Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Monday, November 7, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum

Akhirnya setelah hampir dua bulan barulah aku kembali ke kampung halaman. rayaaaaa! ceh padahal raya semalam. hehe. so hows your raya? mine? boleh tahan laa. baru berapa hari balik rumah mmg dapat rasakan kenaikan berat badan ni. haih habislah rutin senamrobik dah terganggu. walaupun raya tahun ni tak berapa nak meriah sbb semua tak balik, nasib baik ada alang and his family balik rumah kami! so dapatlah bergumbira. ibu n ayah macam biasa masak nasi himpit, sambal goreng and rendah. yg lain tak sempat nak buat sbb takde orang nak tolong *aku lee tu* hahaha kira okay la ada nasi ayam and lemang lagi. dah cukup banyak tu. tapi aku cuma larat 'menjamah' dua pinggan nasi ayam di pagi raya je. yang lain tak larat dah tong ni nak sumbat. btw, tahun ni alhamdulillah dapat solat aidiladha berjamaah di masjid. teruk kan, selama 19 tahun and that was the first time. takpa mudah-mudahan akan istiqamah. mana taknya every pagi raya ke tak raya ke mesti bangun lambat tu yg malas nak join. semalam pun aku jadi org terakhir yg bangun pagi and terus terkocoh kocoh mandi sbb bangun pukul 8 tapi start solat 8.30. nasib baik la masjid tu sekangkang kera je. thanks for bapis sebab dapat ikut trip kedua slpas ditinggalkan ayah, ibu n alang sbb lmbat sangat. haih. anak dara oh anak dara hoi.

tak mau cerita panjang just nak cerita yg raya aidiladha ni aku sgt bersemangat tau sbb balik rumah atuk tam dapat makan, rumah atuk cik dapat makan, rumah atuk long makaaaan lagi and last skali rumaah atuk teh pun makan lagi lagi kari ayam atuk teh yg sodaaaaap tu! nasiblah nak asyik kene ejek sbb tak pernah skip makan ttime beraya. alaaa balas dendam kot sbb kalau kat hostel tak leh makan macam tu :'(

btw, kalau tak this year should be kitorang raya kat kelantan tapi sebab cuti yg pendek and my sis and cousin ambil spm, so gathering will be on december nanti. sukaaaa even dah nak dekat final -.- see you guys nanti! selamat hari raya korban :DD

Wednesday, August 24, 2011

I Miss You Dearly

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan

Hai peep-er ;)

Today was a fairy tale. Ceeh kemain lagi intro. No lah harini takde isu yang nak dibentangkan. Cuma saya nak luahkan sesuatu dlm blog Cinderella's stepsister ini. Actually dah dua hari saya, ermm saya...saya rindu kat atuk saya. eh bukan, arwah atuk. Aidilfitri bakal menjelang tapi seperti tahun-tahun sebelumnya (dah 14  tahun) atuk tiada di sisi. Kalau tengok orang lain best je boleh balik kampung sendiri, jumpa atuk nenek, tapi kami cuma menumpang kasih kepada atuk2 saudara yang masih ada dan juga atuk tam (isteri kedua atuk). tapi still rasa tak sama. rasa itu tak hadir kepada diri sendiri.

Kenapa saya cuma rindu dengan atuk? sebab sepanjang hidup saya, saya cuma sempat merasa kasih sayang seorg atuk dari sebelah ibu sahaja. sejak saya lahir kedunia cuma dia atuk yg saya ada. nenek hasnah, nenek ngaishah, dan atuk noorsan dah tiada sejak saya wujud lagi di dunia ini. walaupun cuma lima tahun, tetapi rupa atuk bagaikan masih segar dlm ingatan. saat atuk dimandikan dan dikafankan masih saya ingat. cuma sayang sama sekali, memori bersama atuk ketika dia masih hidup tak dapat saya revise kan kembali. mungkin sbb saya terlalu mentah ketika itu. tapi apa yang aku tahu, atuk seorg yang penyayang terhadap cucu-cucunya. ibu kata atuk suka memabawaku bersiar-siar menaiki motorsikalnya tapi ntahlah, tak dapat ku bayangkan kembali saat2 itu. 

walaupun tiada langsung memori bahagia bersama atuk, saya tak tahu kenapa, tapi saya rasa rindu dengan atuk. serious. i just miss you atuk! its hard to say but i really really miss you and i want you here with us. when i miss you atuk, akak selalu suruh ibu ceritakan pasal atuk, dan moyang2 yang lain. dan itu seringkali buatkan hati akak terluka. i just want to know, did it hurt? i adore your determination and patience. you have a very sincere heart. i miss you dearly and i wish God loves you too, atuk.

Writing this makes me crying, so i think i have to stop. May his soul rests in peace, eternal peace. Dan semoga Allah menempatkan atuk dan kalian semua dalam kalangan org yang beriman dan beramal soleh.

p/s : Pakcik, pipah.. if you are reading this too, i just want to say that  i miss atuk so much :')


Sunday, August 21, 2011

Any Idea?

Hailo hailo.
I did buy some cards (kad raya).




I'm planning to give those cards for my friends especially from Sakti.
But what to do? i've lost my school magazine.
I want to ask for their address, but i'm just too shy.



What should i do with those cards?

Thursday, August 18, 2011

Bila Chef Nurul Mula Memasak

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan

Hari ini tak lain tak bukan nak buat entry membangga diri dan mengembangkan diri setelah entry yg lepas memalukan diri. teehee :)

Hari ini merupakan hari kedua aku memasak untuk berbuka! yeeheee. hamboi baru dua kali dah bangga kan. huh tak kisah la daripada korang yang tak pernah masak! kalau haritu memasak utk 7 org makan, hari ini pula aku memasak untuk 11 orang. Yeaah dari semalam family pakcik aku balik utk menyambut raya kat rumah aku disebabkan raya tahun ini mereka akan beraya di Bintulu, Sarawak. so seperti yang dijanjikan, pakcik nak merasa sendiri air tangan anak saudaranya ini. OMG gua rasa macam nak lari je dari rumah!

