Showing posts with label friendship. Show all posts
Showing posts with label friendship. Show all posts

Sunday, October 21, 2012

Saturday Rant

Hujung minggu yang kurang produktif. Mungkin disebabkan mood balik rumah dah hampir tiba. Sehingga kan nak balas kiriman sms pun tak ada nafsu. Nak buat assignments yg berlambak pun bagaikan tak bernyawa and even nak gerakan keypad laptop pun guna kaki. Dan akhirnya seharian aku terdampar di atas katil seperti seekor ikan paus. Sigh. Penghuni kubikel ketika ini hanya aku dan Hud. Dan kami seperti dua ekor ikan paus yg terdampar tinggal tunggu di lapah-lapah sahaja. Ngeh. oh ya, pagi td join 10,000 steps for health = 5.5km dalam Itm. So takda lah mcm ikan paus sangat kan.huhu



Aku : Hud actually apa benda yg awak nak sangat sempena your birthday?

Hud : Emmm entahla..bla bla bla....i want nothing kot. Just nak orang ingat and wish
Aku : .... (Lame lame. haha)..takkan tu je. Honest please... hehe
Hud : Entahla tak tahu.. mungkin nak dilayan mcm someone special. Mcm princess of the day ke. 
Aku : Hahahhaah ayat tak bole blah. Tanak tanya aku pulak ke?
Hud : Hehe tu la fikir juga nak tanya ke tak sebb birthday dah dekat kan...say it..
Aku : Aku tanak banyak pun. Aku just nak kedamaian.
Hud : @#$$%@*#!!
Aku : Hehe aku teringin sangat nak satu hari yg aku boleh dapatkan freedom aku sendiri. aku nak berada dekat tempat yg aman macam pantai atau di atas padang hijau yg berangin. Yang aku bole lihat semua orang dengan perasaan yg bebas. bla..blaa...bla....
Hud : @%@#$^&*#!! Hahahhahaha ayat lagi tak menahan...

Thank you Qilz.

And the rest is history....

So yeah Birthday dah nak tiba. Ada tak sesiapa yg boleh melaksanakan keinginan aku? 
Sekian, terima kasih.

# Sambil sumbat earphone dan lagu Butterfly from Krystal and Jessica berkumandang. Freedom. Sigh ;)


Tuesday, August 14, 2012

Kebetulan Lagi

Assalamualaikum

Jam menunjukkan hampir 12 minit malam. Sambil menunggu ayah di entrance bp mall, kulihat sebuah kenderaan proton wira i guess, meluncur laju di hadapanku. Tiba-tiba penumpang di belakangnya kulihat mengangkat tangan dan melambai, tak tahu kepada siapa ia ditujukan. Aku mula mengamati penumpang lelaki tersebut. Beberapa saat kemudian,

Eh, Shhaaakaaannngg! Aku menjerit. Ibu terkejut lalu menegurku, adus malu terjerit  di hadapan pengunjung yang berada di situ. Kemudian aku melihat shakang terus menurunkan tangannya serta-merta dan berpaling daripada melihatku. Kurang asam budak sorang ni! Kau malu la tu dapat kawan mcm aku duk terjerit-jerit tak tentu pasal. Dannngg kenapa la perangai aku ni tak berubah duk terjerit-jerit kalau jumpa kawan-kawan. Teruja! Hahaha yaaa sekali lagi, kebetulan itu berlaku lagi. 

Kalau dah namanya duk satu daerah, possibility nak terjumpa memang tinggi. Shakang, shakang, kenapalah banyak-banyak tempat mesti engkau yang aku jumpa, dan kenapa mesti di bp mall, dan kenapa mesti aku memalukan diri aku lagi sebagai seorang gadis feminin yang mempunyai aura jerit yang membunuh? Haih -.-

Tuesday, July 31, 2012

Kebetulan Yang Tak Disangka-sangka

Assalamualaikum

Hud : Nanti teman jumpa Ayem eh. Dia ajak jumpa. Nanti dia bawa kawan dia sekali.
Nughul : What? Ala hang pi la jumpa dia sorang. Kita p tempat lain. Tak mau jumpa kawan dia memang Krik krik habis la. Memang Ratu Krik krik la aku oi.
Hud : Alaaa taknak la Nurul join sekali la. Nanti lagi Krik krik kalau sorang-sorang je perempuan.

Haish Hud punya pasal terpaksa la aku tembokkan muka. I'm a shy person. Aduhai lemah lutut saya. Dalam hati ni tak habis-habis doa mudah-mudahan si Ayem tu tak bawa kawan dia. Penat aku memikirkan cara nak lari dari situ. Dannnggg. Hailo hailo 

Selepas dimaklumkan oleh Hud yg Ayem dh sampai, terus kami naik atas (food court). Dari jauh sudah kelihatan Ayem dan seorang kawannya yg membelakangi kami. Sambil berjalan menuju kearah mereka, aku seakan-akan mengenali susuk itu. Terutama rambut dan badannya. Selepas beberapa saat, Ayem senyum ke arah kami dan kawannya turut berpaling. Aku terkejut.

Nughul : Wwwooi! Shakanggg!Hahahahaha
Rata-rata yang ada di situ melihatku.Hud pelik. Adus malu!

