Showing posts with label my family. Show all posts
Showing posts with label my family. Show all posts

Wednesday, March 27, 2013

Rehat

yeaaa yeaaaa sambil buat tarian gedik nak jealouskan housemates. yeaa tak payah nak bergomol dengan land cases tonight sebab tutorial cancel. tak baiknya gembira tp ah tak kisahlah sbb dh stress bagai with all those cases. hihi sorry and thank you madam!

belakangan ini saya banyak menipu. and im happy for that. Semoga Tuhan memahami mengapa aku perlu buat begitu. sorry sebab saya memang tak punya banyak keringat untuk berjumpa dgn anda. tolong faham pleaseee. tak tahu nak tolak dengan cara yg jahat menyebabkan saya menipu. mungkin lebih baik dan tak menyakitkan. sorry adeks. haha

so hal ini menyebabkan saya rindu rumah. rambang, memang saya suka mambang. baru dua minggu lepas balik tp still homesick. lagi-lagi sebab ibu called and tanya tak balik ke? yeaaaa ibu rindu saya! tp i can't sbb dah janji nak join program di sepang. hati ni berbelah bahagi, haih rindu rumah tahu tak! ibuuu banyaknya kerja. ibu, thank you for the advises. 
autumn di cempaka.

oh ya tengah syok bergambar tiba-tiba nampak mereka berdua. random lagi? whatever la. Allah knows the best.

saya punya cara tersendiri untuk bergembira. tak salah bukan.

okay, selamat berehat semua dan sambung study jom!

Monday, February 18, 2013

Noob?

Cuti CNY yang meriah sebab semua pulang ke rumah. Satu hari kami pergi mengemas rumah lama. Sambil mengemas baju-baju dan buku-buku, kami empat beradik duduk bersembang. Semuanya bermula dengan Aki. Kami mengusik Aki mengenai gf lamanya dan cerita-cerita sensasi zaman sekolah rendahnya. Kemudian..

Aki : Akak, akak takda boyfriend ke? 
dan aku membebel. 
sehinggalah buka cerita tentang how bapis broke-up dengan previous gf dia. 
Bapis : Apa yang akak tahu? 
dan aku meluahkan rahsia yg aku tahu. dan Aki bertanya lagi perkara yg sama kepadaku.
dan aku menceritakan sesuatu perkara mengenai seseorang. cewaaah. selang beberapa saat, mereka bertiga ketawa berdekah-dekah. seakan-akan tidak mempercayai aku.
Aki : Akak mesti dia gemok kan. Haa mesti dia tembam kan!
Bapis : Bapis rasa akak tak sesuai la nak bercinta sekarang ni time study ni.
Aku : Kenapa pula?
Bapis : Sebab akak macam tak pandai nak bercinta je bapis tengok.
dan mereka semua terus gelak sakan. 
Aku : &$#@(*^#!@!!!!!!!!!!

Kesian, terima kasih.
bertuah punya abang dgn adik yang gemok sekalian -_-

Friday, December 14, 2012

Ekspresi

Tinggal seminggu sebelum kelas habis.
Masih ada dua tests yg perlu ditempuh, dua presentations dan tiga assignments.
Ini bukan kes last minutes eh. 
Macam penat dah, tapi ayah kata tak boleh penat lagi.
Sabar kakak. Jangan give up kakak. Confident!
Perlukan kekuatan untuk bangkit semula, semoga dipermudahkan Allah.
In sha Allah.

Oh comelnya saya (-.-'')


Tak sabar nak outing dengan family ahad ni.
Tak sabar nak tunggu kiriman chocolates.
Senyum bahagia. :))

Thursday, August 9, 2012

Serangan Mengejut (!)

Dunia semakin kelam dari sudut penglihatanku.
Kepalaku berdenyut-denyut.
Aduh berat sungguh serangan ini.
Aku gagahkan diri menaiki tangga. 
Sampai di separuh tangga, badanku mula goyah
Aku mula merangkak-rangkak
Terberhenti aku di pertengahan perjalanan
Aku melentokkan kepalaku ke dinding, beristirehat sebentar.
Ku jaga langkahku agar tak didengari sesiapa.
Blueekkkk bau perit yang memualkan tapi tiada apa yg terkeluar
Sampai di tangga terakhir aku cepat-cepat merangkak ke bilik.
Aku rebah di hujung katil di dalam kubikel ini.
Kepala terus berdenyut dan perutku mula meragam.

ARRRRRGGGHHHH aku tak tahan!

Aku terpaksa berlari ke ruang istirehat itu.

