Showing posts with label sayaialahnurul. Show all posts
Showing posts with label sayaialahnurul. Show all posts

Wednesday, July 6, 2011

Now, I Realized


  • It`s funny how hello always ends with a goodbye,
  • it`s funny how good memories can start to make you cry.
  • It`s funny how forever never really seems to last,
  • it`s funny how much you`d lose if you forgot about your past.
  • It`s funny how friends can just leave you when you`re down,
  • it`s funny how when you need someone they`re never around.
  • It`s funny how people change and think they`re so much better,
  • it`s funny how many lies can be packed in one "love letter".
  • It`s funny how people forgive even though they can't forget,
  • it`s funny how one night can contain so much regret.
  • It`s funny how ironic life turns out to be

but the funniest part of all, none of that's funny to me. 
~Anonymous~

Saturday, May 7, 2011

Batasan Akal Manusia Seperti Aku


Semakin banyak aku mempersoalkan tentang kehidupan, 
aku semakin takut mengenai imanku.
adakah hanya senipis kulit bawang?
sehinggakan mereka menyuruhku utk berhenti berbicara mengenainya,
andai ianya ditakuti akan mencalarkan akidahku.

Sungguh aku tak tahu mengapa,
mungkin sifat manusia yang suka mencabar ketentuan sesuatu perkara,
salahkah aku untuk bertanya begitu dan begini
memang salahku kerana setiap makhluk mempunyai batasnya sendiri,
dan dari itu, aku akur bahawa ilmuku masih belum lagi tajam untuk berbidas,
jadi kembalilah dan bertaubatlah sebelum ajal menjemput
dan selagi Tuhan masih lagi memberikan aku peluang.

Sehingga dari itu aku akan berusaha mengimbangi hal duniawi dan akhirat di pundakku,
kerana aku tahu, kalau bukan aku, tiada siapa yang akan membantuku.
sesungguhnya cubalah utk bersyukur dlm kehidupanmu kerana dunia ini hanyalah pinjaman dariNya

Wednesday, February 9, 2011

Aku Secomel Hello Kitty Ke?

Have you ever dreams something that looks weird to have?

Senyum. I have one. Maybe bagi mereka yang tak kenal aku akan kata aku ni berfikiran matang dan berperangai serious dan whatever. but deep in my heart, i admire one thing like crazy.

So handsome girls and gediks boys, guess what? 

Okay fine. dah give up kan. jawapanya adalah... jeng jeng jeng... aku suka Hello Kitty dowh. bunyi macam pelik an aku suka bende alah tu. Aku tahu mesti korang pelik kan yelah badan besar, muka matured tapi hati ala ala cute seakan akan hello kitty pulak deh. haha.

Sampai sekarang ni aku masih mengumpul collections hello kitty tapi amatlah tak bernasib baik bagi aku sebab selalu this kind of stuff selalunya mahal mahal. Ntahla sebab apa aku pun tarak tahu maybe sebab dia spesies terancam kat dunia ni kot. so ape yang aku miliki sekarang ni hanyalah seekor patuh hello kitty yang bersaiz medium yang dibeli oleh ayah kepada ibu actually tapi aku pula yang take over. then aku suka kumpul sticker hello kitty, and themes bagi handphone aku pun all about hello kitty.gross. haha and and yang terbaru ni my kawan, cik qiela telah menghadiahi aku sebiji hello kitty figurines berwarna biru putih. haha itu pun dia bg setelah aku buat muka simpati. kalau tak jangan harap dowh.
mine is the blue one tu
credit tu miss qiela @ lola
and yess untill now, i'm still looking for any cute stuff or collections of hello kitty. 

ada one day tu aku jalan jalan kat sogo and then aku pergilah tempat cadar cadar kan sebab aku memang suka survey cadar and comforter. then then aku nampak la satu corner untuk hello kitty sahaj. wow comel dowh tapi mahal gila untuk aku lah. kalau beli pun aku cuma mapu beli sarung bantal dia je. hurm what a loser ! sedih dowh tapi aku dah berazam nak kumpul duit and beli juga set cadar and bantal or even curtain hello kitty. sedih an. bende macam tu pun tak mampu nak beli. huhu
yang ni one of yang cute kan tapi i hate pink yang terlampau 
yang ini pun comel and nampak soft sikit

Why aku suka HK? sebab dia kiut nak mam*** and and tak tahulah sbb apa tapi yang penting  perasaan ini memang hadir dengan sendirinya. so tak yah lah korang nak geli geli ngan aku. haha

okay thats all for today. 

Monday, January 10, 2011

Hectic Life

Dear Diary,
I'm so sorry.
The days makes me avoiding u.

I'm so sorry,
I couldn't make it,
I'm quite busy n having problem with broadband coverage.