Hahahhaa yeaa orang itu adalah Shakang! Siapa tak kenal Shakang? Rakanku ketika di Sakti dulu. wahahaha sungguh kecik dunia ini. Hai hud hud, semua kawan aku jadi kawan kepada kawan kau. Sebelum ni Afiq. Berbalik kepada kisah tadi, dah jadi sebaliknya. Apa yang sepatutnya berlaku kepada aku, berlaku pada hud hud and ayem. hahaha Diorg yang krik krik. Kadangkala mereka senyap dan melihat ke arah kami. Terima kasih Hud dan Ayem atas pertemuan korang, aku jumpa budak sorang ni. kikiki
Oh Hud jeling kat Shakang eh. :pp

Aku dan shakang pula dok bercerita, ketawa tak hengat dunia. Haish dah la memang teringat-ingat kat budak sorang ni, bole pulak jumpa. Shakang masih macam dulu cuma aku perhatikan ada sedikit perubahan. Dia nampak matang sedikit dan agak malu- malu tetapi mutu lawaknya masih lagi menjadi. ya sifat penyibuk dan sarkastik tu pun masih ada. Tapi tulah yang menghiburkan aku. Berada dengannya membuatkan aku lupa sekeliling. Sibuk bergosip, bercerita dan tertawa. Kami bercerita mengenai rakan-rakan 92 degrees yang lain serta pengalaman belajar masing-masing. Hmm i really like it when its Mr Bean in him talking. Aku pun tak tahu kenapa tapi ringan saja mulut nak bercerita mcm-mcm. Haish teringat kenangan ketika di Sakti dulu. Indahnya saat di sekolah dulu mencipta kenangan. Rindu kepda warga Sakti eh 92 degrees' crews mula bertandang. Kawan-kawan jomlah buat reunion!

Balik daripada pertemuan itu :

Nughul : Anessss! Cuba teka siapa aku jumpa td?
Anis : Hmm bla bla (Anis meneka ntah siapa ntah)
Nughul : Alaaa takkan tak kenal kot, calon menantu kesayangan En Bakri. Hahaha
Anis : Shakang! Hahahahahahha 

Wednesday, July 25, 2012

Memori Terakhir

Masih segar kenangan lebih 10 tahun yang lalu. Dahulu masa sekolah rendah penulis ini memang kaki gaduh. bukan suka mencari gaduh tetapi suka membalas balik kalau orang cari gaduh. tak padan dengan perempuan tapi suka bertekak la, bertepuk tampar la, bertumbuk dan berkarate (huh!) dan sudah tentutalah pencari gaduh itu dlm kalangan budak-budak lelaki yg sebaya dengannya. Dasar lelaki suka cari pasal dengan perempuan. tak tahulah apa istimewanya (-.-) si penulis itu sehinggakan ada sahaja orang yang nak cari pasal. nak kata comel, comel lagi Adibah Nor. 

Yea di antara mereka, ada seorang ni yang amat si penulis geram. Manakan tidaknya, memori satu-satunya manusia yang sanggup masukkan tong petrol dalam beg sekolah si penulis. Nasib baik dia sedar semasa pulang. Apa lagi, gaduh teruk la. siap si ayah penulis yang penyayang ni jumpa si emak budak itu yang kebetulannya tukang masak di kantin sekolah. tersenyum dalam hati si penulis apabila melihat budak itu dimarahi. malah selepas itu, setiap perbuatan budak itu pasti si penulis akan report kepada emaknya yang baik itu ataupun melawan balik dengan tumbukan atau pukulan. Namun tahun berganti tahun, walaupun sering bergaduh, tapi itulah cara mereka semua berkawan sehinggalah habis sekolah rendah. Terlalu biasa adegan kejar-mengejar, tarik2 tudung, pukul memukul yang menjadi rencah dalam kehidupan sebagai pelajar sekolah rendah. adat berkawan kan.

Ayah kata, semenjak dewasa, dia tidak lagi nakal (suka bergurau -.-) seperti dahulu. perwatakannya seiring dengan umurnya. Lebih matang dan menjadi seorang anak lelaki yang baik sebab dia dilihat selalu membantu emaknya berniaga dan juga selalu menegur ayah. Hampir bertahun-tahun lamanya selepas habis sekolah rendah penulis dan dia tidak berjumpa walaupun rumah penulis dan kampungnya hanya berdepan sahaja. Mungkin faktor penulis yang tinggal di asrama dan tidak lagi bersosial dengan rakan sekolah rendahnya yang kebanyakannya penduduk di kampung itu. Entah mengapa si penulis amat takut memikirkan rakan-rakannya ingat si penulis sombong utk bersosial sama mereka. Kenangan terakhir ialah konvoi beraya bersama, ya 8 tahun yang lalu. kemudiannya tiada lagi.

Tahun berganti tahun, tanggal 21hb Julai 2012 bersamaan 1 Ramadhan yang lepas, semasa berbuka puasa bersama keluarga, penulis dikhabarkan oleh ibunya bahawa ada kawan penulis semasa sekolah rendah telah meninggal dunia pada pagi itu. Dada penulis berombak, jantung berdebar. Penulis terus bertanyakan kepada ayah. Ayah mengkhabarkan bahawa, ya sahabatku Mohd Firdaus b Ismail telah pun pergi mengadap Illahi dan dikebumikan lebih kurang pukul 6 lebih petang itu.Innalillahiwainnailaihirojiun. Dari Allah kita datang, dan kepada Allah kita kembali. Tergamam seketika kerana tidak menyangka pemergian yang begitu awal itu. Maut tak mengenal usia, itulah apa yang penulis pelajari. 

