and bangunan2 untuk uthm, sbb tu lah macam2 ada. hehe. apa2 pun kita memang kena percaya dengan benda2 macam ni sebab mereka juga makhluk Allah and sentiasalah kita berdoa supaya tidak diganggu mereka. btw, rupa2 nya ayah aku pun cakap yg dia memang suka cakap sorang2 sbb ayah aku pun da selalu perasan.

semasa aku menulis ni pun aku rasa seram2 cekodok je. asyik2 toleh2 belakang. hehe
*cuba korang toleh belakang, ada apa-apa tak?*

Saturday, May 7, 2011

Batasan Akal Manusia Seperti Aku


Semakin banyak aku mempersoalkan tentang kehidupan, 
aku semakin takut mengenai imanku.
adakah hanya senipis kulit bawang?
sehinggakan mereka menyuruhku utk berhenti berbicara mengenainya,
andai ianya ditakuti akan mencalarkan akidahku.

Sungguh aku tak tahu mengapa,
mungkin sifat manusia yang suka mencabar ketentuan sesuatu perkara,
salahkah aku untuk bertanya begitu dan begini
memang salahku kerana setiap makhluk mempunyai batasnya sendiri,
dan dari itu, aku akur bahawa ilmuku masih belum lagi tajam untuk berbidas,
jadi kembalilah dan bertaubatlah sebelum ajal menjemput
dan selagi Tuhan masih lagi memberikan aku peluang.

Sehingga dari itu aku akan berusaha mengimbangi hal duniawi dan akhirat di pundakku,
kerana aku tahu, kalau bukan aku, tiada siapa yang akan membantuku.
sesungguhnya cubalah utk bersyukur dlm kehidupanmu kerana dunia ini hanyalah pinjaman dariNya

Thursday, March 10, 2011

Message Dari Ummul Mukminin

Salam.

Today wasn't a great day. 
What a gloomy day for me after having my final exam paper for intro to law II.
I wish that may God bless me.
and I'm waiting for that miracle.
Allah is The Mighty one.
God, please save my life, You're my Saviour.

Yeah, that's what human always do.Me too. Seeking for the True One after regretting for something that is important for them. but why must now? Do we realize on it?

However, that's not the main point.

The main point is yesterday i received a dakwah-thingy message after for a long time. Yes for the long time i didn't get any of them. and i feel like waahhh terharu and that's make me feel something that i had never feel it for the long time. its nothing but i can feel something. wooahh see i couldn't express my feelings through words.


message itu berbunyi begini :
 [Saidatina Aisyah r.a pernah berpesan, " sebaik baik wanita adalah yang tak memandang dan dipandang. jangan kau merasa bangga, kecantikanmu dikejar jutaan lelaki, itu bukan kemulian bagimu, tapi adalah satu penghinaan, jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pasir dipantai,yg boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja, dimana seorg pengemis pun mampu memilikinya, tp jika kamu menganggapnya sbgai satu musibah pada dirimu, kau telah menyamakan dirimu setanding mutiara zabarjad,yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga"]


okay. see kalau girls girls yg rasa dy super duper hot baca bende ni, agak agak apa yg diorg rasa eh? ok fine if i'm one of them, yes i do feel sentap gila kot. luckily, this is me.just an ordinary me. praise be to God. See, ada hikamahnya kan kita dilahirkan tidak sesempurna orang lain dari segi rupa. that's why Allah itu Maha Adil.So, for all my lovely sister,as Ummul Mukminin kita sendiri pun dah berpesan begitu, why should we/u feel like on the top of the world when someone said something that kan make u kembang kempis dada? Girls, u paham kan what do i mean? kalau tak shoot urself.

So, just bare in your mind that we/u shouldnt act like that or we may try not to act like that. Honestly, yes i do feel jealous with those preety and cutest girl in this world. but when i think about it deeply, external beauty will never long lasting. kerana ianya bukan hak mutlak kita dan sampai satu masa nikmat itu pasti akan ditarik balik. Eventhough i always feel self esteem terhadap diri sendiri, but i hope that day by day i can handle with it and for those preety girls and cutest girls, i hope that u guys tak kecil hati with me. i love u guys okay and i adore with ur preety and cute cute face, so jangan sia siakan kelebihan yang anda ada dan janganlah terlalu mengagungkannya kerana semua ini adalah pinjaman dari Dia sahaja. 

Lastly, i thanked to my precious friend in the world, Hanan Hafiza for that message and hope that our friendship may be blessed by Him. salam ukhuwah, hanan.

but one thing, for the word "yang tak memandang", its quite fishy and i cant think much on it. 

Nota maut :
1. kenapa masa begitu cemburu dengan manusia? memang tak paham betul lah.
2. dua minggu yang sangat busy disebabkan final exam. wish me luck.
3. kata kata ibarat pedang yang tajamnya menusuk lawan.