Lega, kesakitan dapat sikurangkan sebentar.
Hmmm tu lah padahnya makan dua pinggan masa berbuka tadi.
Makan tak hengat dunia, itulah penangannya! teeheeee

# Harini belajar masak Macaroni cheese dgn Makcik
Bila Macaroni cheese + Kambing bakar + Fries, inilah padahnya (huh!)

Thursday, June 7, 2012

Will Always Love.

Happy Anni! 27/05/12 - 22 years


Love is unbreakable relationship between two souls. 

and your lord has commanded that you shall not serve (any) but him, and goodness to your parents. if either or both of them reach old age with you, say not to them (so much as) "ugh" nor chide them, and speak to them a generous word (17:23)


Tuesday, February 14, 2012

Eh Eh Kantoi


Assalamualaikum
Cucuk USB nak transfer gambar dekat lappy and then found these :

25.11.12 (Mock Trial the Musical, UITM)

28.11.12 (Sek 7 Restoren Selaseh)

25.12.11 (PakUda's House,Kelantan)
17.01.12 (Ikea,Ikano,Ecurve,The Curve)

09.02.12 (A Famosa Resort,Malacca)


okay ni latest punya 14.02.12 (BP Mall)


Sudahkah anda dapat meneka apa yang mahu di sampaikan?
sepuk sepuk muka anda kalau tak dapat teka. 
jawapannya, Obviously the same pink silk shawl in diff places and at diff times.
woooaaahh ni pun baru 6 tempat berbeza yang jumpa. nak ikut banyak lagi ni actually.
Hari tu masa iron dah terlekat sikit tapi takpe, still boleh guna!
sayaaaang shawl ni  sebab birthday present dari Wany last year :) 
Muche Gracious, Wanyyy , Je t'aime!

Wany Wonka

Wednesday, December 28, 2011

A Haven in A Heartless World

Salam.
it has been awhile.
just a short entry.
pictures taken during family day/ gathering family at kota bharu kelantan
thanks to my family for the sweetest memories ever.
and that's why i put family first in any circumstances.
the concern and kindness from each of the family members help to strengthen our family bonding during these tough times. 
may our family relationship stay untarnished.












the winner of the game goes to 'abd rahman bin auf'




hurmmm happy to have them as a part of my life.
May God bless our family with love and respect for each other.

betul lah bak kata Joyce Brothers :
'when you look at your life, the greatest happinesses are family happinesses'

btw,gonna be very busy these three weeks.
final exam is just around the corner.
wish me luck.
i reall really want to get dean's list for  this semester.
and for the next semesters too.
hopefully, insyallah mumtaz :)


truly,
Miss Nurul a.k.a Mrs Kim >.<



Monday, November 7, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum

Akhirnya setelah hampir dua bulan barulah aku kembali ke kampung halaman. rayaaaaa! ceh padahal raya semalam. hehe. so hows your raya? mine? boleh tahan laa. baru berapa hari balik rumah mmg dapat rasakan kenaikan berat badan ni. haih habislah rutin senamrobik dah terganggu. walaupun raya tahun ni tak berapa nak meriah sbb semua tak balik, nasib baik ada alang and his family balik rumah kami! so dapatlah bergumbira. ibu n ayah macam biasa masak nasi himpit, sambal goreng and rendah. yg lain tak sempat nak buat sbb takde orang nak tolong *aku lee tu* hahaha kira okay la ada nasi ayam and lemang lagi. dah cukup banyak tu. tapi aku cuma larat 'menjamah' dua pinggan nasi ayam di pagi raya je. yang lain tak larat dah tong ni nak sumbat. btw, tahun ni alhamdulillah dapat solat aidiladha berjamaah di masjid. teruk kan, selama 19 tahun and that was the first time. takpa mudah-mudahan akan istiqamah. mana taknya every pagi raya ke tak raya ke mesti bangun lambat tu yg malas nak join. semalam pun aku jadi org terakhir yg bangun pagi and terus terkocoh kocoh mandi sbb bangun pukul 8 tapi start solat 8.30. nasib baik la masjid tu sekangkang kera je. thanks for bapis sebab dapat ikut trip kedua slpas ditinggalkan ayah, ibu n alang sbb lmbat sangat. haih. anak dara oh anak dara hoi.