Soon I'll meet you again.
In the same place and time ;)

i really need a rest.
hope can be there again with them

Thursday, December 30, 2010

Cerita Hati ; Kau Tidak Tahu Bukan?

Hujan di hatiku. Aku tersenyum sendirian dan tiada siapa yg tahu rahsia hatiku.

Kau tak tahu yg aku pernah begini dahulu. Kekeliruan emosiku membuatkan aku ingin meluahkan segalanya di sini. Sepertimana kau tahu, aku tak pandai meluahkan segalanya dari bibir. dan kau juga tahu yang aku ini seorang yang perahsia. Tapi hari ini aku biarkan jejariku menaip keyboard ini. Seketika tadi kulihat kau hidup di muka buku tapi kau tidak pernah menegurku kan. Jadi aku mengikuti perkembangan kau dengan membuka dinding dan album album kau. Kau tak tahu bukan? Baguslah sebab biar aku sahaja yang menanggung rasa ini.

Hati ini sentiasa menyayangi persahabatan ini
Hey Mr Arrogant, kau tak tahu aku selalu menunggu kau. Katakan hai saja sudah cukup tapi kata kata itu hanya datang dari imaginasiku. Aku tak tahu apa rasanya ini tapi aku rasa ianya hanya permainan rasa sahaja. Serius aku rasakan ini adalah fake tapi cuma rasa ini datang kembali setelah bertahun dahulu.Mungkin aku rindu pada kau tapi aku jelaskan aku rindu dengan persahabatan kita. Kau tak tahu bukan yang aku ini menitik beratkan nilai persahabatan walau sekecil zarah.

 Akan tetapi ada satu jarak yang memisahkan kita iaitu kita ajnabi. Memang salah rasa ini. Kau juga tak tahu  bukan sudah banyak kali aku menanggung dosa ini sebab aku tahu agama membataskan kita. Tapi kau tahukah yang aku mengerti akan ini sebab memang aku bercita cita menjadi muslimah sejati tapi kau tahu tak yang aku tidak kuat lagi mahu melawan sekeping nafsu ini. Aku akur aku mudah tergoda dengan keindahan dunia. Kau tahu tak begitu hebat cabaran seorg muslimah kerana sudah ditentukan bagi kami sembilan nafsu dan satu akal? Kau tahu tak yang aku kesal bersikap begini, kau tahu tak yang aku kesal akan kekurangan ini? Malangnya kau tidak tahu kan. tak apa bukan salah kau.

Aku selalu takut merinduimu berlebihan merindui Nya


"Jadilah seorang wanita sebagaimana kodratnya, sebagaimana dia bisa menjaga akhlak dan kesopanannya, serta menjaga kemaluannya. Rindu adalah bagian dari jiwa, sebagai ungkapan hati dan merupaka hal yang alamiah yang pasti kan dirasakan oleh setiap makhluk. Jangan pernah cemas, karena kau tak pernah menyimpannya sendiri, Allah SWT Sang Maha Mengetahui sedang bersamamu, menemani dalam rindumu. Aku percaya tentang ikatan batin, saat kau merindukan sesorang yang memang pantas untuk kau rindukan nun jauh disana, percayalah... dia pun sedang merindumu saat itu. Meski dengan jarak yang sangat jauh atau bahkan belum pernah saling mengenal satu sama lain."

Pelikkan aku luahkan sebegini. Mesti rasa geli, tak apa aku mengerti. Tapi ketahuilah ini adalah sebahagian rasa hatiku. Kalau rasa geli tolong simpan dalam hati ya. Senyum ;))

Tak salahkan kalau nak tulis begini? tak salahkan rasa begini? dah memang hati rasa begini cuma aku yang tidak kuat. Jadi tolonglah hati ini .


p/s Semenjak dua ni entri macam jiwang jiwang bagai je. penangan cerita mama kot. Ouch

Tuesday, December 28, 2010

Kenapa Aku Tak Boleh Kahwin Sekarang?

okay. hari ini tak berapa ada mood. sebab pening kepala satu hal, nak kene fikir assgnment pun satu hal . fikir je tapi buat tak lagi.haha. Tadi baru lepas bertekak sekejap dengan adik cuma sebab perkara kecil. tak nak buka langsir bilik. tu lah masalah kalau duduk bilik berkongsi. apa nak buat, terima jelah. dah memang aku tak sukakan cahaya except lampu kalimantang dengan lampu tidur nak wat camna. al maklumlah keturunan Edward Cullen versi melayu la katakan. tapi memang serious i tak suka langsir dibuka kecuali takada dalam bilik.

