Showing posts with label driving class. Show all posts
Showing posts with label driving class. Show all posts

Monday, February 27, 2012

Marah Itu Api

Marah ni. haish bengang betui ni. memang tak boleh tahan dah ni. terpaksa luahkan. aish, sudahkah anda mendaftar course for this semester? deng i hate waiting. tak tahulah masalah internet yg macam kura-kura bawa labu ataupun mmg system yg bermasalah. nak cakap internet membe yang lain pun mengalami nasib yang sama. so kind of hasty generalization, i put the blame on the system itself.bayangkan dari pukul 12 sehinggalah kini (5.24pm) aku cuma dapat register 5/8 subject. aigo jika dikira dari segi purata, satu subject satu jam lebih. geram punya geram dah 9 batang coklat torrone aku telan.

secondly, geram ni rabu ni dah start jpj kali yg ketiga aku ambil tapi cikgu tak dtg2 ambil utk practice. apa ingat aku ni terror sangat ke tak payah dilatih dah? aduhaaaai kenapalah mudah sangat hilang sabar. whole day tggu msg dari cikgu. cikgu kata nak g klinik hari ni. bila settle  nak call tapi dari tadi takda pun call and msg dari cikgu. apa ni? bayar rm150 utk retest tapi practice takda pun. ni yang naik geram ni. nak harapkan esok? dah la satu hari tak sampai sejam berlatih macam mana aku nak pandai bawa kereta macam schumacher? aduha sabar jelah.

satu hal lagi bila dah naik marah, semua benda tak kena. siapa jadi mangsa? jawapannya bapis and encik-encik kerengga and cik laptop ni. sorry der. kesian bapis asyik kene tengking je dgn aku. haha. nasiblah encik kerengga sekalian sebab kena maki hamun. tu la sapa suruh korang gigit aku masa aku angkat baju petang td. and cik laptop sorry sebab saya tekan tekan keyboard awak dengan ganas dan mengeluarkan kata2 kurang sopan.

current situation semasa saya sedang type perenggan di atas, tiba tiba terdengar suara bapis menjerit di dapur, "weh apa api ni besar sangat? api, api" dammmm haji baru teringat tadi panaskan minyak kat kuali sebab nak goreng sosej and fries. berlari ke dapur api dah marak membakar kuali. perhh first time aku nampak kebakaran mcm ni. bapis dengan 'bijak'nya g sembur dgn air. apalah dah tahu api marak di jirus dgn air. aku dah kaku cuma harap bapis berjaya padamkan api adala lebih 20cm api tu menjulang. cuak beb. bapis try nak padamkan dgn kain, kain terbakar, ambil penyapu lidi, walaupun dpt kurangkan sikit api, tp penyapu pulak yg terbakar. aku cuba nak ambil sebeg tanah ayah yg digunakan utk menanam bunga tp fikir 2 kali tak sampai hati pula. last2 aku ambil penyepit besar yg slalu buat kepit kuih and kepit telinga kuali dan baling ke tanah di belakang rumah. haha akhirnya aku yang jadi hero. nak harapkan bapis kang takut habis semua barang terbakar.hahaha dah kalut sangat la tu. bapis, oh bapis. pergghh memang hitam legam and aku pesan kat bapis, ni "rahsia kita berdua. jangan bagitahu ayah n ibu" haha memandangkan aku baru je hitamkan periuk kaca ibu masa nak buat mashed potatoes minggu lepas. haha pengalaman wo. dinding dapur warna hitam and selepas itu kami bersihkan dapur and tutup baik punya semua kesan kebakaran.

Azan Maghrib berkumandang. kepada sesiapa yang membaca, diharap dpt menjadi iktibar supaya jangan suka sangat marah2 sebab marah itu api dan api yang marak amat sukar dipadamkan. -.-

Wednesday, August 17, 2011

Bila Emosi Mula Mengambil Takhta

Assalamualaikum and Salam Ramadhan

Mood : tak berapa nak baik sangat@kechewa
Punca : Kandas. bukan kandas dlm percintaan -.- tapi di atas bukit pendek dan on the road. okay fine test JPJ gua gagal dua-dua skali. cukup package, full stop.