tak mau cerita panjang just nak cerita yg raya aidiladha ni aku sgt bersemangat tau sbb balik rumah atuk tam dapat makan, rumah atuk cik dapat makan, rumah atuk long makaaaan lagi and last skali rumaah atuk teh pun makan lagi lagi kari ayam atuk teh yg sodaaaaap tu! nasiblah nak asyik kene ejek sbb tak pernah skip makan ttime beraya. alaaa balas dendam kot sbb kalau kat hostel tak leh makan macam tu :'(

btw, kalau tak this year should be kitorang raya kat kelantan tapi sebab cuti yg pendek and my sis and cousin ambil spm, so gathering will be on december nanti. sukaaaa even dah nak dekat final -.- see you guys nanti! selamat hari raya korban :DD

Wednesday, August 24, 2011

I Miss You Dearly

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan

Hai peep-er ;)

Today was a fairy tale. Ceeh kemain lagi intro. No lah harini takde isu yang nak dibentangkan. Cuma saya nak luahkan sesuatu dlm blog Cinderella's stepsister ini. Actually dah dua hari saya, ermm saya...saya rindu kat atuk saya. eh bukan, arwah atuk. Aidilfitri bakal menjelang tapi seperti tahun-tahun sebelumnya (dah 14  tahun) atuk tiada di sisi. Kalau tengok orang lain best je boleh balik kampung sendiri, jumpa atuk nenek, tapi kami cuma menumpang kasih kepada atuk2 saudara yang masih ada dan juga atuk tam (isteri kedua atuk). tapi still rasa tak sama. rasa itu tak hadir kepada diri sendiri.

Kenapa saya cuma rindu dengan atuk? sebab sepanjang hidup saya, saya cuma sempat merasa kasih sayang seorg atuk dari sebelah ibu sahaja. sejak saya lahir kedunia cuma dia atuk yg saya ada. nenek hasnah, nenek ngaishah, dan atuk noorsan dah tiada sejak saya wujud lagi di dunia ini. walaupun cuma lima tahun, tetapi rupa atuk bagaikan masih segar dlm ingatan. saat atuk dimandikan dan dikafankan masih saya ingat. cuma sayang sama sekali, memori bersama atuk ketika dia masih hidup tak dapat saya revise kan kembali. mungkin sbb saya terlalu mentah ketika itu. tapi apa yang aku tahu, atuk seorg yang penyayang terhadap cucu-cucunya. ibu kata atuk suka memabawaku bersiar-siar menaiki motorsikalnya tapi ntahlah, tak dapat ku bayangkan kembali saat2 itu. 

walaupun tiada langsung memori bahagia bersama atuk, saya tak tahu kenapa, tapi saya rasa rindu dengan atuk. serious. i just miss you atuk! its hard to say but i really really miss you and i want you here with us. when i miss you atuk, akak selalu suruh ibu ceritakan pasal atuk, dan moyang2 yang lain. dan itu seringkali buatkan hati akak terluka. i just want to know, did it hurt? i adore your determination and patience. you have a very sincere heart. i miss you dearly and i wish God loves you too, atuk.

Writing this makes me crying, so i think i have to stop. May his soul rests in peace, eternal peace. Dan semoga Allah menempatkan atuk dan kalian semua dalam kalangan org yang beriman dan beramal soleh.

p/s : Pakcik, pipah.. if you are reading this too, i just want to say that  i miss atuk so much :')


Tuesday, August 23, 2011

Coretan Buat Mu

Nada merdu berubah sendu
Luka lama berdarah laju.


Apa guna menyanjung namanya
andai budi bahasa tak segah mana.
Apa guna menjunjung kebangsawanannya
andai hati sebusuk nangka.



Jika dahulu aku bangga dengan kecantikan bangsamu,
tetapi kini beransur-ansur aku mula membenci.
Jika  dahulu aku bangga dengan kepekatan darahmu
tetapi kini bagaikan tiada erti.


Jika harta butakan mata,
apa guna cahaya mata.
Jika emas yang ingin dimiliki
apa guna zuriat dari Illahi.


Andai dapat ku tebus maruahmu
akan ku korbankan jiwa ragaku.
Andai dapat ku kesat air matamu,
akan kucium lembut pelupuk matamu.



Oh insan yang mulia
terima kasih atas segalanya.
Oh hati yang pernah terluka
aku bangga mengenalimu walau seketika.



Oh jiwa yang lara
tenanglah kau bersamaNya.
Oh jasad yang tak bernyawa
bahagialah kau di sana.
Semoga doa kami disini bergema sampai kepadaNya.




2011- sudah 14 tahun kau pergi dan tika ini aku merindui sekeping hatimu yang begitu tulus dan tabah menyemai kasih buat kami semua.Ingatlah pengorbananmu takkan kami sia-siakan. Semoga rohmu dicucuri olehNya.