Ya arwah la kawan kanak-kanak si penulis. Dialah yang mengajar penulis mengenal apa erti sebuah kehidupan ketika di sekolah rendah dulu. Bagaimana kepuasan mencipta kenangan. Ya dialah satu-satunya orang yang memberi kenangan kepada penulis yang berkaitan dengan tong petrol itu. Kini cerita disebalik tong petrol itu akan dikuburkan dlm hati si penulis sebagai memori dari arwah. Masih ingat lagi adik lelaki penulis yang selalu menitipkan salam dari arwah kepada penulis setiap kali dia berjumpa dengan arwah ketika solat di Masjid. Masih ingat lagi arwah dengan penulis yang sombong ini rupanya. Malangnya tidak pernah pula si penulis menitipkan salam persaudaraan semula dengan arwah. Begitu tegar sekali. Menyesal mengenangkan yang pasti arwah mengingatkan si penulis lupa akan dirinya. Sudahla si penulis ini tidak melawat arwah ketika dikebumikan ataupun melawat keluarga arwah pada hari kematiannya walaupun jarak rumah yang tidak sampai sepuluh minit itu. Ketika terserempak dengan kakak arwah pada keesokan harinya di sebuah masjid di Semerah, masih terbayang lagi muka sugul kakaknya. Kakaknya juga mengatakan yang emak mereka masih dalam keadaan lemah. dan lebih teruk lagi, kakaknya masih ingat yang si penulis ini merupakan kawan arwah. Dan sebagai kawan, mungkin dia pelik mengapa si penulis tidak pernah memunculkan diri. Maaf sahabatku, disebabkan faktor transportation dan kekangan masa si penulis tidak dapat hadir. Malang sekali abang tiada untuk dijadikan peneman atau driver. Ayah pula sibuk bekerja dan si penulis pula masih tidak boleh memandu.

Hampir setiap malam selepas hari kematian arwah, si penulis tidak dapat melelapkan mata. Kenangan lalu terus menghantui diri. Masih teringat lagi penulis akan seraut wajah itu terutama matanya yang redup itu. dan tiap-tiap malam jugalah lagu-lagu seperti Kau Kawan, Sahabat dan Teman serta bait-bait lagu Kawan dari UNIC akan berkumandang menemani tidur si penulis, Rindu kepada teman-teman lama yang sudah menggunung dirasai. Kekesalan diatas sikap sendiri.

Kepada teman-temanku sekalian, hargailah seseorang yang pernah hadir dalam hidup kita lebih-lebih lagi apabila dia masih mengingati kita kerana yang pergi tidak akan kembali lagi.Kepadamu sahabat, aku tidak pernah lupakan kau sebagai kawanku. Segunung Al fatihah disedekahkan buat mu. Mudah-mudahan kau tenang di sana dan semoga dirimu ditempatkan dalam kalangan orang yang beramal soleh. Semoga kekallah kenangan-kenanganku buat selamanya, seumpama mutiara peristiwa yang teruntai. :')


Pelajar kolej kena renjatan

Kuala Lumpur: Seorang pelajar kolej maut, manakala dua lagi cedera selepas terkena renjatan elektrik ketika sedang melakukan kerja penyelenggaraan di KL Sentral, di sini semalam. 

Kejadian jam 7 pagi itu menyebabkan Mohd Firdaus Ibrahim, 26, mati di lokasi kejadian, manakala dua lagi termasuk seorang penyelia cedera sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Kejadian dikatakan berlaku ketika Firdaus yang berasal dari Parit Raja, Johor, bersama rakannya berusia 20-an dari sebuah kolej sedang menjalani latihan industri, mengikut penyelia mereka berusia 40-an ke lokasi untuk proses penyelenggaraan. 
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata mayat mangsa dihantar ke PPUM untuk bedah siasat dan polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut. 


* keratan akhabar dari Berita Harian. Oh ya kesalahan daripada pihak editor bahawa si mati adalah rakanku Mohd. Firdaus Ismail, 20 tahun.

Saturday, June 9, 2012

Hlovate

girls, stop stealing dreams.
guys, stop giving a shit.


nurul, stop blogging and stalking. 

Sunday, March 11, 2012

Its Better Late Than Never

Assalamualaikum.

Happy belated birthday to Hud hud. sorry sebab lambat sangat celebrate. yelah dah banyak kali merancang tapi semuanya terpaksa di batalkan lagi lagi sebab belakangan ni Blacky selalu saja tak sihat kan. Nasib baik Bluey ada. watching The Devils Inside yg suspen, makan ice cream BR, window shopping dan makan di Serai Restaurant, semoga ianya meninggalkan suatu memori buat huda.  walaupun sedih sebab aina tak dapat join. hummm thanks for being our friend and knowing you is one of the best momment in my life. Semoga hidup Huda sentiasa dilindungi dan diberkati oleh Allah. Insyallah. dahlah bday sama dengan ayah kita! huhu (tibe-tibe)



Tuesday, February 14, 2012

Eh Eh Kantoi


Assalamualaikum
Cucuk USB nak transfer gambar dekat lappy and then found these :

25.11.12 (Mock Trial the Musical, UITM)

28.11.12 (Sek 7 Restoren Selaseh)

25.12.11 (PakUda's House,Kelantan)
17.01.12 (Ikea,Ikano,Ecurve,The Curve)

09.02.12 (A Famosa Resort,Malacca)


okay ni latest punya 14.02.12 (BP Mall)


Sudahkah anda dapat meneka apa yang mahu di sampaikan?
sepuk sepuk muka anda kalau tak dapat teka. 
jawapannya, Obviously the same pink silk shawl in diff places and at diff times.
woooaaahh ni pun baru 6 tempat berbeza yang jumpa. nak ikut banyak lagi ni actually.
Hari tu masa iron dah terlekat sikit tapi takpe, still boleh guna!
sayaaaang shawl ni  sebab birthday present dari Wany last year :) 
Muche Gracious, Wanyyy , Je t'aime!