tarik nafas dan hembus. wek bau kuey teow goreng.okay fine tadi branch dah makan kuey teow grg dua pinggan. al maklumlah fevret aku.fevret gila la senang cerita even tahu kuey teow byk kolestrol +.+

dah enam hari berada di rumah, berat pun makin naik. akur dengan 'kelebihan' diri yang selalu cepat naik berat tapi susah nak turun berat. merungut dan terus merungut dengan berat badan sekarang. kelmarin ibu suruh pergi rumah mama, pergi ukur semula badan untuk ambil ukuran baru memandangkan kain dah ngam ngam je.hehe. after ukur semula baru ku tahu ukuran badanku semakin bertambah setiap inchi dari semua aspek. okay dah lama tahu pun tapi buat buat tak perasan. kene gelakkan, tapi tak kesah dah biasa la katakan ;((

tiba tiba mama buka cerita pasal kawan aku and hafis (anak mama sebaya dgn aku) time sekolah rendah dulu dah nak kahwin dah next year. wah terperanjat gila aku.pergh dulu muka innocent je kira macam tak percaya lah dah nak jadi bini orang. serious ni tak percaya, tapi ibu kata dah jodoh dia nak kawin dah kan. terimalah.okay fine, aku tak jealous pun dia nak kahwin tapi cuma aku tengah fikir ni, kenapa mesti umur takat ni dah nak kahwin ek? tak fikir future nanti macam mana ke? dah ready fizikal mental zahir batin ke?

dah jodoh, tak baik nak d persoalkan kan.cuma aku confius lah bab bab ni. ehem sya ni budak hingusan lg la.

aku : ibu, adakah kalau dia dah nak kahwin tu maksudnya memang dah takdir Allah ke tentukan dia nak kahwin awal dlm usia mcm ni?
ibu : taklah, takdir boleh diubah. dah dia yang memilih untuk berkahwin awal sebab dia rase dah tiba masa untuk dia berkahwin sekarang.
aku : oh (still blur sebenarnya) mungkin dah sampai seru dia nak berkahwin kot.
 erm mama, nanti cakap ngan dia, nak kahwin jgn lupa jemput kita tau.dah la tunang haritu tak jemput pun.
mama : (hanya tersenyum, gelak kecil) yelah, kau tahu, apis dengar pun dia asyk tergelak je.

aku tersenyum, Untunglah ade orang suka, dah nak kahwin dah.aku pula asyik asyik suka orang tapi orang tak suka kat aku. puiihh tak ada jodoh lagi lah nurul oi nak menggatal pulak ae. erm lagi satu baru je ibu beritahu masa dalam kereta tadi yg dua pupu aku yg sama baya dengan aku pun amek keputusan keluar matrix dan bagitahu emak dia, dia nak kahwin. ape pasal semua org ni asyik fikir nak kahwin dulu je? tapi ibu cakap tak apalah daripada dia buat benda bukan bukan kan. and u know what ape mak dua pupu aku tu cakap ? "alah kak ngah (ibu aku) tu pun dah kahwin still boleh blajar lagi ". terserah la mahu bilang apa, yang penting aku sendiri tahu macam mana keadaan ibu yg masih sambung belajar even kahwin awal (21 tahun) and bagi aku prinsip aku adalah pelajaran is number one. jgn syok nak bercinta tp pelajaran terabai.
hurm sejuk mata memandang : calon suami pilihan hati
kalau dia muslim mesti dah lama aku suruh org kampung pinangkan ;)
 10 sebab kenapa aku tak boleh berkahwin lagi dalam usia ni?

  1. Aku tak habis belajar lagi (akan terus belajar hingga ke akhir hayat)
  2. Aku takde duit lagi nak buat majlis kahwin (even duit topup pun masih ibu ayah yg bayarkan)
  3. Aku tak tahu nak kahwin ngan sape sebab org yg aku admire dah nak kahwin tahun depan T_T
  4. Aku belum lagi bekerja dan tak ade duit lagi nak bagi kat parents ;(
  5. Aku tak pandai nak msak, so macam mana nak kasi laki aku makan?
  6. Aku ni pemalas dan tak suka dikongkong (nanti sapa nak kemaskan umah aku)
  7. Aku tak cukup baik lagi nak jadi isteri yg baik *_*
  8. Abang aku pun tak kahwin lagi daaa
  9. Aku belum pergi mengerjakan umrah lagi (memang teringin nak g sana)
  10. Aku takut nak ehem ehem (malu lah nak cakap) ;D

nota tambahan : saya sayang my ibu and ayah sangat sangat and taknak jauh dari mereka ;))

  p/s teringat zaman sekolah dulu time aku gila bayang kat seorg senior.huhu 

nama dan muka dirahsiakan ;)
yg penting mamat nilah  first time buat aku jadi sengal , gila n etc masa  form three dulu
tak pelah, takda jodoh antara kita kah kah kah ;D