Thursday, August 18, 2011

Bila Chef Nurul Mula Memasak

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan

Hari ini tak lain tak bukan nak buat entry membangga diri dan mengembangkan diri setelah entry yg lepas memalukan diri. teehee :)

Hari ini merupakan hari kedua aku memasak untuk berbuka! yeeheee. hamboi baru dua kali dah bangga kan. huh tak kisah la daripada korang yang tak pernah masak! kalau haritu memasak utk 7 org makan, hari ini pula aku memasak untuk 11 orang. Yeaah dari semalam family pakcik aku balik utk menyambut raya kat rumah aku disebabkan raya tahun ini mereka akan beraya di Bintulu, Sarawak. so seperti yang dijanjikan, pakcik nak merasa sendiri air tangan anak saudaranya ini. OMG gua rasa macam nak lari je dari rumah!

Haih bukan sebab apa pun, hanya sebab gua ketaq lutut sbb chef western dlm family kami ada disini. iaitu Makcik Dayang. haih kalau tak sedap malu je la. dahla sepupu2 aku ni pun makanan pasta ni dh mcm makann ruji diorg je, kalau tak sodap 'matilah nak' diorg tanak makan sbb lauk utama hari ini hanyalah Fettuccine Carbonara. No nasi nasi whatsoever. 

Fettuccine Carbonara

Tepat pukui 5 ptg, Along dah kejutkan aku untuk masak. haih relax la along, akak boleh siap masak dlm sejam je kot. nanti pukui 6 cheq masuk dapuq la. haih. Okay dlm pukui 6.05 pm, aku dah mula merebus Fettucine terlebih dahulu. Kemudian sediakan bahan2 utk masak Carbonara pula. Aku sorang je weeh yang kelentang kelentung di dapur kecuali Makcik ada menolong membukakan tin dan memotong mushroom button. Kemudian makcik beredar utk g ke bazar ramadhan. tinggallah aku keseorgn di dapur. Tapi aku tak mudah putus asa beb. kecekalan dipasangkan bersama niat semata-mata mahu mengenyangkan perut keluarga dan meringankan beban ibu yang selama ni menyandang jawatan sbgai tukang masak berbuka puasa (kalau sempat la). Jeng jeng jeng, tepat pukui 7.10 aku siap masak dan siap sedia untuk dihidangkan. Dub dab dub dab dub dab mari kita lihat apa reaksi mereka di bawah ini. Ceeeh :D

Pakcik's Family :
Along : Pergghhh sedaaaap. A++++++++ (sambil tambah dah tiga kali woo) 
Aku : Senyum (dlm hati dah kembang semangkuk maggi aku)
Pakcik : Ermmm boleh tahanlah. bolehlaa. tapi takdelah sampai A++++, A je lah! *sigh*
Aku : Alaaa pakcik ni. (HAHAHA at least A kan, fuuuh selamat)
Makcik : Fuuh kak, dah boleh kalahkan Carbonara Pizza Hut ni.
Aku : Waaaa hahahhahaha (ketawa). yela pizza hut punya kuah carbonara cair!
Angah : Fuuuh sedap sedap! (dah 2 kali tambah)
Aku : Kalau angah suka maksudnya ok la tu sbb dia jadi benchmark .
Umar D : Geleng-geleng.....
Aku : Ceeeh tipu sangat la tak sedap kalau dah dua kali tambah. saja la tu nak dengki! HAHA
Adik Qayel : Sedaaaaap!

Seee malas je nak cerita lebih kan.hahahaahaha. yang penting td buka fettuccine carbonara ku habis licin cuma tinggal fettuccine sedikt je. tak sempat aku, ibu dan ayah nak menjamah. Nasib baik la ibu dan ayah td ada beli laksa utara dan rojak singapore sbgai makann sampingan. Aku pulak, kasihan melihat sepupu2 ku dan adik aku yang begitu rakus makan tak hengat dunia, sampai tak sempat nak makan cuma makan buah tembikai,otak2 dan putu bamboo je. itu tak masuk along yang nak tambah kali keempat tp dilarang keras oleh pakcik takut2 nanti tak larat nak bertarawikh. Angah@ aiman pula nak tambah tapi kuah carbonara dah habis, jd dia sanggup makan pastanya sahaja :DD

Haih Alhamdulillah semuanya bjalan dengan lancar. Masakanku bjaya mengalahkan juadah bazar yg dibeli mereka seperti roti jala, rojak singapore dan lain2. Ibu pula sempat berpesan supaya minggu hadapan buat sekali round lagi untuk family pakuda yg beraya awal di Johor kerana raya aidilfitri kelak mereka akan beraya di Negeri Sembilan. Baru teringat yang spupuku si Ikmal dan Afifah merupakan peminat Fettuccine Carbonaraku *wink2*