Wany Wonka

Tuesday, October 11, 2011

Empty Decorations

I wake in the dark
With showers of life
Moments of emptiness around
Floating away
No other hope
Reality brings me

Into the ground
What can I do
What can I say
I need a place to hide away
Just for a while, just for a smile
Just for a life I used to know

The perfect song were filled with
Words of love and not with anger
What if they go
What if they leave me far behind
[
'Cause I don't wanna be alone
Living life for on my own
I don't want to live my life in isolation
Filled with empty decorations
'Cause I want to be with people that I know

Who would do the things I do
Making all my dreams come true
I don't recognize the shadows at my door
Though I've seen them all before
Because the only thing I really want
Is to be with you

I'm laying in bed listening to this song repeatedly. one of the song that makes me calm, happy, and lively. I'm wondering if there is any chance for me to have what i want. I cant only wait for the miracles. I'm afraid to lose You. I live to make other people happy or even happier than me. People never know me. I am not what i ought to be. Sometime its hard to smile just to make others feel better. I like fake smile 'cause i know how the way they feel just to create a smile in front of others. pretty cool yeah. 


I just want to lay on my bed and don't ever ever try to wake me up. 




Saturday, September 24, 2011

Hari (Petang) Yang Indah Lagi Gembira

Assalamualaikum Salam 1 UiTM

Hello reader/readers.
Macam lama kan tak update. memang pun. buka blogspot keje blogwalking je bukan reti nak update. dah nak pukui 12 malam tapi tak tdo lagi. memang mengantuk tapi sengaja berjaga nak update blog sbab saja mengada nak share cerita best. hari ni memang best la bro!

Actually pagi td dlm lebih kurang pukul 7.45 am ada sesi Kemahiran Insaniah di fakulti. sesi ceramah blablabla macam dengar macam tak. haha dengar laaaa tapi sempat la main game dengan fynaz. datang lmbat, duk tengah belakang2, tau tau je lah buat apa kalau dengar ceramah ye dak. bukan sejam dua tapi 5 jam wehh. blablabla and the rest is history. cehh kemain lagi nok.

Okay tanak la cerita pasal ceramah whatsoever tu. titeww nak cerita pasal LDK phuuuuuuuhaaaa or dlm erti kata yg lain, Latihan Dalam Kumpulan. hahaha dah lama tak main main macam budak kecik masa zaman kecik2. huihuihui that LDK saved my day! happy happy happy. see aku dah mention sampai thrice maksudnya memang betul2 awesome lah! first mcm biasa la sesi ice breaking. hehe segan babe sebab bila dia tanya apa matlamat utk 5-10 tahun akan dtg, aku kata tak fikir lagi yang penting nak belajar belajar and belajar. kehkeh padahal semua org duk confident cakap nak jadi legal advisor la, lawyer la, hakim, majistret and apa apa laaaa.

lepas tu kitorang maaaaaainnnnn jew. jehjehjeh main permainan burung,sangkar and MBSA. pemenang hanya 3 orang. and aku menang! aku, k dan mujahid. hehehe. best tapi main mcm takut2 plus cuak sbb siapa kalah awal kena denda sifir seput sedut. pheeewwww. lepas tu second game, kitorang main tarian sudu ayam (same as below) and facy akan nyanyi and bagitahu last sentence for every song whether we have to form a 1/2/3/4/5/6/67/8/9/10 person into a group. ehem ehem aku and mek Qis pulak yang menang kali ni. kehkehkeh kemain sejuk lagi tangan aku. yela lepas habis je lagu hujung tu kena cepat2 cari orang utk buat group. sampai main tarik2 and peluk2 je. hahahha yang dua ni memang syok habis. dah mcm tsunami dah kelas LDK tu. 




lepas tu macam biasa la ada presentation pasal problematic question yang if ada a bunch of people yang stay inside a building yang nak collapse in an isolated island, sapa yang kita nak selamatkan dulu. that's LAME :pp after that kitorang main permainan meneka ke ability sebiji bola untuk bertukar dlm apa jua bentuk. haa yang ni pun cuak jugak sebab i'm not that creative pasal the innovation-thingy ni. hahha at least i changed a ball utk menjadi bantal kira okaaayy what. haaa ada lagi satu main pengiraan pantas di mana kita perlu duduk dalam satu bulatan besar dan kira nombor start dari satu dan seterusnya tetapi setiaap gandaan 5 haruslah ditukar kepada perkataan BOTOL hahhahaa yang ni pun memang serious takut, creepy, and blabla sejuuk tangan aku. sebab lima terawal yang terkeluar kena denda. and mcm td diorg kena denda berlakon babak seorg suami yang mempunyai 4 isteri. haha memang gelaaaaak je tak habis2. boleh hilang tension do. and the last thing we did ialah part for communication skill (lelaki vs perempuan) kena babbling sampai la salah satu mengalah. haha lelaki menang tipis. ceit depaaa semua dok CHEATING! 

Okay dah tamaaat cerita. memang padat harini dari pukul 0745 tadi sampailah 1840 petang tadi. memang penat sikit tapi happy sebab bergembiraaaa je harini. yelah start next week memang akan busy pulak. btw, lupa nak bagitahu yang kiteww :p sukaaa group LDK kita tadi. besssshhhh bro ;)


Happy sangat sangat. macam nak lompat lompat je :DD

Ohh lupaa dah janji dengan diorg nak g library esok. nak cari kes pasal Udayakumar a/l Suppiah v Ganga Tharan a/l Shanmugam . haaaih weekend pun macam hari hari biasa dah sekarang ni ye. okaylah dah nak pukul satu. so Goodnight semuaaaaa. ;)

Sunday, August 21, 2011

Any Idea?

Hailo hailo.
I did buy some cards (kad raya).




I'm planning to give those cards for my friends especially from Sakti.
But what to do? i've lost my school magazine.
I want to ask for their address, but i'm just too shy.



What should i do with those cards?