Thursday, December 23, 2010

Secrets of 2nd November Girls

take a deep breath sambil kesat kesat hingus. huhu
penat. baru lepas membasuh baju sebakul selama satu jam lebih. lama kan. bukan sebab baju kotor banyak tapi sebab memang aku suka main main air dan sabun. berlagak macam baby main air. kah kah. sampaikan tangan aku pun dah jadi kesat dan kasar. nasiblah mak mentua dapat menantu tak sempurna macam aku. okkay kepada bakal mother in law, tangan saya kasar sebab saya terlampau rajin buat kerja. kalau tak percaya tanya dengan ibu saya. haha tapi takpe my mother in law sebab nanti saya akan sapu losyen baby hari hari sebelum tidur supaya tangan saya jadi lembut semula. hehe. okay nurul, cukuplah intro kau ni !

so apa yang aku nak cerita hari ni pasal perbualan aku bersama dengan kembar aku ; merujuk kepada kawan baik aku kat uitm yang sama tarikh birthday ngan aku. perbualan ni ketika kami berdua baru pulang dari kelas menuju ke kolej semalam bersama sama lagi tiga orang kawan aku .


first conversation :)

kembar : Nurul, kita nak tanya satu benda ni. tapi cakap jujur ae. (suara sayu)
aku : ermm okay tanyalah. (jantung berdegup degup)
kembar : kenapa ek sometimes bila seseorang tu bertanya dengan kawan kawannya,
 tapi tak ada orang yang akan jawab (maksudnya macam buat tak layan la)
aku : oh (macam paham je situasi ni tapi buat buat tak paham). bagi pendapat kita kalau kali pertama dia tak jawab, mksudnya dia tak dengar, kali kedua pun dia tak dengar tapi kalau kali ketiga tu maksudnya maybe dia malas nak layan or malas nak ambil tahu pasal soalan tu. erm tu pada pendapat kita lah.
kembar : ouh yeke?  tapi kalau masa tu memang takda orang tengah bercakap then dia cakap tapi tak ada feedback macam mana?
aku : ermm (susahnye nak jawab) ..........

****
 ( tiba tiba kembar knocks on my door and asks me to join playing pictionary )

okay fine. baru saja lepas balik bilik kembar sebab main pictionary for about two and a half hours and my team won the game! fuyooo. teror kan. okay nurul, berbalik kepada topik asal.

second conversation with my twin again ;)

kembar : erm Nurul tahu tak my weakness?
aku : tahu kot sikit sikit
kembar : Nurul tahu yang mana? erm Nurul tahu tak cerita kita masa time sekolah dulu?
aku : tahu. kelemahan kamu, kamu tak melawan/tak defensive and ikut je
kembar : okay and Nurul dah tau weakness kita Nurul buat apa or fikir apa?
aku : try untuk tidak buatkan kamu lebih down dengan kelemahan kamu.
kembar : erm agak agak nanti Nurul akan use kita punya weakness tak and feel macam tak nak kawan dengan kita tak?
aku : eh of course la tak (stressly) ! kita kan kawan. Tak mungkin lah sebab kita ni jenis orang yang pentingkan friendship tau! (convincing statement)
kembar : (senyum) bagus bagus!
aku : (macam manalah dia boleh fikir jauh sangat macam ni?)

Senyum sampai telinga. see i ni kawan yang baik kan. haha okay tak, tapi i'am trying to be a good friend. mungkin bagi seseorang ianya perkara yg mudah tapi aku paham bg diri my twin sebab dia pernah menjadi mangsa dalam persahabatan ketiza zaman sekolah dulu and i think dia pun taknak pisang berbuah dua kali. that is why she always feels guilty dengan semua benda yang even dia tak buat pun tapi sebab dia tak nak hilang kawan, she always says sorry. 

dear twin, kita faham how do u feel. sometimes everybody think that you are so sensetive but actually you are not tapi the way you act tu menunjukkan yang kamu tu seorang yang sensitif. but down worry as long as we are still standing for this relationship, i'll try my best to be by your side. always and always. remember that you are my friend dear. and one more, maybe sebab we born in the same day and year, i can understand how you feel it because     We are twins ;)

bestfriends in uitm.
so please find out which is my twin?