Keluarga Pakuda ( juri masakan ku seterusnya)


Pernah sekali ibu berkata kepada ayah, ' Alhamdulillah, rasa macam dah besar pulak akk ni, dah boleh masak untuk keluarga'. Hurmm kedengaran sayu kan. nampak sangat aku ni tak pernah masak utk family. Tapi apa2 pun tetap tak boleh nak dibanggakan kerana satu2nya masakan yang aku rasa kurang cacat celanya berbanding masakan lain ialah Fettuccine Carbonara sahaja. yang lain semua hancusss. sebab tu aku malas nak belajar memasak. (memang aku tak pandai masak pun) So, kepada sesiapa yg tak puas hati, dan rasa nak makan FC aku, silalah dtang ke Batu Pahat, Johor untuk menikmati air tanganku ini ye.kalau tak pun, jadi suami saya, nanti hari2 saya masak utk awok! he3

Macam nak senyum panjang lebar je hari ni kerana bak kata Makcik, takpe akk walaupun pandai masak FC je, tp takpe dapat mengenyangkan perut cousin2 akk ni. sebab mereka boleh je hidup makan ni sahaja. Alhamdulillah sekali lagi kerana tanpa aku sedari, aku berjaya berbakti kepada orang-orang yang berpuasa pada bulan ramadhan ini dgn menyediakan juadah berbuka untuk mereka *Sigh*

Saturday, July 30, 2011

The Nanny 911

It has been a week in kelantan but only yesterday i have started my duty as the nanny. Erm i mean as a baby sitter for my cousins cause their parents are going to Sabah for three days. (Fri,Sat,Sun) So, as a Cinderella's kind-hearted and loyal stepsister, i did all of the house chores for past few days. Although it was damn tiring, but i enjoyed my days here. Actually, i'm not good at cooking and it was my first time as i have to feed them. so let's see what I've done x)

PART 1 (Friday)

Breakfast : Cucur adabi lemak manis and nuggets
Comments : Supposedly that cucur should be round in shape, but i made them looked alike alien spaceship and finally i have to throw some of them in the trash as no one wanted to eat them. Tempura nuggets got highest score while fish nuggets have the similar fate as well as those stupid alien spaceship thingy :'(
Lunch : Rice + delicious sardine and potatoes soup
Comments : Okay, tip top! but still we have one extra sardine. by the way, credited to my assistant, Afifah who helped me to settle down with that sardine problem * baru tahu kena tambah air asam sebagai ganti tomato sauce*
Dinner : Fried rice with sausages
Comments : two of them said it was awesome but a little bit spicy, but Afif told me that its quite tasteless. by the way thanks to miss gadot who taught me to cook that fried rice

PART II (Saturday)

Breakfast : I woke up late and tak larat nak buat breakfast. So, Afif volunteered  himself to buy roti canai.
Lunch : Porridge + scramble eggs + kangkung goreng
Comments : I failed to make that porridge looks good like my mummy punya. erm i think the porridge doesn't boiled perfectly cause it's quite keras. but thanks to Afif's friends who volunteered to finish all of them. yaawww!
Dinner : Rice + buncis goreng + grilled salmon +  telur dadar
Comments : I think, i have to throw again that buncis goreng in the trash tomorrow cause they can't finish it, ermm maybe cause i put some tempe-s in that buncis. Omg, Afifah said it wasn't cook perfectly. haha damn freaking bad i am.Grilled  Salmon was an ideal menu for tonight i guess. Ermm unfortunately that telur dadars were overcooked plus i thnk they hate when telur dadar is added with soy sauce and chili sauce. and sorry guys cause tonight takde lauk berkuah which you guys have to use soy sauce to make them look 'berkuah'. :B

Okay, thats all for tonight and i'm gonna update my menu for tomorrow.

I thanked to miss gadot for your kindness and advises x)

p/s Ignore my grammars and vocabs. or kindly help me to correct it :)













Friday, July 22, 2011

Semuanya Kerana Anak Makcik Lily

Salam.