Situasi 1 : Giliran yg kelima, kubawa jantungku yang amat berdetak dengan lebih kencang seperti genderang mau perang ke medan pertempuran pusingan pertama. ku daki bukit. mula2 tayarku tak sampai 50% di garisan kng, so aku mengundur. kemudian naik balik. dah ku laraskan clutch and break ke meter no 1 dan menekan minyak dgn sempurna utk turun bukit, tiba2 ia mengundur semula dan enjin mati. baru aku perasan yang aku tertekan clutch. haih salah siapa? aku atau kaki ku? prrrittt wisel berbunyi dan cikgu drvg school mengisyaratkan tanda pangkah kepada ku, tamat sudah riwayatku pada pusingan permulaan ini. *okay aku sedih sbnye*


Situasi 2
(terakhir) : Lama ku tunggu kerana group sesi pertama tak siap2 lagi. Penat menunggu, perut berkeroncong, tahap tekanan semakin tinggi. Selepas 2 jam lebih baru aku dapat menjalani ujian ke 3 iaitu on the road. OMG, aku dapat tester yang ini JKV 3535. Nampaknya doaku tak termakbul. mungkin ini ujian yg Tuhan berikan. tu la kalau kita asyik cakap taknak,taknak je, mesti benda tu akan kena kat kita. See, i got you master -.- kawanku yg menggunakan motocar yg sama sblum aku juga gagal dengan tester yg sorg ini. Aku mengucap panjang dan cuba bermuka manis dengannya walaupun di dahi, peluh merintik-rintik. Ya Allah lembutkanlah hatinya.

Aku berjaya keluar dari simpang driving school ke jalanraya dgn baik skali. untuk membuat pusingan U, kami perlu melalui traffic light yg terletak dlm 2 kilometer dari drvg school. dari jauh kelihatan lampu merah menyala. aku mula memperlahankan kenderaan untuk berhenti, tetapi tiba2 lampu isayarat bertukar hijua dan semua knderaan di hadapanku sudah pun bergerak laju membuat U-turn ataupun membelok. haish apasal ni. KALUT merajai  fikiranku. aku juga mahu bergerak terus disebabkan kulihat kereta2 di belakang sudah beratur untuk mmbuat Pusingan u dan membelok. Kecekeng kecekeng, enjin keretaku mati. Aduh aku memerhatikan tester yg meneliti pergerakanku.OMG cuak. Aku menghidupkan smula enjin dan mengangkat sdikit clutch. Oh Mak ai, enjin ku mati semula. Aku mengulanginya sebanyak dua kali ttpi enjin tetap mati. Masa berlalu begitu pantas. apa yang aku mahu cuma segera beredar dari situ.Kemudian aku berpaling ke sisi komponen sblah kiri. Aishemen, gua tak ubah dari gear 2 kepada 1 td. Okay fine, aku mahu mulakan semula walaupun gerak hati aku menandakan isyarat tidak bagus apabila melihat reaksi tester. Mahu menghidupkan enjin kereta semula, tiba2 tester berkata "Dah tak payah, tukar sekarang" Okaymaksud encik tester ini, dia suruh aku blah dari seat pemandu and let him drives that car. Aku keluar dari seat pemandu di tengah2 khalayak ramai itu kepada seat penumpang dan kami pulang semula ke drvg school. Sekejap gila, tak sempat nak kentut dlm kereta pun. He gave me marks and said " Macam mana ni dik? td gear tu kan gear 2" Haihh kalau dh kalut tahap cipan memang semua benda jadi invisible dari mata. 


serious wo gua gugup + ketaq lutut
So kesimpulannya, raya tahun ini tak berpeluang nak memandu kereta. Disebabkan bulan 9 ni dah nak naik sem, ini bermakna cuti sem pada 23/1/2012-4/03/2012 nanti, akan dimanfaatkan dengan aktvt memndu semula dan retest for JPJ. I am sorry Cikgu Fadilah, kerana mengecewakan cikgu. saya budak baru belajar. maafkan saya. Sorry juga kepada Ayah kerana telah mensia-siakan pelaburan wang ayah ke atas Syarikat Dinamik ini. hoho tapi ayah akan sponsor utk retest and belajar semula kan =.='
saya masih lagi pemegang lesen L sahaja -.-
p/s : Jangan biarkan emosi merajai fikiran kerana emosi yang melampau mampu mengubah segalanya. hehe x)