One more, i know two biggest secrets of 02 november 1992 person which are suka memendam perasaan and pentingkan persahabatan in any aspects. and yes we have both personalities. OOohh my friends, please take note!

p/s : kami ada banyak persamaan selain dari lahir pada dua nov 1992 iaitu we hate taugeh, suka kuey teow, love purple colour and benjo too, instinct sama, tak berapa suka mi goreng and etc (lupa nak listkan) ... love u ;)

Saturday, December 18, 2010

Hari Jejak Kasih Bersama Aliens dari Palam

Senyum.
Hari yang sangat manis. hari ni ada tetamu dari palam ; puncak alam. My besties since in sakti. Si Amoi bersama sama Chin Peng dan Katak yang Comel.Dah lama tak jumpa dengan diorang disebabkan masa yang terlalu mencemburui hidupku sebagai seorang pelajar.Tuhan macam tahu tahu je aku rindukan korang.

Chin Peng : Hello
Aku : Yo Assalamualaikum. Ada pe tiba tiba cari aku?
Chin Peng : (gelak) Eh kau kat mana ni?
Aku : Baru keluar bilik studi, tadi ade discussion ngan membe.
Chin Peng : Eh, Nurul kita orang nak g kfc seksyen 2 ni. jom la join.
Aku : Ha? la asal tak bgtau awal2 aku bru je plan nak g makan after zuhor nanti.
Chin Peng : Ala datang la. budak budak ni pun ada sekali.
Aku : Alamak tak cakap awal2 aku baru je basuh semua baju. Sapa je yg ade?
Chin Peng : Leeya ngan Gadot
Aku : Oh yeke? ok2 tak janji tapi nanti aku bagitau.

Gembira. Lama tak jumpa diorang, dah ada peluang takkan taknak pergi pula kan. Aku ngan membe2 sini pun pergilah ke seksyen 2 untuk jumpa ngan diorang. Malu. Gadot cakap aku makin bulat .Malu dengan kebenaran yang dinyatakan. Tujuh kilo kot naik. Semua agak terkejut dengan perubahanku yg comel ini. Gelak, okkay tak kelakar. Kat KFC, nad ajar main teka kuda. Ntah haram satu apa aku tak paham. Asyik salah je teka berapa ekor kuda.haha.

my guests ;  amoi, chinpeng, katak comel

ibu katak dan anaknya yg telah dibunuh dan diawet menjadi pasu


Lepas makan, aku bawa diorang ke Plaza Alam Sentral. Lepas tension berkaraoke, hamek kau lapan lagu kami tibai. Nyanyi main aci redah je. Sampai sakit tekak dibuatnya. Korang memang lah saja kasi aku jadi cam ni kan.After that jalan jalan keliling PAS plus cari sourvenier untuk elort punya birthday. Jalan sana jalan sini tanpa matlamat yang pasti. Around six lebih barulah kami berpisah membawa tujuan masing masing. Yang penting hari ni lebih manis dari hari semalam.Sebelum berpisah, leeya gives me a lovely birthday gift. wah terharu sebab even dah lama tapi still dapat hadiah. thanx leeya ;)

Then when i was in the bus i realised that i back to uitm without say anything and no huggs and kiss. Then i got a call from Nad. I just wanna say sorry sweety sebab kita berpisah without say a goodbye.
a lovely gift from leeya ; suka sangat

p/s I love U guys..I miss the moment when i prank Gadot twice..(senyum)



Friday, December 17, 2010

The Stinky Day 2

td petang pergi beriadah lagi. rasa seronok sangat, rasa macam jadi seekor burung yang boleh terbang di angkasaraya.[ketawa sebab kuat imaginasi]. kali ini pergi bersama sama anis, mimi, tini dan piah.mula mula nak main skuasy tapi sebab penuh, kami pilih untuk bermain tenis.[senyum bangga].sekali lagi selama lapan belas tahun tak pernah pun main tenis.tak kesah lah better late than never.main aci redah je.lawan anis.masa mula mula memang main tak macam tenis macam badminton adalah.[geli hati].penat pungut bola sahaja.kalau roger federer  tengok mesti menangis air mata darah.tu pun kalau dia nak tengok lah.

lepas dah lama main dalam setengah jam tu barulah boleh control bola.[senyum] tiba tiba valentino dengan member dia datang.kami main sama sama, aku pair ngan valentino and anis pair ngan membe dia[kenapalah lupa nak tanya].rasa seronok sebab main asyik gelak gelak je ngan valentino.ada ada je lawak kesengalan dia. dah boleh main dengan lebih baik.haha.even hujan pun main redah je sampai lah satu badan basah kuyup.seksi.tapi valentino yg pula yang perasan seksi.[ketawa].

selalu orang cakap jangan main kat luar kalau hujan nanti demam tapi hati cakap kalau kita yang minta nak demam akan demamlah.jadi tak kesah lah hujan ke tak hati niat nak besukan dan fikir semoga tak demam.empat puluh lima minit main tanpa henti.rasa macam dah jadi maria sharapova versi jawa pulak.then sambung main basketball sampai kul tujuh sebab basketball ialah kegemaran saya even main aci redah sahaja.