Yeeehhhaaa akhirnya penantian selama lapan hari tidak berakhir dengan kekecewaan setelah sebentar tadi aku berjaya juga menonton filem anak encik james potter yg dah pun ditayangkan sejak 14 july yang lalu bersama-sama adik perempuan ku. suka suka suuuuukaaaa sangat! plus plus td tengok yg 3D punya yg berharga RM15 tapi takpe pun sebab amat berbaloi baloi :DD

Kenapa aku jakun sgt nak citer pasal HP? sebab sebab i grew up with him and i don't want to miss any chance to be with him. LOL! padahal aku just tengok HP and The Deathly Hallows Part 1 and 2 je. tak kisahlah yg penting aku dah habis baca semuuaa siri buku JK Rowling tuu. actually memang teringin sangat nak tengok dari haritu tapi sebab takde teman mau diajak. mana taknya, membe-membe sibuk kumpul duit, aku pulak tanam anggur. asal aku free je takde sape yg free. haritu dah tekad dah nak g tengok sorang-sorang je tapi tak boleh sebab kena amaran keras oleh tuan ayah dan puan ibu sebab risau anak gadisnya ini pergi wayang sorg2. but for me, who cares kan. tapi mereka berkeras tak bg. sebagai anak solehah, aku akur dengan keputusan mereka. dah nak give up dah sebab sabtu (23/07) ni i'm going to kelantan for two weeks. and tahu tahu jelah, kelantan kan takde cinema. seeddih dah. hurmm mendung yg berarak hilang menggantikan mentari apabila adik aku bersetuju utk temankan. nasib baiklah hari jumaat dia balik sekolah awal. hahaha thanks atin :))

Akhir kata, aku percaya, setiap kegembiraan dan keseronokan yg melampau pasti akan dibalasi dengan kesedihan. sebab apa? sebab bila dah balik rumah baru perasan barang2 yg kami beli sebelum menonton wayang td tertinggal di bangku depan toilet bp mall *i'm so sureee*. apaa lagi melalak la adik aku smpai sekarang sebab tshirt yang dibeli td dah tertinggal. walaupun baju tu berharga hanya rm30 lebih, but still we regretted. ceeit dah la shopping apa semua pakai duit ibuayah. haish. aku pulak, tertinggal perfumes and facial foam. so kepada mana2 warga batu pahat y menjumpainya, saya ikhlas memberi T_T

Kami menunding jari sesama sendiri. adik aku kata aku yg salah sbb terlalu leka main game dekat handphone. weehhee gua memang kalau dah main block d memang luppaaa semuaa do. tapi aku balas adik aku yg salah sebab tak check betul2 and asyik depending on me. haaaihh. tak tau nak salahkan siapa. nasib badaaan :(

apa pun encik Harry Potter dan keluarga serta sahabat handai, Goodbye! I'm gonna miss you guys and thanks for the memmories :')

Monday, June 13, 2011

From The South to The North

wow it has been ages since the last entry i posted. more than a week i guess. why ? let see how do i spend my freaking awesome last school holidays' week.
p/s ignore my grammar or tell me the correct one :)


monday - 06/06
# went to malacca and stayed a night at my cousin's house (ayah's side). owh i cant forget the precious time when me, ibu, my sis, my aunt and zetty (my cousin) have a wonderful chatting ever. we talked a lot about our dads, family, about zetty who gonna further her studies in limkokwing and some spooky stories eg: karak the movie. we laughed until we tired to talk. we stopped it as it has been 2 o'clock. thats how girls used to talk :)


tuesday - 07/06
# went to botanical garden at ayer keroh, malacca and  have a walk there. what a tiring day because as the buggy cannot be rented, we have to walk along the botanical garden. but its ok as long as we enjoyed having some gorgeous orchid trees, learning to know some trees in the garden and being in the book  village in the middle of the garden. ayah told us that we're going to semenyih after 3 o'clock but guess what, all of us including my uncle's family were having a long nap after a very tiring day. haha then we went to beranang, semenyih at 5 something and reached there at 7++. At beranang, we were having a kind of ceremony/bbq to celebrate our pakuda's family and maklong (ibu's side) which have came back to Malaysia safely after performing their ibadat umrah for 12 days. and yess i got a nice 'jubah with a shawl' from maklong xD


wednesday - 08/06
# we stayed a night at beranang and then we went to ipoh to visit my brother so called bapis at rcmp, ipoh, perak. although bapis studies at nun jauh di utara sana, but still ibu and ayah never missed a single period to visit him every month. spoiled brat! teehee we went to his house and made some wonderful and delicious sandwich for bapis and his housemates. biasalah budak lelaki kan, dapur susah nak berasap. and i'm glad that bapis's friends told that our sandwich were very tasty. padahal just a simple roasted black pepper chicken with some salad, mayonis and thousand island. kalau dah nama kebulur, apa pun sedap! we stayed a night at hotel seri malaysia ipoh to spend our time with bapis for the whole day plus to celeb bapis' becoming birthday on this 16th of june. yess he's going to 20. ehh lupa nak cakap yang semua kedai makan kat ipoh memang sedap2 eh? tee heee  :D


thursday - 09/06
# after we checked out and having some more time with bapis until evening, we went to sungai petani, kedah which is maklong's house and we're having unplanned family gathering (ibu's side) as actually andak fams and pakcik fams also dropped by to sg petani. unfortunately pakuda's fam and alang's fam were not there, so i can say it as an incomplete family gathering. but takpe, we still enjoyed our time there. we stayed about two night there. 