Haih bukan sebab apa pun, hanya sebab gua ketaq lutut sbb chef western dlm family kami ada disini. iaitu Makcik Dayang. haih kalau tak sedap malu je la. dahla sepupu2 aku ni pun makanan pasta ni dh mcm makann ruji diorg je, kalau tak sodap 'matilah nak' diorg tanak makan sbb lauk utama hari ini hanyalah Fettuccine Carbonara. No nasi nasi whatsoever. 

Fettuccine Carbonara

Tepat pukui 5 ptg, Along dah kejutkan aku untuk masak. haih relax la along, akak boleh siap masak dlm sejam je kot. nanti pukui 6 cheq masuk dapuq la. haih. Okay dlm pukui 6.05 pm, aku dah mula merebus Fettucine terlebih dahulu. Kemudian sediakan bahan2 utk masak Carbonara pula. Aku sorang je weeh yang kelentang kelentung di dapur kecuali Makcik ada menolong membukakan tin dan memotong mushroom button. Kemudian makcik beredar utk g ke bazar ramadhan. tinggallah aku keseorgn di dapur. Tapi aku tak mudah putus asa beb. kecekalan dipasangkan bersama niat semata-mata mahu mengenyangkan perut keluarga dan meringankan beban ibu yang selama ni menyandang jawatan sbgai tukang masak berbuka puasa (kalau sempat la). Jeng jeng jeng, tepat pukui 7.10 aku siap masak dan siap sedia untuk dihidangkan. Dub dab dub dab dub dab mari kita lihat apa reaksi mereka di bawah ini. Ceeeh :D

Pakcik's Family :
Along : Pergghhh sedaaaap. A++++++++ (sambil tambah dah tiga kali woo) 
Aku : Senyum (dlm hati dah kembang semangkuk maggi aku)
Pakcik : Ermmm boleh tahanlah. bolehlaa. tapi takdelah sampai A++++, A je lah! *sigh*
Aku : Alaaa pakcik ni. (HAHAHA at least A kan, fuuuh selamat)
Makcik : Fuuh kak, dah boleh kalahkan Carbonara Pizza Hut ni.
Aku : Waaaa hahahhahaha (ketawa). yela pizza hut punya kuah carbonara cair!
Angah : Fuuuh sedap sedap! (dah 2 kali tambah)
Aku : Kalau angah suka maksudnya ok la tu sbb dia jadi benchmark .
Umar D : Geleng-geleng.....
Aku : Ceeeh tipu sangat la tak sedap kalau dah dua kali tambah. saja la tu nak dengki! HAHA
Adik Qayel : Sedaaaaap!

Seee malas je nak cerita lebih kan.hahahaahaha. yang penting td buka fettuccine carbonara ku habis licin cuma tinggal fettuccine sedikt je. tak sempat aku, ibu dan ayah nak menjamah. Nasib baik la ibu dan ayah td ada beli laksa utara dan rojak singapore sbgai makann sampingan. Aku pulak, kasihan melihat sepupu2 ku dan adik aku yang begitu rakus makan tak hengat dunia, sampai tak sempat nak makan cuma makan buah tembikai,otak2 dan putu bamboo je. itu tak masuk along yang nak tambah kali keempat tp dilarang keras oleh pakcik takut2 nanti tak larat nak bertarawikh. Angah@ aiman pula nak tambah tapi kuah carbonara dah habis, jd dia sanggup makan pastanya sahaja :DD

Haih Alhamdulillah semuanya bjalan dengan lancar. Masakanku bjaya mengalahkan juadah bazar yg dibeli mereka seperti roti jala, rojak singapore dan lain2. Ibu pula sempat berpesan supaya minggu hadapan buat sekali round lagi untuk family pakuda yg beraya awal di Johor kerana raya aidilfitri kelak mereka akan beraya di Negeri Sembilan. Baru teringat yang spupuku si Ikmal dan Afifah merupakan peminat Fettuccine Carbonaraku *wink2*

Keluarga Pakuda ( juri masakan ku seterusnya)


Pernah sekali ibu berkata kepada ayah, ' Alhamdulillah, rasa macam dah besar pulak akk ni, dah boleh masak untuk keluarga'. Hurmm kedengaran sayu kan. nampak sangat aku ni tak pernah masak utk family. Tapi apa2 pun tetap tak boleh nak dibanggakan kerana satu2nya masakan yang aku rasa kurang cacat celanya berbanding masakan lain ialah Fettuccine Carbonara sahaja. yang lain semua hancusss. sebab tu aku malas nak belajar memasak. (memang aku tak pandai masak pun) So, kepada sesiapa yg tak puas hati, dan rasa nak makan FC aku, silalah dtang ke Batu Pahat, Johor untuk menikmati air tanganku ini ye.kalau tak pun, jadi suami saya, nanti hari2 saya masak utk awok! he3

Macam nak senyum panjang lebar je hari ni kerana bak kata Makcik, takpe akk walaupun pandai masak FC je, tp takpe dapat mengenyangkan perut cousin2 akk ni. sebab mereka boleh je hidup makan ni sahaja. Alhamdulillah sekali lagi kerana tanpa aku sedari, aku berjaya berbakti kepada orang-orang yang berpuasa pada bulan ramadhan ini dgn menyediakan juadah berbuka untuk mereka *Sigh*