itu cerita yang best yang tak bestnya pula time singgah koop after main tadi kami jamulah aiskrim.aku pilih tropicana.fevret tu.tapi makan tak ingat dunia sampai lah tersungkur dari tangga depan koop.[sakit] kaki terseliuh sikit dan siku ade lebam.ustaz hafizullah kata sometimes kalau kita ditimpa kecelakaan kita lupa kat Allah.maybe betol kot sebab that time cuma fikir kelazatan aiskrim je[nasib badan lah kan] hari ni turn aku. akhirnya kami pun sambung makan aiskrim kat lantai and tangga depan koop.pura pura picnic lah kat situ.[ketawa dalam hati]memang masin lah mulut budak budak ni sebab dalam group aku semua dah terjatuh tergolek and now was my turn.tinggal piah sorang je yang belum. apakah tanda ini? tak mungkin satu sumpahan sebab apa yang pasti mungkin kami alpa dan lalai [kening double-jerk]

dalam hati doa semoga piah sentiasa berhati hati.Senyum.

p/s makan malam bantai roti canai dua keping.penat plus lapar.

Saturday, December 11, 2010

The Stinky Day

hujung minggu kali ni terasa sgt bagus kerana diri ini bisa gunakan dengan berfaedah berbanding sebelum2 ni dimana aku akan memilih untuk tidur sepanjang hari.yelah sebab bayar hutang setiap hari kene bangun awal.  hari ni aku ngan teman teman bisa enjoy hidup di kampus dgn xtvt riadah.bagi boys mngkin common tapi bg girls aku rase eksited tahap cipan.yelah dapat release tension dari hectic life aku.

petang tadi dapat hasilkan tasek tonle sap dgn keringat keringat yg menjalar di setiap lapisan kulitku yg mulus.okkay tipu je.mula mula kami main volley tapi disebabkan kebengangan aku terhadap para mpp yg turun padang utk join kitorg main, aku pon blah jeh buat muka dunno sbb aku tahulah korang terror gila main.okkay fine aku bukan terror sgt pon main tampar2 bende tuh.ngatkan menumpang je aleh aleh buat bola sendiri pula.okkay tak kesah lah maybe life jadi mpp bz sgt smpai tak sempat nak riadah.dah la pggl aku pinky.so yekks. then dah malas nak join main volley aku pun angkut bola basket g main sensorang meninggalkan shyamira, chae, dan huda kat court volley.haha rasain toin. naseb korang lah.dari aku maen volley baik aku redah main basket kataku dalam hati. so at last spent 2 jam ptg td trun riadah berbaloi gila sebab habis busuk badan aku ngan peluh peluh ni.haha mesti geli kan kalau dengar.berbeda plak dgn teman 2 ku yg lagi 3 tu, mereka takdelah berpeluh tahap cipan mcm aku.worthy juga aku keluar dr kandang volley td. 

disebabkan kejelesan dyorg dgn peluh peluh aku tu, dyorg pun ajaklah turun lagi main malam plak.so after mghrb dlm kul 8 kitorg pun turun kompleks sukan lg.aci redah je kami masuk sana. hermm ape ag, dah takde org nk main malam kami pun mainlah skuasy. first time lah dpat main dlm court tu sbb sblum ni asyk ade boys je.ceh padahal sblum ni taknak main skuasy sbb bengang tak pandai main nanti kene gelak ngn org.tapi malam td, who cares kata aku. bukan ade nicol anne davd or abg lan (merujuk kepada azlan iskandar) pun yg nak evaluate kitorg.setakat abg2 n pakcik2 je yg tgk. bengang tak bengang buat dunno sudah.mula mula tu kekok gak ar sbb dah la bola tu kecil je nak dibandingkan ngan bola golf so kalau tak dapat nak balas pukulan terpaksalah terbongkok-bongkok amik bola kat lantai. sakit pinggang aku dibuatnya tapi dah lama lama tu barulah dapat skill nak main dgn lebih baik.cehh dgn nada bangga ni.then tepat 10.30 malam kami pun pulang kat mawar sbb kompleks tu tutup kul 11. so thanx kat membe2 yg sudi beriadah bersama aku sbb hari ni, even penat terasa puas sbb dapat hempuk dinding skuasy tu seiring dgn emosiku yg haru biru.at last dapatlah hilangkan stress dan semua bnda2 negatif yg ade dalam otak aku ni.so two in one lah aku dapat, jantung baik dan dapat mempositivekan semula diri aku ;)))

aku : abg lan, bila abg nak ajar saya main skuasy?
abg lan : awak kene kahwin ngan abg lan dulu baru abg ajar!
*auuwww jangan harap lah cik kak oi*
kak nicol : i'm ur kipas susah mati since i'm in standard five!
nicole : oh yeah? thanx.terharu nye akk ;)
p/s esok kene bangun awal, nak bertolak ke firm auntie's piah. so gudnite ;)