friday - 10/6
# we have to wake up early as today we were going to jalan-jalan but before that ibu n ayah promised us sapa yang bgun awal boleh ikut g makan nasi kandar shariff. haha eventhough tak sempat mandi, dapat jugaklah aku  pekena nasi kandaq dgn ibu n ayah. went to muzium padi, kedah is not half bad pun eventhough it was my second time there as i looovvveeee to see the painting. if i not mistaken it has been painted by some korean painter. the painting has something that you'll never get bored to see it twice or even more. we want to go to the pusat sains which was located next to the muzium padi but unfortunately its off. then, we went to gunung keriang which also around that particular area. and it also my second time being there. but i never get bored as it is well known as crystal shopping center. we brought some crystals and crystal salt lamps coz ayah looveee them. we spent a few hours there until dawn and i'm so happy as i have a nice crystal pendant and  bracelets which the purple one i got free from uncle (the crystals' shop owner). and the rest is history. 


btw, just wanna share a cool story about my lil cousins. sumpah kelakar betul lah diorg ni. as adults went to buy some crystals, the kids went to a playground nearby with my uncle. actually dekat kawasan tu ada banyak monyet and these crazy monkeys curi air some tourists yg ada around that park but then my lil cousins, umar-d and along terus kejar monyet2 tu sampai monyet2 tu lari bertempiaran and terus tinggalkan botol air tu on the ground. haha bayangkan 6-10 years old kids berani gila kejar monyet hutan sampaikan monyet hutan pun takut and cabut lari. haha tu tak cerita pulak si umar-d piat telinga and kepala kambing yang ada kat bawah kaki gunung area playground tu jugaklah sebab kambing tu hampir2 je nak sondol 'anu' dia. haha meraung kambing tu! hebat betul cousins2 aku ni. tak padan dengan kecik, berani jugak debab tu. yang peliknya binatang besar2 tak takut tapi lipas and cicak takut pulak -.-


saturday - 11/06
# we packed our things. before we left utara semenanjung malaysia ini, once again we dropped by at ipoh to meet bapis and have lunch together and having some secret recipe's cakes to celeb bapis bday. bapis and I loovvee to have pecan butterscotch. yawww. after that we dropped bapis at his house and we continued our journey to the south of peninsular malaysia. ayah have to singgah transit at seri kembangan (pakcik house-ibu's side) and dropped me there (here) coz i have to babysit my cousins until the next week. yess i repeat, i-have-to-babysits-my-four-lil-cousins. and the rest is history.


thanks God, i'm happy and proud to be part of this happy family xD 





Wednesday, May 25, 2011

My Dream

its 3.14 am now. and just back from klia menghantar pakuda n his family with maklong and wan ke dubai-jeddah-makkah untuk menunaikan ibadat umrah.

i asked my cousie, afifah to pray for my success and i keep pestered her untuk tidak lupa doakan semoga muka akan terhindar dari sebarang pimples. boleh ke? insyallah and semoga pipah tak lupa nanti. hopefully.




hurmm, nothing much, cuma memang teringin sangat nak menjejakkan kaki ke tanah haram tu but still tak berkesempatan. if i have a chance, nak sangat g sana and stay in front of kaabah tu . not to forget ke makam baginda Rasullah dan para sahabat. i dont know why but i just think i want to be there soon. Insyallah kalau banyak lagi rezeki daripada Allah, for the rest of my life nak spend kat sana :)




Lets pray hard from now!