Sunday, August 14, 2011

Kau Kawan, Teman dan Sahabat

Assalamualaikum dan Salam ramadhan 

Hari ni terasa nak menulis mengenai kawan, teman dan sahabat.

3. kawan - disebabkan penat aku google up utk cari maksud kawan tapi tak jumpa, so terpaksalah aku mendefinisikan ia dari sudut pandangan  aku sendiri. kawan merupakan golongan manusia yang datang dan pergi dalam hidup kita dlm tempoh yg singkat. kehadirannya tak menentu. mungkin sementara atau mungkin lama.  nilai kasih sayang yang ada pun mungkin kurang dan berbeza berbanding sahabat dan teman. jadi aku meletakkan nilai kawan itu di tempat yang terakhir dlm sesebuah perhubungan itu.

2. teman - teman pula sering diklasifikasikan sebagai sekumpulan manusia atau beberapa org yang menadi pendamping kita. contohnya teman belajar, teman bermain, teman ketawa, kita memerlukan teman untuk menjadi pendamping kita dlm melakukan sesuatu. bak kata orang, teman ketawa mudah dicari, teman susah sukar dicari. see orang banyak mencari teman. hehe dan teman juga dikaitkan dengan teman hidup yang membawa maksud pasangan hidup or suami/isteri. jadi term ini kurang sesuai digunakan dlm sesebuah perhubungan antara gender yg sama mungkin. hehe. but still bagi aku, teman adalah kedua terbaik selepas kawan.
      


tempat pertama...jeng jeng jeng ;-)

1. sahabat - ehem ehem..bagi aku sahabat adalah insan yang paling paling rapat dengan kita sehingga mereka mampu memang jawatan sebagai kawan, dan juga teman. kiranya sahabat adalah pelengkap.sahabat adalah seseorg yang hadir dlm hidup kita dlm segenap aspek. sahabat merupakan org yang sentiasa ada ketika kita senang dan susah, tidak akan meninggalkan sahabatnya yang terbengkok malah sudi menegakkannya semula. sahabat adalah perhubungan akrab lebih dari sudut batiniah di mana kadangkala seorg sahabat yang berduka mampu dirasai oleh sahabatnya yg lain. dan tidak wujud istilah kawan makan kawan dlm ikatan sebuah sahabat. seseorg yang sedia ada untuk menjadi teman di dunia dan di akhirat. jadi masih adakah lagi nilai sebuah sahabat itu? atau ianya hanya sekadar istilah yang kita rasa masih lagi wujud sedangkan kita sendiri tidak pasti adakah seseorg itu merupakan sahabat kepada diri kita atau kita adalah seorg sahabat untuk mereka. yang pasti zaman Rasulullah dahulu juga menggunakan istilah sahabat berbanding kawan dan teman. Ermm adakah seorg sahabat  itu adalah seseorg seperti sahabat Rasulullah yang sentiasa di sayangi dan dimuliakan oleh Rasulullah sahaja dlm konteks kehidupan sekarang?


my fav song dari unic . 

tapi masih juga aku confuse dalam mengklasifikasikan org2 yang pernah aku temui dalam hidup ini sama ada mereka itu kawan, teman, atau sahabat. kadangkala kita mengharapkan mereka sahabat tapi hanya sekadar teman or kawan sahaja. aku tak tahu sama ada aku sudah ketemuinya atau dia sememangnya sentiasa ada di sisi. yang pasti bersama mereka aku mengenal erti kawan, teman dan sahabat.


apa apa pun, nilai kejujuran dalam sesebuah perhubungan itu penting demi membina ukhuwah yang sejati dan mengharap keredhaan Tuhan. semoga mereka yang kukenali tak kira kawan, teman atau sahabat itu sentiasa dlm lindungan Allah s.w.t ;-)

Semoga aku bisa menjadi seorg sahabat yang baik untuk kawan, teman dan sahabat2 ku dan Semoga hari esok lebih baik dari hari ini.

Sunday, July 17, 2011

Happiness Somehow Poisonous

Salam.

Alhamdulillah i got what i wanted. i'm HAPPY like a fattie eating chips at first. but now, i feel so sad since i know that i have to get through 'this' separation. Happiness somehow poisonous.As i'm agree to choose to further my study there, i know that i'm gonna lose you darls. No more anis, the cool girl i've ever meet, mimi, the cute and jonat jonat girl, piah, the most happiest person on earth, shyamira, the tough, caring, sensitive, kind, loving girl, plus aton, tini and tina who used to make my days more happier as mawarian. oh how i miss that time much. i cried inside and kept telling my parents that i'm so sad so sad till i realise how ungrateful i am.


act, God knows the best. even there are many brilliant and better law students outside who want to be part of this family, but then, i have been chosen to be one of this part. i'm so grateful. miracle just happened. and it has been decided by Him. so stop complaining and just go on with the flow. and remember, Never miss any chance, because chances never come twice. however what has made me glad is that it wasn't me only who's gonna get through this but also Qiela, my twin sister! hehehe Qiela and I gonna make our days without them anymore. Live well or live hell, you choose :)

I will enter His gates with thanksgiving in my heart.He has made me glad . I thank to Allah for giving me this opportunity.

Wednesday, June 29, 2011

Love Makes Me Stronger

It has been a month,
and there is something missing.
Listen, i'm waiting for you,
a simple text and a rough note,
even a prank call in the middle of night,
from you for every single day.
Writing this makes me crying,
but still there is no tears,
because its just happened inside my heart.
every beat by beat, its killing me.
Nevertheless, i'm still alive,
and i keep waiting for you,
because i know i can endure it.
Until when? as long as i could stand.