Tuesday, November 2, 2010

hikmah dua november

CHAPTER ONE:
syukur ke hadrat illahi di atas nikmat yg diberikan sejak
ditiupkan ruh kedalam jasadku sehinggalah pda tanggal 02 november ini.
maka dlm erti kte lain genaplah 18 thun usia aku mengikut tahun masihi.
sesungguhnya nikmat hidup ni mmbuatkan aku alpa dgn tgs sbnar aku dciptakan sbg
khalifah d muka bumi ini.keasyikan duniawi dahulu buat aku lupa yg hidupku
ini buknlah milikku ttapi hnya pinjaman dari Allah s.w.t.
Syukur sekali lagi kepadaMu ya Allah, kerana Kau, aku dpt hdup d dunia ini,
 utk menerbitkn pelbagai kenangan dan peluang merasai khidpan sbg seorg manusia.
 terima kasih kerana beri aku pluang menjadi anak kpd ibu&ayahku,
mnjadi kakak dan adik kpd adik-beradikku dan mnjadi shabat yg setia kpd kawan2ku.
serta terima ksh tdk terhingga kepdaMu kerana memberikan aku pluang utk
lahir sbg seorg Muslimah dan InsyaAllah shingga d akhirat kelak.
sesungguhnya ya Allah jika Kau izinkan, pnjgkanlah umurku mudh mudhan aku dpt berbakti kpd agamaku dan menghambakan dri kpda Mu dgn ikhlas :)
-sesungguhnya Ya Allah izinkanlah aku mencintaimu segenap hatiku-

CHAPTER TWO:
segala-galanya sudah ditentukan dgn baik oleh Allah s.w.t. tanggal dua nov ini juga merupakan tarikh keluarnya result final sem satu bg seorg pelajar asasi undang-undang kptm di uitm shah alam seperti aku. tidak lain dan tdk bukan, kejayaan cmerlang sntiasa menghantuiku.akhirnya sdah ditentukan oleh Allah bhawa insan sepertiku diuji dengan keputusan yg kudapat. namun sbgai hamba kpd penciptaNya,hendklah tabah dan redha dgn ujian yg diberikn. mungkin inilh yg terbaik utkku.Dia mahu aku terus berusaha dan tidak lalai menjalankan tggungjawab sbgai seorg pelajar. syukur ke hadratMu ya Allah kerana memberikan aku peluang utk terus berusaha dgn lbh gigih. kpda sahabat2 ku : qiela,anis,mimi,piah,syamira,mun,gadot,nad,elort,leeya,nimy,alyn dan rmai lg..tahniah drpadaku.Aku doakan semoga kejayaan cemerlang terus memburu anda!
and syukur juga kepadaMu kerana mengurniakan 3.56 pointer kpadaku :)
-semoga aku lebih berusaha utk memajukan diri di hari2 mndatang-

p/s: happy birthday to qiela and maklang atie juga

Friday, October 22, 2010

Si Couch Potato

yeah, i admit i'm a person who lives sedentary lifestyle :)
Sedentary activities include sitting, reading, watching tv and lappy use for much of the day with little or no vigorous physical exercise : (

HURMM but its the only way i spent my time during this sem- break. They make my life more exciting.
those things are THEY:

1. tv programmes :
CSI - miami & new york ( sukaaa sangatt maa );
Rookie Blue ( this is my first time work, i beg u please put down the gun) ;
Wipeout  ( i love the big balls and king of the mount);
Top Chef & Hell's Kitchen (hoho i love chef ramsey nagging) ;
Forensic Heroes ( dr koo is so handsome) ;
The Partners ( wow suka gilaaa-Lee dong wook as a lawyer) ;
Safa & Marwah ( ilham loves his own sister, Safa -- >cute) ;
My Girlfriend is Gumiho ( mi ho is a musang sakti yg sgt comeel maa ) ;
Love Story in Harvard ( law student crush with medical student ) ;
Detective Conan ( i'm waiting bila conan nk jadi shinichi? ) ;
The Amazing Race Asia ( i'm so into the host! );

2. reading books/novel :

i'm not in a good mood yet to read many books but i did in some of them which are :
Cinta Kau & Aku ( suka Risya sebab dy tak cengeng ) ;
Hot Gimmick ( benciii! sad ending sbb killa amnesia ) ;
A Walk to Remember ( otw sbb da tgk movie dy yg best gak la ) ;
The Saddest Girl in The World ( Donna is a foster child ) ;

3. surfing internet :

Facebook ( chatting, stalking n sorority life is inside ) ;
Formspring ( i hate anons! ) ;
Blogger.com ( i have a lil diary n i'm following someone's blog ) ;
Youtube ( I'm searching for the best movie n vdeo clips ) ;
Online Games ( i love scrabble n words games ) ;
4shared ( i'm downloading for new songs ) ;
Google Translate ( i'm switching a dictionary with google ) ;

4. i hate to join poco-poco dance in my neighbourhood (sorry ibu) but if ayah take me to tasek y ( jogging), n then go to mak limah asam pedas, i like it ! I MISS to play badminton tapi xda gang la.