Monday, May 23, 2011

Penyesalan Terhadap Diri Sendiri

MERAJUK
yeah, thats my bad side. harus diakui. 
with whom? ouhh one of my family, randomly.
why? takyah tanya kenapa.

mungkin kali ni paling teruk sbab it takes about four days. kejam dengan keluarga sendiri sebab kerana seseorang semua jadi mangsa, yeahh but kena akui, itu satu  kelemahan kerana bersikap egois. but now dah berfikiran positif and takmerajukdah! or should i say, mengada-ngada? whatever.

secara jujur, kalau aku berubah jadi manusia mengada-ngada ni, aku boleh jadi smpai tak makan langsung, or tak minum, but cuma tahan sehari semalam jelah, sampai tak bercakap dgn org langsung, and jadi budak baik gila. but now, dah sedar dari dunia nyata and keluar dari persepsi karakter negatif, sebab..sebab aku dah matang kan..

keburukan bersikap seperti ini :
1. menyakitkan parents sendiri sebab aku senyap, menjeling, mendengus and berpaling
2. tak dapat lunch and dinner sama2 satu family sebab ego kan, taknak tengok muka org yang kita gaduh
3. terpaksa tengok tv selepas pukul 12 mlm ke atas sbb taknak tengok tv sama2
4. tak dapat ikut pergi berjalan, sebab saya memang suka shopping kan so nanti terus cair 
5. tak dapat nak solat berjemaah sama2 sebab nanti dah habis solat mesti ayah akan baca ya latif and cium ubun2 and tiup kat kepala, so jadi sejuk hati
6. tak dapat buat bising kat rumah and kacau org lain
7. tak dapat nak luahkan apa yg kita nak cakap sebab ego kan
8. tak dapat nak mintak apa yg kita nak even mintak topup sbb parents yg sponsor.
9. badan jadi lemah sebab kurang makan and bibir pecah2 sebab kurang air : memberontak
10. yang paling penting menambahkan dosa 

kebaikan bersikap seperti ini :
1. waktu tidur semakin bertambah sebab lepas maghrib terus masuk tdo nak bangun tgok tv pagi2
2. kurang berat badan sebab memberontak tanak makan
3. suka hati tak payah buat kerja rumah and just relax
4. takda org berani nak marah, kacau or mengarah
5. can do whatever i want tnpa gangguan org lain
6. kurang dosa mengacau org. 

hehehe. but still keburukan lebih banyak dari kebaikan kan. so kita kene elakkan lah bersikap sebegini. kalau sekali-sekali takpa lah kan. tapi tapi sebenarnya tak berniat pun nak merajuk segala bagai, cuma maybe sebab kita ego kan, tanak maafkan org or tanak berdamai sebab tu tarik muka masam je. tapi tak boleh tahan lama pun sebab ayah and abg selalu pujuk and thats the power of men. kalau dengar je confirm boleh sayu and malam terpaksa tutup muka dengan bantal and nangis menyesali perbuatan sendiri. hehe sbnye nak kurang dari tiga hari sebab dosa kan tak bertegur sapa melebihi 3 hari tapi apa boleh buat, sebenarnya malu. hehe  plus actually diorg pun tahu kelemahan2 kita kalau merajuk. seriously aku akan kalah kalau di ajak shopping, beli makanan favourite, ice-cream and pujukan ayah. thats terrible kan. 

sekadar pengajaran buat semua, so sebagai anak yg baik, jangalah kita amalkan benda2 mcm ni eh sebab rupa2nya parents kita pun akan makan hati. kalau tak dapat kemaafan mesti gelisah je kan hidup. and sekarang ni aku berazam akan kurangkan sifat2 negatif dalam diri terutamanya kepada family sendiri. janganlah saling membenci sebab nanti memakan diri.

sekian, wassalam :)

Tuesday, May 3, 2011

Happy Birthday to Qayel

Heyy my cheeky and naughty cousin,
You can walk and talk now that you're 4. It's so much fun to play with you.
Heyy my cute and daring little cousin,
You've grown so big now that you're 4. You're not so little anymore.

You're becoming more special each and every day,
So blow out your candles one by one
Enjoy your birthday and have lots of fun.

Happy 4th Birthday my little cute and lovely cousin ;
UQAYL ZUHAILI BIN HAMDAN
01 MAY 2007

Kak Nurul always loves you :)


  Uqayl with my big brother

We're happy family

 He was so excited with his birthday cake

 Uqayl's ice cream with tiramisu cake. so yummy

 Geezzz He is so lovely kid

Food's heaven (baca: Syurga makanan)

 They were enjoyed barbecuing

 My Alang was like a top chef and he barbecued them well 



 My so called Nanny Mizah with cute Rayyan

We're cousin and like siblings too

Venue : Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan, Selangor
Date : 01 may 2011 ( labour's day)
Food provided : Laksa Sarawak, Nasi Kukus, Baked Cheesy Macaroni, Satay, Grilled Chicken, Lambs, Squids, Roasted Scallops, with pulut kuning (so so heaven)


p/s Untunglah uqayl birthday time cuti umum so that everybody boleh balik and celebrate ;)