Writing this makes me sad,
i'm a pathetic, pathetic person,
as i'm waiting and hoping for a person like you,
without hatred, without reasons.
And today i realized my heart is breaking,
but still i'm trying to heal the wound,
because deep inside, you are my only cure.
I insist to hold it back,
that is why i never told her anything,
because i don't want to be the pathetic one,
as time flies, i left behind this psychotic situation,
while you are keep alive damn peacefully,
i'm laying on my bed like a zombie.
You're hurting me, damn true.


Who says it ain't a love?
i might say, it is a tragic love story,
and love is happening regardless gender between you and me.
I love you more than you do,
and yet i became a pathetic person again,
as i'm struggling along way the road.
I insist to be your wonder-wall,
but i realized that i'm foolish myself,
as silent doesn't constitute any acceptance.
I never hope to be the first one,
but i really hope i ain't  the last.
Keep writing this makes me crying,
as my eye bags getting bad,
and my fingers getting annoyed,
but still i'm going to wait for another few days and months,
to portray my sincere love towards you.


But then, one question for you,
does silent constitute to your happiness?
if yes, then it is a time for me to leave you alone.


p/s : As long as i keep waiting for you, it means that i still love you friend :)









Friday, June 17, 2011

Contest Friends Forever

Salam.
Sebenarnya baru teringat yang before ni cik ain mafia tag aku untuk contest ni. nasib baik bila check belum tutup lagi. sekadar suka-suka and mengisi masa lenggang ini aku pun joinlah contest ni xD




So, nilah blogger yang anjurkan contest tu. kalau ada sesiapa nak join, cepat sikit sebelum terlambat!
hurmm i was trying to put on the best picture but i ain't sure sebab bagi aku, semua pictures have their own memmories and meaning. but in the end aku rasa this picture is the best one. here we go :)


nurul, mimi, anis, qiela and piah
      okay, inilah my best friends. gambar ini diambil pada hari2 terakhir sesi pembelajaran kami di fakulti. saya suka gambar ini sebab kami semua sedang tersenyum gembira dan semua menyandang backpack ataupun kami panggil beg kura2. walaupun nampak mcm beg budak2 sekolah tapi kami selesa. berlatar belakangkan taman'babylon' fakulti, tempat inilah yang menjadi port kegemaran kami sementara menunggu kuliah seterusnya. 
      kami mula berkawan semasa di sem 1 program asasi. hampir setahun kami bersama ketika di universiti sehinggalah tamat program asasi. kemana sahaja kami tetap bersama dari ke toilet, ke kelas, ke bilik, ke pusat sukan, ke meja makan dan segala-galanya kami lakukan bersama. tanpa salah satunya, terasa bagaikan tidak lengkap. setiap kesusahan yg kami tempuhi, kami masih bersama. setiap dari kami mempunyai watak yg tersendiri dan kami sentiasa belajar untu menerima diri antara satu sama lain. walaupun berbeza, tapi kasih yang ada tetap sama.persahabatan ini mengajar kami lebih menghargai orang yang sering berada di sisi kita dlm apa jua keadaan. dan kalau boleh, saya taknak ada yang sama seperti mereka berempat kerana bagi saya, cukuplah mereka sebagai diri mereka sahaja. walaupun sudah tamat program asasi, tetapi kasih yang ada tetap tertanam di hati sampai bila-bila, Insyallah. dan walaupun hanya untuk sementara kami bertemu, tapi saya pasti yang Tuhan menjodohkan kami untuk berjumpa lagi di masa hadapan. 

haha sebenarnya disuruh cerita sedikit tapi terpanjang pulak, btw saya tag mereka di bawah ini untuk mengikuti contest ini :D
  1. PAK CIK SYAMIL 
  2. MAK CIK QIELA
  3. MAK CIK NAD
Dan, dan kalaulah saya menang contest ni, saya nak baju  yang di taja oleh Droplet House di bawah ini boleh tak? walaupun saya rasa tak muat dengan saya, takpelah, tak kisah pun, nak jugak! nak jugak! haha

okay, siapa2 yang nak join contest ini, silalah click banner di atas ye. and anda diingatkan yg tarikh tutup contest ini ialah pada 19 jun 2011 ini. so apa tunggu lagi?
terima kasih daun keladi~

Sunday, May 15, 2011

Salah Siapa Mereka Menjadi Begini?

Awwhh :')
Happy Teacher's Day  khas untuk my ibu, makuda, makngah, pakngah, andak, maklang, makuda nor, and to all my teachers in skj as well as in sakti and uitm too~

howdy gals :)
as usual penyakit org yg tak boleh tdo adalah dengan berblogg-ing kan.
satu isu yang ingin diketengahkan ialah isu golongan budak-budak hingusan sekarang yang sudah pun bertindak di luar batasan had umur. gedik, gedik, gedik.
eeeuuuu golongan kanak2 terutamanya peljar sekolah rendah sekarang kebanyakannya sudah terdedah dengan pelbagai masalah sosial yg kian bejat dlam masyarakat kita sekarang. salah siapakah ini? yg penting bukan salah aku~

saja nak berkongsi cerita mengenai anak2 murid di sekolah ibu yg berperangai pervert. menakutkan tau tak bila aku dapat tahu yg ada beberapa org students ibu yang suka meraba kawan2 kelas dia and of course girls yg jadi mangsa. dasyat tau bukan sekadar menyentuh di bahagian belakang sahaja, malah budak2 ni siap peluk si mangsa dan meraba bahagian hadapan iaitu di atas dan dibawah. korang fikir2lah sendiri, aku nak trangkan pun rasa seram je. and ini bukan hanya sekali dua dia buat malah banyak kali. gila bernafsu serakah punya budak. and bila ibu aku tanya adakah dia menonton vcd lucah, diorang cakap yes. oh tuhan adakah dunia ini sudah lari daripada paksinya? weehhh kecik2 pun dah buas kan. memnag kurang asam jawa betol.