5. i'm a sleepy head ! ZZzzz :) anak dara x cukup ssuai buat bini.HAHA

HAHA but what make me diff wif other couch potatoes is i'm not soooo lazzyy because i've learned many things from the kitchen this holidays : i can make a pancakes ( lempeng ), i'm good in making dadih, i'm trying to make cheezy macaroni more ummphh, i can make nyummy garlic bread by myself n sparkles apple (makcik's recipe), n i cooked for my siblings when my parents are'nt at home. that's all i guess :)

last for this morning, dont be a couch potato. it dangerous taw because it can contribute to anxiety, cardiovascular disease, depression, diabetes, high blood pressure, obesity and many dangerous diseases.
warrgghhh tobat tak wat lagi next sem break ! HAHAHA







Tuesday, October 19, 2010

jerebu vs sweet 6xth teens!

yo! sekarang ni batu pahat di landa jerebu yg agak teruk :(
selepas aiz, ibu pula yg sakit mata, lepas ibu, selang dua hari ayah pula;
huhu kesian bangat sama mereka!
so secara tak langsung aku yang alhamdulillah sihat ni;
diupah menjadi peneman or org yg bertanggungjawab mengendalikan jual beli barang
or apa apa sahaja kerja kerana virus penyakit mata ini amatlah berbahaya
bagi mereka utk berada di tempat2 awam;
ada baik dan ada tidaknya kerana ibu dan ayah diberi MC selama 3 hari
sekaligus menjadi peneman aku di rumah pada waktu cuti ini :D hehehe

ok then secondly, HAPPY BIRTHDAY ATIN!
hahaha; jamuan ringkas malam tadi
kek blueberi, sate, dadih buatan aku sendiri, dan jus melon milk
cukup ringkas tapi amat berharga ya..huhu
i juz wanna wish u:
1 may ALLAH bless u n ur life
2 may ur dreams come true!
3 n hope the best for u in everything u've done!

p/s semoga atin tidak lagi takut akan serangga kecil dan tak nanges2 sbb atin dah besar!

Saturday, October 16, 2010

saranghaeyo!

kalau tnya pada gadis2 seusia dgn aku, kompem kitorg adew persamaan iaitu
 KAMI SUKA GILA DRAMA KOREA!
yeah, aku pun same. (^.^)

n then guy akan cakap eleh girls suka korean drama bukan ape,
 juz sbb actors dye yg ala2 cute,gay n metroseksual kan!
hahaha aku admit! yes tp it just 40% je lah bagi aku.
SEBAB,
yg selebihnya 40% actress dy pun super dupa cute miut la,
n then depa ni kalau blakon, scenery kompen cun n best gila,
n lastly citer dye x stereotype cm cita2 melayu;
(family+friendship+love+sacrifice+determind)
ni semua elemen yg slalu ditonjolkan dlm citer2 korea.
yeah! korea - my dream country!

OK, berbalik kepada pelakon2 korea,
suka la tgk mata dyorg, even kecik n sepet pon tapi ntah cantikk kot!
terlampau rmai sgt kalau nk list kan tapi,
yg paling aku suka,ofkos la
LEE DA HAE,KIM TAE HEE, LEE DONG WOOK,KIM BOEM,LEE MIN HOO
n drama yg paling ngetop bagi aku,ofkos la
MY GIRL & BOYS OVER FLOWER
below adalah some of my fav actors n actress,,MUUUAAAHHH!

kim rae won & kim tae hee - love story in harvard 
 kim so eun - boys over flower
 koo hye sun - boys over flower
 song hye gyo - full house & auntunm in my heart
 lee da hae - my girl & hello my lady
 lee min hoo - boys over flower
 kim boem - boys over flower
 lee dong wook - the partner & my girl
 kim tae hee - love story in harvard

Friday, October 8, 2010

SHARED or PRIVATE?

nk private terus ke tak ek;
errmm xyah la;
there is nothing special here;
i'm not good in writing;
but i think i'm good in writing than speaking;
 unless nonsensense stuff which i like most;
so this blog help me to share anything i want with u guys!
yeah;sharing is caring what!
hahaha chill suda :)