kanak-kanak itu bersih ibarat kain putih ke?
 ermm pengaruh rakan sebaya, media massa dan kelalaian para ibu bapa mungkin merupakan beberapa faktor ketandusan akhlak dlm kalangan remaja ini or should i say kanak2? as a girl, aku tak tahulah what i'm gonna do if i'm in this situation iaitu sebagai mangsa. cuba bayangkan satu kelas or myb satu sekolah tau kita ni pernah jadi mangsa pencabulan kawan sendiri and what will happen for another years akan dtg. macam mana nak berdepan dengan kawan2 kalau dah besar nanti and lebih teruk lagi bila terpaksa berhadapan dgn pemangsa? just put this situation in your shoes and think about it.

awwhh lelaki memang begitu kan. you guys, kena raba pun tak luak apa maa. and i hate this situation. then lagi satu kes2 juvana pulak, offenders end up dengan masuk corrective school mcm henry gurney. hey dude, berbaloikah itu semua? dapat kembalikan maruah mangsa ke? (especially for rape cases) but then apa je yg reasonable for these child offenders? whipping? society may think that its gonna be too much for them but in fact do they(offenders) ever think yang apa diorg buat pun too much? to be neutral, just follow the law maybe they know the best kan and sekarang pun, sekolah still tak take any action towards budak2 tu. c'mon lah sampai bila msalah ni nak selesai? i asked my ibu " why dont u bring this matter to the police". is it too hard ?

kalau tengok gambar ni, boleh terasa nak raba org tak?

so for u gals, bakal2 mommy and daddy, korang bersiap sedialah dari sekarang to be the best parents yg akan sentiasa mendidik anak2 korang dengan cara yg baik dan betul to curb all these problems. btw, aku rasa parents mangsa mesti tak tahu lagi anak2 diorg ni adalah mangsa pencabulan kawan sendiri. geez kawan makan kawan. and i'm wondering macam mana these girls are going to talk with dia parents and how they gonna start to talk? adakah dengan cara ini " mak, abah, adik selalu kena raba dengan kawan lelaki adik" ? owhh sedih la wehh :'(

p/s sorry for being emotional and skematik letronik :)

Wednesday, May 11, 2011

Sebungkus Maggi : Penyejuk Mata, Penenang Hati

Malam ni actually tak ada niat pun nak tulis lagi satu entry sbb petang td dah tulis kan. Tapi terasa bu-shan sikit and can't sleep, so apa lagi yg perlu saya buat selain dari ber-blogging  kan.


walaupun tajuk pasal maggi, but i'm not going to write about that maggi, but what i'm trying to say is about a young boy who's so called maggi and apa-apa yg berkaitan dengan something curly. *serious jahat betul aku*
here we go :

[ see, ada sama tak dengan tajuk entry? taken from imran's]

HAHA imran, sorry wo aku tak de niat nak kutuk kau. serius. cuma aku geram je tengok rambut yg super adorable macam kau tu. jealous sangat do. *fingers crossed*

ok fine mesti tertanya-tanya kenapa aku tulis pasal budak bertuah ni kan. dont get me wrong, aku sebenarnya telah diugut oleh si afro ni untuk menulis sesuatu pasal dia. actually aku pun tak tau nak tulis pasal apa sbb imran dalam hidup aku sehingga kini hanya kubayangi sebagai seorang maggi. takkan nak cerita pasal maggi, maggi, maggi plak an. LOL ~ ampun imrang, aku tak berdaya nak buang sikap buruk aku ni :D

Ok stop mumbling and say something ridiculous. kita buka lembaran baru. 

MUHAMMAD IMRAN WAN KHAIRUZZAMAN

Hurmm. what can i say about u? so this imran yang aku kenal, dia seorang yang Zany, Witty, Wise, Lovely, Kind, Sporting, Handsiong walaupun tak sehensem oppa aku and sometimes a bit juicy, naughty and mean. *ok aku dah puji, nanti kau belanja makan ehh*

[aku rasa nilah gambar kau yg paling comel.]

First time aku kenal si imrang ni sejak di form 1 sebb kitorg satu kelas iaitu di Asas PMR Nilam. My first impression pasal dia, memang nampak nakal lah. serious tau, aku dah pernah cakap kat kau ngan Akem kan yang lepas je korang masuk kelas kitorg, korang terus buat haruk dlm kelas tu sbb before that kelas kita memang senyap sikit lah sbb masing2 dgn hal sendiri kan. boleh dikatakan time tu kelas kitalah yang paling menjunam sikit dari segi attitude antara kelas2 yang lain. hehe jangan terasa, sekadar jujur berkata. then after that bagus jugalah sebab korang gak, barulah hidup suasana kelas and first time aku terasa seronok plak belajar di Sakti disebabkan sesi ejek-menegejek yg dah pun menjadi perencah dlm kehidupan. Walaupun kengkadang geram dengan korang yg suka ejek aku dulu, tapi aku tak kisah sbb benda tulah yg buatkan aku kuat semangat nak fire orang balik. kah kah paling aku tak boleh lupa korang panggil aku Beruang Kutub. aku lupa siapa yg starting sama ada Kacang atau Alap. =.='

Then, masa form 2 pun kita still sama kelas kan. Masa form 2 aku tak boleh lupa sbb aku kadang2 jadi orang tengah antara kau dengan Cheche hehe. penat tau and tension gak nak kene sampaikan salam lah, bagi cokelat lah, makanan lah, barang ntah pape lah, panggil dia lah. dahlah kelas dia ujung, kelas kita kat depan skali. haiyoo kalau aku dapat sekali apa-apa takpa gak. huhu *mengungkit*

Masuk form 3 pun kita satu kelas jugak kan. hehe see, sungguh kuat hubungan batin kita kan, tiga tahun wuu kita bersama, kalau kau lupa jugak kat aku, memang aku rebus rebus lah kau. hahahaha. time form 3 adalah time heaven skali sbb aku rasa kelas kita time tu macam unite2 jugaklah. and hubungan kita semua pun baik-baik belaka even sesi ejek-mengejek kekal sebagai carta nombor satu radio era. masa ni kau duk belakang meja aku kan. kau, afiq and akem. aku adore gila korg sbb sgt2 lah bijak and rajin even kadang2 korang suka tidur kat belakang. mentang2 lah aku and zaimah tutup korang. haha. time ni jugak aku dah pun dilucutkan jawatan sebagai posmen tak bertauliah kau sbb kau dh ada pengganti baru. phheewwitt. awek cung tu. kawan sapa lah tu. mesti kawan dia pun cung gak kan. even korang tak pernha declare (aku rasalah) tapi aku suka korang bersama. ntah kenapa, bak kata shakang (time aku duk berosip dgn dia masa form 4) 'sejuk je hati aku tengok si anis and imran ni' and thats what i feel too. ok after that sebab kau budak terlampau bijak, takde jodohla kita nak still bersama sebab kau pun masuk 4 bai and 5 bai.  and tak dilupa time form 5 pun kita sekelas tapi untuk waktu bi je kan. and  kau suka  and selalu je betulkan sebutan aku sampai kengkadang aku naik bengang. yelah kau kan handal bi. sebelum tu, aku selalu je rasa sedih sebab kau and akem terpisah dengan afiq. kesian afiq. weee~

imran, kalau nak diikutkan sebenarnya banyak bende nak dikenangkan pasal kau. kalau aku nak singkap satu persatu kompem kau pun jenuh nak baca kan sebab aku taulah kau bukan jenis yg suka membaca sangat. hehe. yang penting dapat kawan macam kau memang seronok malah bertambah seronok. mungkin tidak bagi kau, tapi tulah yg aku rasa. antara benda yang aku rasa terharu pasal kau ialah kau pernah bagitahu anis (dia cerita kat aku balik dulu2) yang kau and dia takkan nak balik dari sekolah ke asrama berdua je and tinggalkan aku sorang2 sebab taknak aku rasa macam apa yang kau rasa if membe2 kau jalan ngan makwe2 diorg and kau pulak  terpaksa balik sorang atau dgn wakchai . mungkin itu salah satu sbbnya kan. patutlah pun kau tak pernah nak ignore aku if kita bertiga. cehh nak jaga hati aku konon. alah last2 time habis exam spm baru kau dpt jalan berdua kan and aku plak jalan ngan anjang =.=' btw, thanks imran :)

 [kerut gila dahi kau ape pasal? taken from here]

imran, imran, imran, ada satu benda yang aku rasa kau mean (mean=kejam, bukan mean=maksud) sikit lah. kau ngat tak satu hari kau ada call and tibe2 kau dengar dari side aku lagu Just The Way You Are by Bruno Mars. pastu kau tanya aku dah kenapa aku duk dengar lagu tu banyak kali (padahal tu lagu blog aku before ni, memang lah lagu tu berulang2 dah sebab masa tu aku tgah bukak blog). pastu aku cakap lah yang aku teringin sangat nanti ada orang nyanyi kat aku lagu tu. hehe. yelah aku bukannya siapa2 tapi aku pun nak org terima aku seadanya macam si bruno mars tu tapi, kau ingat tak kau balas apa? mesti kau tak ingat kan. kurang asam punya cekodok basi. kau balas "kau tak sesuai lah nak dapat orang akan nyanyikan utk kau lagu tu" sort of lah. aku tak ingat sangat apa kau cakap. or means kau maksudkan yg aku ni tak cukup special ada org nak nyanyikan utk aku. bangeekk gedebubbb terus jantung aku masa tu tau! *touching*

but that was just small of the pieces la sbb takkan lah aku nak marah kau hanya sebab benda tu sedangkan dah banyak kali aku kutuk kau and kau pun dah banyak kali tolong aku terutamanya tolong jadi kawan aku kan. and its enough. *makan dalam*. apa2 pun, kaulah antara sahabat aku yang terbaik. yess aku maksudkannya and aku rasa sampai sepuluh or dua puluh tahun akan datang pun aku takkan lupakan kau yg pernah jadi sahabat yg baaiiikkk sekali *kaki bodek*. aku sayang kau lah maggi (anis takkan marah kot) !

Last but not least, aku rasa takkan ada orang yang tak senang dengan sikap kau kan. kalau ada yang tak suka kau memang cari pasal lah org tu ngan aku. wink2~ not to forget, kepada makcik2 diluar sana, ingin aku tegaskan yang aku rasa budak ni nanti bisa jadi menantu fevret makcik2 diluar sana ya if and only if dia tak jadi menantu hj bakri nanti. sebab dia pun not bad lah cuma, cuma imran, aku doakan kau sentiasa dilembutkan hati and mula mengurangkan smoking and justeru terus quit dr smoking. boleh kan? mungkin tu salah satu benda yang aku selalu pendam kalau nampak kau smoking. aku harap sangat kau berjaya nanti! sebab kalau kita nak sayangkan orang, kita kenalah sygkan diri sendiri dulu kan :))

Thats the end. (wehh penat dah aku tulis pasal kau ni hampir satu jam setengah do.)

p/s kalau satu hari kau ada belog, kau pun tulislah pasal aku eh. setengah perenggan pun jadilah :)